Agak lama juga membiarkan rumah kedua ini sepi.. apa tidaknya, demam final exam sedang berlangsung. Lagi pula sedang memikirkan perihal barang-barang yang sangat banyak untuk dihantar pulang ke kampung beserta tuan empunya barangnya sekali.. hehe.
Sehari sebelum menghadapi paper pertama tempoh hari, berpeluang duduk bersama ayah dan mendengar kata-kata penuh hikmah darinya.. mulanya cuma bercerita pasal durian yang dijual di tepi jalan agak mahal harganya. Namun kata ayah kalau sudah teringin nak makan, beli saja.. tak payah berkira sangat dengan harga. Duit bukan boleh bawa ke alam sana kelak..
Saya yang mendengar hanya sekadar mengiakan kata-kata ayah. Benar juga katanya.. kemudian ayah menyambung lagi. Lebih kurang begini maksud katanya, selagi mampu kita berbelanjalah dengan penuh hikmah.. hulur dan berkongsi dengan sesiapa sahaja. Itu prinsip yang dipegang ayah dan mak selama ini katanya. Hari ini keluarkan duit untuk bantu orang lain, esok lusa siapa tahu duit itu berganti dan masuk ikut cabang lain pula.. Allah itu Maha Adil.
Setelah mendengar kata-kata ayah itu saya sedar bahawa saya harus berubah.. segera berhenti dari menjadi orang yang berkira dan rajinlah bersedekah biarpun hanya sepuluh sen nilainya. Tidak rugikan.. mana tahu sepuluh sen yang dihulur dengan penuh keikhlasan akan berganda menjadi sepuluh ribu dalam akaun bank.. hehe. Alhamdulillah lah jawabnya:)
"Tidak dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya."
( Riwayat Muslim)
( Riwayat Muslim)
Renung-renungkan dan selamat muhasabah diri..















