Showing posts with label Teman. Show all posts
Showing posts with label Teman. Show all posts

24 December 2012

Walimah Sahabat..


 Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah semalam berpeluang menghadiri walimah sahabat baik di kampungnya di Kota Belud.. syukur dipermudahkan perjalanan ke sana walaupun baru pertama kali dan sentiasa dipelihara oleh Allah SWT sepanjang perjalanan yang cuaca hujan.. alhamdulillah. Rasa nak cakap panjang-panjang tak sempat kot sebab agak kesuntukan masa.. tengok jelah gambar-gambar yang sempat diambil sebelum balik..

Agak kecewa sedikit sebab tak sempat tunggu dan lihat saly bersanding bersama suami sebab kekangan masa namun syukur sempat juga melihatnya berpakaian tradisi suku kaumnya iaitu Iranun..










Di belakang tu lah zauj saly tapi pemalu kot, tak dapat ambil gambar mereka bersama



























Pengantin dengan pengapitnya..








Ada 2 pelamin, satu yang biasa satu lagi yang tradisi..



Sebelum balik ganbar dulu.. thanks jun tolong ambil gambar:)







Semoga perkahwinan antara saly dan suaminya Redzuwan kekal bahagia ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang comel dan soleh solehah... amin!



07 December 2012

My Girl

Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ni mood jiwang sikit, saya ingin bercerita tentang my girl yang ada di sisi saya selama ini.. biar kini kami tidak lagi duduk bersama bersembang bergosip dan membebel tentang itu dan ini tapi kami tetap akrab seperti dulu kerana dia adalah my girl.


Dulu semasa zaman u, my girl ni lah yang sering cop tempat untuk saya di kelas sebab hampir setiap hari saya akan datang lewat. Dia pasti akan cop tempat di sebelah dia.. jarang lah kami duduk jauh-jauh sebab nanti tak ada geng bergosip atau beritu ini masa boring dengar kuliah. 


Malam-malam atau hujung minggu bila keboringan melanda my girl ni lah yang akan bawa saya merempit ke bandar atau ke mana saja. Kadang tak ada duit pun jadi juga kami keluar membuang masa.. lalala.


Apa saja masalah, cerita dan apa lagi gosip terbaru pasti kami berdua saling berkongsi dan meluah rasa.. sangat rindu kenangan masa lalu itu, zaman kami masih muda remaja.. hehe.



 Kenangan hari bahagia kami..










 Lihatlah sampai dalam tandas kami abadikan kenangan bersama..


Even muka mengantuk dan penat pun still boleh posing bersama..:)



Hari ni sempena ulang tahun kelahiran my girl, sahabat baik saya dunia dan akhirat saya buat entri khas untuk dia.. walau kita jauh dari pandangan mata tapi sentiasa dekat di hati. Selamat hari lahir sahabatku suel.. semoga dipermudahkan segala urusanmu dan hidupmu akan lebih diberkati. Sanah helwah:) 


P/s: Rindu sangat-sangat kenangan masa lalu...



05 June 2012

Insiden Keluar Makan

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi tadi ingatkan nak sarapan kat rumah sewa anis ni je dengan fairus sekali.. tiba-tiba mereka sudah pun bersiap dengan penuh semangat waja nak makan kat luar. Saya ikut je cadangan tu.. bab makan sudah tentu pucuk dicita ulam mendatang.. lalala.


Hampir 2 minit lagi kot nak sampai ke restoran yang diidamkan, sahabat saya yang sangat malu untuk disebutkan namanya dapat call. Maka jadilah kami penunggu yang setia menanti beliau selesai bercakap di telefon. Bunyinya macam serius je, siap bagi no. ic dan no. atm kad bagai. 


Selesai je dia bercakap kami terus terjah dengan macam-macam soalan.. katanya panggilan tu dari celcom yang mengatakan beliau ni telah menang cabutan bertuah untuk no. telefonnya. Maka si pemanggil yang mengaku dirinya Tuan Hj bla bla bla tu pun minta no. ic dan no. kad atm sahabat saya ni. Beliau pun beri je sebab tak syak apa-apa pun malahan sangat teruja sebab nak dapat hadiah RM5000.. fuh, ada juga ke nak bagi free duit sebanyak itu??? Tuan Hj tu siap suruh sahabat saya ke atm BSN sebab nak ajar prosedur untuk dapatkan wang tu.


Kami berdua yang menjadi pendengar setia sepanjang dia bercakap kat telefon tu tanpa fikir panjang trus syak wasangka.. cepat-cepat suruh beliau call celcom untuk dapatkan pengesahan sebab Tuan Hj yang call tadi guna nombor private.. mencurigakan kan En. Tuan Hj. itu. Lepas tu pihak celcom kata tak ada pun buat cabutan bertuah macam tu dan kami cepat-cepat ambil keputusan ke atm terdekat nak selamatkan duit yang ada dalam akaun sahabat saya itu.


Maka jadilah misi makan kami tergendala sekejap sebab nak bagi laluan kepada misi menyelamatkan duit tu.. tapi lepas tu alhamdulillah dapat makan dengan senang hati di sebuah tempat yang mengasyikkan.. lalala. 


Entri ni bukan bertujuan untuk memalukan atau mengaibkan sahabat saya yang dikasihi tapi sebagai pengajaran supaya kita beringat sekiranya berlaku perkara yang sama seperti ni atau lebih kurang sama. Usah mudah percaya dengan panggilan-panggilan seperti itu dan jangan mudah memberi sebarang maklumat peribadi terutama melibatkan akaun bank kepada orang lain.. sekalipun orang tu dekat dengan kita. 


Syukur alhamdulillah kami berjaya mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini pada siang tadi itu..Apa pun niat sebenar tuan haji tu, hanya Allah swt sahaja yang mengetahui.. tidak baik buruk sangka namun tidak salah kita berjaga-jaga dan cuba menghindari sebarang kemungkinan yang tidak diingini. 


Renung-renungkanlah..

02 June 2012

Kisahku dan Teman


 Bismillahirrahmanirrahim...

Kami berempat sentiasa bersama tak kira sama ada nak pergi makan atau shoping.. cuma dalam beberapa perkara sahaja jumlah 4 tu menjadi 3 atau 2 sahaja.. namun antara kami apabila sudah berada di bawah satu bumbung pasti tidak ada yang akan keseorangan. 


Mereka bertiga berasal dari negeri ibunda yang sama namun mereka tidak pernah menyisihkan saya walau sesekali.. tidak pernah mengasingkan saya kerana perbezaan bangsa mahupun loghat. Malah saya mahupun mereka sama-sama cuba untuk belajar bahasa ibunda masing-masing untuk memudahkan komunikasi terutama saya kerana mereka nyata bertiga.


Kami bertiga bertugas di sekolah yang berlainan yang nyata jaraknya memang jauh.. seorang nun di Sandakan, seorang nun di Ranau, seorang hanya di KK dan saya di tempat asal nun di Beaufort namun bila bertemu kami seperti duduk sebumbung setiap hari.. tidak ada cacat celanya dalam kemesraan dan pergaulan kami.


Perbezaan status seorang dari kami berempat tidak membataskan pergaulan dan gurauan kami.. nyata kami serasi dan tidak kisah itu semua.. alhamdulillah.

Kami baru sahaja kenal antara satu sama lain hanya beberapa bulan sejak bermula menjadi pendidik pelatih di IPG yang sama namun kami seperti sudah kenal bertahun-tahun.. walaupun saya dan salah seorang dari mereka bertiga sekelas masa kat universiti dulu namun kami tidak rapat kerana duduk dalam kelompok masing-masing. Ternyata semua itu tidak pernah membuatkan kami kekok antara satu sama lain..


Inilah kami.. kami berempat yang bersahabat baik di mana-mana sahaja. Alhamdulillah saya punya teman-teman yang baik dan memahami. Syukurlah tidak sukar untuk mendapat teman yang baik biarpun kami cuma bersama hanya dalam seminggu dua setiap kali bertemu. Apa yang pasti kami akan duduk bersama setiap kali berada di sini.. Syukur ya Rabb.





 Dinner di Tg Aru





 Chicken chop kampung....??


 Ini yang kami cari.. Char kuey tiaw.Nyam-nyam..


 Nasi goreng ayam mayonis


Kongsi berempat baucar kfc dapat lepas isi minyak







Anis kata makan kongsi berempat macam ni sangat sedap..makan seorang selalu tak sedap, hehe. Tengoklah air pun kami kongsi.. so sweet.


Nasi ayam ni sedap juga..-kedai makan lain-


Laici susu


Cuti 4 hari yang baru berlalu kami isi masa bersama dengan berjalan, shoping dan makan (wajib).. hehe. Ianya semakin mengeratkan kami. Teman dan saya memang tak dapat dipisahkan..sedih woo kalau tak ada teman. Bagaikan hari berlalu tanpa membaca sepotong pun dari ayat al-Quran. 

Teman cermin yang sangat dipercayai.. boleh tanya penampilan. Dalam masa yang sama perbetulkan kita kalau nak beli baju yang sedikit ketat kat bahagian tertentu.. ya, itu pengalaman berharga saya bersama teman-teman. Mereka juga perbetulkan saya dalam berpakaian, memilih tudung yang sesuai dengan diri dan penampilan. Pada masa lain teman juga menjadi sumber informasi dan berita hangit.. hehe. Tanpa teman nyata kehidupan ni tak sempurna. Syukran jazilan sudi menjadi teman saya..:)

 Alangkah ruginya kalau tiada teman dan tidak mahu berteman.. renung-renungkanlah.

p/s: Tetap tak lupa kekasih sejati cik Suel yang sudah lama tidak ditemui.. miss u:)


18 January 2011

Semoga Cepat Sembuh...

Bismillahirrahmanirrahim...

Petang semalam lebih kurang pukul 6 tidak ingat berapa minit saya telah menerima mesej dari sahabat saya bibi.


"Salam.. siti masuk hospital. Tapi tak pasti lagi sebab apa, doktor tak cakap apa-apa lagi."


Erk..tiada khabar menyatakan sakit, tiada khabar buruk tiba-tiba sahaja masuk hospital. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.. hati segera diburu kerisauan dan susah hati. Lama tidak bertemu tiba-tiba dikhabarkan dengan berita masuk wad. Segera saya menelefon bibi semula untuk kepastian. Awalnya cuma berpunca daripada batuk-batuk biasa tetapi keadaannya sangat lemah. Hati bermonolog, "takkanlah batuk saja sampai kena masuk wad.." tidak sedap hati rasanya. Cepat-cepat atur janji nak lawat siti kat hospital esok hari bersama mak dan ayah angkat (kebetulan siti juga anak angkat mak dan ayah).


Sebelum tidur, bibi hantar mesej lagi katanya doktor buat ct scan kat siti dan mungkin akan diambil air tulang belakangnya.. bertambah risau + tidak sedap hati + sedih + tidak sabar nak ziarah bila dengar demikian.


Selepas Asar petang tadi, alhamdulillah dapat sampaikan hajat nak ziarah siti. Tidak sabar-sabar nak sampai di hospital. Melihat keadaan siti hati diserang kesayuan yang amat..pilu rasanya lihat keadaannya yang terlantar tidak berdaya. Rasa semuanya tiba-tiba sahaja..puncanya demam.


Badan yang lemah, mata kiri bengkak, penglihatan semuanya double katanya, seluruh badan kebas dan sukar untuk bercakap cukup membuatkan hati ini pilu.. nak nangis sangat tapi tahan je. Cool la kononnya.. hehe. Berhadapan dengan pesakit kenalah kuat kan, barulah si pesakit merasa ada kekuatan dan tidak bersedih dengan nasibnya. Teman-teman sekuliah siti agak ramai juga memenuhi wad, kebetulan memang masa melawat. Terharu rasanya melihat teman-teman siti.. tidak kira muslimin dan muslimat masing-masing meluangkan masa bersama memberi semangat dan mendoakan yang terbaik untuknya. Itulah yang dinamakan kawan, susah senang sentiasa bersama...


Daripada Abu Darda' r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdoa) akan ada di dekatnya malaikat muwakkal (pesuruh) setiap yang ia doakan untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama.
(Hadis Riwayat Muslim)


Dalam kesakitannya itu, sempat siti bergurau nak main buai kat bawah.. insyaAllah nanti saya dan teman-teman lain temankan siti ya.. lepas itu, siti request nak makan jagung parut bila sudah sembuh. InsyaAllah sahabatku, kamu sentiasa dalam jagaan Illahi.. nanti kita sama-sama tunaikan keinginan siti.


Kasih ibu membawa ke syurga... mak siti yang berada di kuching, Sarawak akan tiba esok untuk melihat siti yang terlantar di hospital. Simpati dengan si ibu.. betapa kuatnya kasihnya biarpun terpisah dek Laut China Selatan. Tak terbayang perasaan ibunya saat tahu si anak sakit.. belum jadi ibu sudah dapat bayangkan, tak tahulah macam mana bila jadi ibu esok kan.


Masa kat hospital sempat bawa siti ke tandas, masa tolak kerusi roda asyik langgar benda je.. hehe (saya belum ambil lesen kerusi roda lagi okey..). Masa lalu kaunter sempat nampak penimbang berat.. hehe. Kak aida cepat-cepat ajak naik benda tu, waa.. saya sangat excited. Lupa pula masa tu ada kat hospital.. dan saya sekali lagi teruja bila berat tinggal 44 kg, lalala. Ni entri pasal siti la, nak juga cerita pasal dia kan.


Okey lets back to the point.. sebelum balik dan tinggalkan siti tadi terharu sangat bila teman-teman siti semua bagi kata-kata semangat. Mujur sempat tahan airmata.. semoga kamu terus tabah dan mendapat kekuatan. InsyaAllah kita akan kembali seperti dulu kan. Siti bertuah sebab Allah memilihnya untuk mendapat ujian sebegini.. ingatlah Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu dilaluinya. Kamu pasti boleh.. ramai yang sayang siti dan doa teman-teman sentiasa mengiringi. Pasti ada hikmah yang tersirat. Setiap penyakit itu ada penawarnya.. yang penting harus sabar. Ujian itu sedikit sahaja jika dibandingkan dengan rahmat yang diberikan..


Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya".
(Hadis Riwayat Bukhari)


InsyaAllah esok nak ziarah siti lagi.. semoga cepat sembuh sahabati. Saya sayang kamu sangat. Sudah sembuh nanti kita pergi makan jagung parut ya.. nyam-nyam.


P/s: Muhasabah diri bila pergi hospital dan lawat orang sakit..mendidik diri bersyukur dengan nikmat sihat yang telah dikurniakan..alhamdulillah.


30 June 2010

Hancur Hatiku..Mengenang Dia..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ala-ala jiwang pula tajuk entri ini. Hati sedang bersedih saat ini sebenarnya kerana baru sahaja dilukai oleh seorang teman rapat. Teman serumah sewa, teman study, teman tidur bersama, teman makan bersama.. dan segalanyalah yang selayaknya dilakukan bersama teman..

Teringat saat mengadu pada emak semalam, bukan main risau lagi mereka akan anak gadis mereka seorang ini. Kasihan mak dan abah, risau sampai nak ambil saya pulang ke rumah.. tidak ada apa-apalah mak abah.. semua boleh dikawal. Yakini saya kepada mereka.

Memang hati sedang berduka, namun seboleh mungkin saya mahu segera melupakan. Ya.. ini dugaan tuhan. Dugaan Ya Rabb dalam menguji
keimanan hambanya. Sabar wahai hati.. Pasti ada hikmah di sebaliknya. InsyaAllah....





Semoga hati ini terus tabah dan diberikan kesabaran yang tinggi.. Tidak sanggup rasanya berterusan berada dalam alam seperti ini. Terasa diri seolah-olah bukan diri sendiri.. bagaikan jasad lain yang masuk ke badan saat terus berperasaan begini. Semoga kita mendapat keredhaan dan keampunannya.. amin.







01 May 2010

Wajarkah Aku Buat Begitu...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis..
Rindu amat dengan Sangkar Mustika ni..
Laptop still koma, dan dalam proses mendapat rawatan..
Tidak sabar menunggu hari esok.. last paper for this sem..yeah!
Then boleh balik kampung yang sudah lama ditinggalkan.. so excited!!

Sebenarnya hati masih berperang dengan apa yang baru saja berlaku beberapa jam yang lalu..
Sedang study, seorang sahabat yang agak tidak rapat datang menemui saya di bilik.
Agak terkejut juga pada mulanya kerana tidak pernah sahabat ini mencari saya kalau bukan kerana sesuatu. Apatah lagi masuknya dia terus mengunci pintu namun saya sembunyikan keterkejutan itu di dalam hati. Lalu dengan selambanya dia berkata tidak sengaja terkunci sedangkan saya tahu dia sengaja..

Biarpun merasa amat pelik + melihat wajahnya yang keruh, saya sabar menanti butir bicaranya.
Dia menceritakan masalahnya yang bermula setelah menghantar seorang sahabat yang demam ke klinik pada malam tadi dengan menyewa kereta. Namun kerana lewat menghantar kereta tersebut, dia terpaksa menghantarnya pagi tadi dan sewa dikira separuh hari. Oleh kerana membayar sewa tersebut menyebabkan duit belanjanya telah habis.

Saya mula faham tujuan kedatangannya ketika itu.. dia mahu meminjam duit saya.
Saya mula diserang serba salah.. tahu wajib saya membantunya ketika itu tapi saya tidak yakin dengan sahabat itu. Saya banyak mendengar cerita tentangnya dalam hal pinjam-meminjam.
Lalu dengan begitu payah saya memohon maaf kepadanya mengatakan tidak dapat membantunya.. Bukan tidak sudi tapi saya tidak mahu menjadi mangsa yang entah ke berapa.
Saya yakin, jika saya tidak dapat membantunya ada lagi yang boleh menbantunya. Memang bunyinya kedengaran agak kejam sedikit tapi saya tidak mahu terlalu berlembut hati dengan orang sedemikian.

Semoga niat saya berada di landasan yang betul walaupun saya akui perasaan ini sedikit tidak tenang kerana bersikap sedemikian. Semoga sahabat itu memaafkan saya atas sedikit kekejaman yang telah saya lakukan. Bukan saja-saja berbuat begitu, tapi saya terpaksa. Bukan sekali saya mendengar dari sahabat-sahabat lain tentangnya. Apatah lagi esok ramai yang sudah mula pulang ke kampung. Sedikit sebanyak timbul curiga di hati memikirkan tujuannya meminjam duit tersebut. Renung-renungkanlah....

Sahabat...Maafkan temanmu ini.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...