18 June 2013

RINDU SERINDU RINDUNYA..:(

Bismillahirrahmanirrahim...

Hehe.. abaikan saja tajuk entri yang kelihatan sangat jiwang. Tapi serius, entri ini memang tentang kerinduan yang amat. Masuk hari ni dah 10 hari saya tak ke sekolah, mengajar anak-anak saya di sana.. 10 hari tambah dengan cuti sekolah hari tu hampir sebulan juga lah tak berjumpa dengan mereka. Patutlah hati ni rasa rindu yang amat.. 


Beberapa hari lalu, seorang guru di sekolah berpangkat akak mesej bertanya khabar saya yang sedang menjadi 'suri rumah' kini.. dia pelawa saya datang ke sekolah jenguk anak-anak saya di sana dan bertemu rakan-rakan guru. Kata akak tu, setiap hari anak-anak saya di tahun 1 dan tahun 2 bertanyakan saya.. sampaikan mereka minta akak tu telefon saya di rumah supaya mereka dapat bercakap dengan saya.


Anak-anak saya tu juga minta akak tu taipkan mesej kata-kata mereka untuk saya.. 'ustazah buat apa di rumah? Bila mau datang ajar kami?' Lebih kurang begitulah kata-kata mereka yang ditaipkan dalam mesej tu..


Sebak rasanya hati ni mengingatkan anak-anak di sana.. entah bagaimana pelajaran mereka kini dengan hanya seorang GPI sahaja di sekolah dan tanpa seorang pun guru j-QAF (memandangkan saya perintis untuk j-QAF di sekolah itu). Program tasmik mereka bagaimana pula.. sejak bermula persekolahan semester kedua langsung tidak dijalankan.. saya sangat simpati dengan anak-anak itu. Jauh di dalam hati saya juga sangat risau pelajaran dan program tasmik yang tertangguh akan menjejaskan prestasi pelajaran anak-anak itu pada tahun-tahun seterusnya.. sepertimana hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a dengan mafhumnya:


"Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Musyrik." 
(Hadis Riwayat di dalam sahih Muslim)


Saya sentiasa menganggap anak-anak murid saya itu seperti anak sendiri sebab bila kita anggap macam anak sendiri kita akan lebih ikhlas dalam mendidik dan beri peringatan..tak adalah timbul perasaan tak kisah bila anak murid itu tidak beradab sebab anggapan kita itu bukan anak kita dan kerja kita cuma mengajar di kelas saja. Saya sentiasa ingat kata-kata seorang yang sangat dekat dengan saya, katanya kehidupan di dunia ni bagaikan karamah. Macam mana kita buat dekat orang, tak mustahil macam tu juga orang buat dekat kita. Sebab tu bila saya mengajar anak murid macam anak sendiri, saya berharap anak-anak saya nanti pun akan diajar macam anak guru mereka sendiri..


 Kalau kita berjasa dengan anak orang lain, tak mustahil orang lain pun akan buat jasa dekat anak kita kan.. macam tu lah konsep karamah yang saya sentiasa pegang. Sebab tu juga saya sangat tak sampai hati nak menyakiti anak-anak murid sebab saya sentiasa terfikir macam mana lah nasib anak saya kalau dia disakiti gurunya.. tak mahu kan.  





Rindu punya pasal, berjela pula bebelan saya.. hehe. Akan datang saya nak kongsi sikit macam mana positif respon dan penerimaan anak-anak saya bila saya betulkan apa yang biasa mereka lakukan ke arah yang lebih baik.. insyaAllah.


16 June 2013

Entri Untuk Abah

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah berhari-hari plan nak buat entri untuk abah, akhirnya bila sampai pada tarikh yang ditunggu-tunggu saya terlewat beberapa jam.. tak mengapalah lewat sehari pun, yang penting hajat saya tercapai dan niat terlaksana.. Selamat Hari Bapa buat abah tersayang:)



Kalau nak cerita tentang seluruh kebaikan dan jasa abah, silap-silap boleh patah jari menaip ni.. hehe. Maka untuk langkah-langkah keselamatan cerita sikit je lah kot.

Memandangkan saya dah khatam KPLI, maka elalun bulanan automatik dah tak ada. Tapi saya sentiasa percaya rezeki itu kurniaan tuhan.. Allah Maha Penyayang dan tak akan biarkan hambaNya dalam kesusahan. 

Suatu hari mak tanya saya di depan abah.. 'sekarang dah tak ada elaun, motor macam mana?' Maka saya dengan muka yang sangat tersengih-sengih jawab camni kat mak, 'eh, bukan dulu dah ada perjanjian hitam putih ke sebelum beli motor tu?' Lepas tu abah pun jawab... 'yelah.. abah yang bayarkan start bulan 6 ni'.. hehe.

Kan dah kata.. rezeki tu dah diatur :)

Sayang abah sangat-sangat.. walau abah tak banyak duit dan harta tapi abah sentiasa berusaha menyediakan yang terbaik untuk keluarga dan tak pernah berkira sedikit pun dengan anak-anak.. abah memang qudwah hasanah. Abahku heroku.. Selamat Hari Bapa buat abah tersayang tercinta lagi dikasihi:)


13 June 2013

..Come Back..


Bismillahirrahmanirrahim..

Hampir setengah tahun tak update blog akhirnya saya ringankan jari-jemari yang tak runcing ni untuk menaip sepatah dua kata.. hehe. Walaupun tak update apa-apa tapi sebenarnya saya sering jenguk blog ni dan singgah baca entri teman blogger yang lain..

Oh ya baru pula terperasan entri ni la pembuka segala entri untuk tahun 2013 di blog ni.. setengah tahun dah kita di tahun ni, aiyooo. Nak buat macam mana saya terpaksa meluangkan masa yang amat banyak untuk praktikum yang saya jalani bermula januari-april yang lalu. Lepas tu bertungkus lumus pula menyiapkan segala macam assignment yang tertangguh.

Dalam pada sibuk dengan praktikum dan assignment tu, ditambah lagi dengan kesibukan kerja-kerja di sekolah.. mana nak sempat update blog, hehe. Cuti sekolah baru ni pula meneruskan kursus aka pengajian di IPG untuk kali terakhir seterusnya menyelesaikan final exam. 

Kini alhamdulillah saya sudah menamatkan KPLI j-Qaf setelah bertungkus lumus setahun setengah lamanya.. tawakal je sekarang ni, semoga saya berjaya dalam keseluruhan kursus termasuk praktikum, tugasan dan final exam..

sekarang ni sementara tunggu surat posting dan sebagainya, saya duduk di rumah je menjalani latihan suri rumah.. hehe. InsyaAllah kesempatan dan ruang yang diberi Allah ni akan saya guna sebaiknya. Inilah yang dikatakan masa lapang sebelum sempit..

Harapnya tak lama sangatlah saya 'bercuti' ni.. rasa rindu sangat dengan anak-anak saya kat sekolah tu. Entah macam manalah agaknya mereka sekarang:(


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...