17 February 2012

Dunia Baruku..

Bismillahirrahmanirrahim...


Hari ni saya nak tunaikan janji pada entri yang lepas.. nak tunjuk gambar-gambar di tempat baru, hehe. Lepas je ambik surat dari PPD Beaufort hari rabu yang lalu, terus ajak mak pergi jenguk dunia baru saya yang saya tak pernah sampai lagi tu. Sebelum ni macam-macam saya dengar, kena naik bot la.. naik sampan la.. naik jambatan gantung la.. so saya dan mak datang lihat sendiri.


Nama je dekat dengan kampung tapi nak drive ke sana mak aihh... dekat 30 minit juga. Kawasan kampung tak boleh drive laju-laju, jalan pun batu-batu kasar je belum berturap. Kalau musim hujan alamatnya rosak teruk la jalan tu.. memang mencabar. Lepas 30 minit baru sampai kat jambatan gantung.. Fuh! tinggi yang amat. Patutlah mak tak berani naik.














Dalam gambar nampak tak tinggi tapi sebenarnya tinggi aihh.. gayat!






Masa nak naik jambatan tu rasa macam naik bukit je.. tinggi betul. Bila dah sampai kat atas sekali, saya toleh ke bawah.. tu la hasilnya yang dalam gambar. Lepas tu baru teruskan lagi perjalanan melalui bahagian yang tergantung yang memang sangat bergoyang. Nak pegang tepi tak boleh sebab jambatan tu lebar.. wawawawa.





Ni view bila saya baru sampai kat atas lepas tercungap-cungap mendaki.. hehe




dan ini pula view di hadapan saya..bahagian yang bergoyang-goyang dan menggayatkan amat.




Terpaksa beranikan diri ambil gambar kat tengah-tengah jambatan.. nangis woo kalau hp jatuh ke bawah..


Bila dah sampai seberang sungai sangat lega dan tengok jam.. hm, around 5 minit nak lintas jambatan tu. Seram kan.. pertama kali jejak jambatan tu dalam hati berkata, " kalau ditakdirkan jatuh masa nak pergi kerja harapnya dapatlah syahid..". Hehe.......



13 February 2012

Hadiah Hari Lahir

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni alhamdulillah dah dapat tau sekolah mana saya bakal ditempatkan sebagai guru pelatih selama setahun setengah ni. Hm.. boleh dikatakan dekat dengan rumah, tak sampai pun sejam. Boleh dikatakan saya boleh ulang alik dari rumah ke sekolah setiap hari. Tak perlu nak fikir cari tempat tinggal lain dan sebagainya.


Tapi apa yang sebenarnya masih merunsingkan fikiran? Sebabnya.. saya kena mengharungi sungai yang besar setiap hari sama ada menaiki sampan atau pun melalui jambatan gantung yang mak saya selalu cakap kalau dia kena upah RM100 untuk lalu jambatan gantung tu dia tak nak. Hm.. tak apalah, cabaran buat saya di tempat sendiri (sedapkan hati je..). Kereta pun tak boleh sampai ke sana.. kena tinggal kat seberang sungai. Boleh bayangkan kereta naik sampan? hehe..


InsyaAllah jika berkesempatan, saya share keadaan di tempat baru itu nanti di sini.. sebenarnya dah lama teringin nak naik jambatan gantung tu, tapi tak tercapai. Akhirnya kini peluang itu datang bergolek-golek di kaki saya tak dapat dielak lagi. Walaupun kampung tu dekat je dengan kampung saya tapi tak pernah pun jejakkan kaki ke sana. Syukurlah walaupun dikategorikan sebagai sekolah pedalaman tapi saya akan sentiasa dekat dengan keluarga..


InsyaAllah lusa sampailah saya ke sana..:)

Eh, kejap.. tapi apa kena mengena tajuk entri dengan sekolah? hehe.. saya anggap ni la hadiah hari jadi tuk saya tahun ni. Yup.. hari lahir tanpa wish dari mak dan abah.. wawawa. Tak mengapalah, mungkin mereka wish saya dari jauh.. insyaAllah.

11 February 2012

~Jalan-jalan Pergi Makan~

Bismillahirrahmanirrahim...


Sangat teruja bila dapat jemputan makan-makan di rumah kak Khatty @ kak Ejang.. hehe. Tanpa fikir panjang terus angkat tangan setuju nak pergi dengan set2 kelate.. hehe. Nasib baik rumahnya dekat aje. Maka dengan penuh semangat kami berkumpul di hadapan pagar IPG seawal jam11 pagi.









Posing dengan Ustazah Fairus..




Bersama Anis & kak Jiha..



Panas terik pun sanggup posing lagi.. hehe.




Ni la teman-teman saya set-set kelate..




Nyam2...




Ambuyat Fairus..1 st time dia makan ni.




Kami di rumah kak khatty..








Sedap puding-puding ni, bentuk pun comel je..jagung!




Ni ambuyat yang teman-teman semenanjung saya masing-masing berlumba nak try..










Kami panggil ni kuih penjaram..hehe




Inilah rupa santapan saya kat rumah kak khatty:)


Alhamdulillah sangat kenyang makan di rumah kak khatty.. syukran atas segala hidangan dan layanan mesra yang diberikan.:) Banyak lagi sebenarnya makanan yang dihidangkan tapi sikit je yang dapat saya upload, lapar dah tak larat nak ambil gambar banyak-banyak.. lalala.


Alhamdulillah masing-masing sudah dapat penempatan dan kena lapor diri kat PPD masing-masing rabu ni.. insyaAllah segalanya berjalan lancar.


10 February 2012

..Kisah Temuduga Saya 2..

Bismillahirrahmanirrahim...


Sudah lama berangan nak kongsi pengalaman temuduga saya kali kedua ni tapi tak berani lagi sebab masa tu keputusan temuduga belum pasti. Kini setelah berjaya baru berani dan yakin nak kongsi pengalaman masa temuduga kpli j-Qaf hari tu.


Interview hari tu terbahagi kepada 3 sesi. Sesi pertama- bertulis (B. Arab), sesi kedua- berkumpulan, kena bincang 1 topik. Masa interview kedua tu memang kena bercakap je selagi masa berjalan walaupun dah habis modal tak tau nak cakap apa. Sampai benda yang sama diulang 2-3 kali.. hehe. Terpaksalah buat macam tu daripada tak bercakap langsung kan..:)


Tapi yang saya nak kongsi ialah sesi ketiga tu..interview individu. Fuh! jadi orang yang terakhir memang sangat menyesakkan jiwa. Cuak betul tengok reaksi setiap teman temuduga yang keluar dari bilik temuduga tu. Bila tiba giliran saya, sangat teruja dengan soalan penutup sesi temuduga tu..


Penemuduga: Sebelum kita berakhir, kami bagi awak peluang bagitau apa keistimewaan yang ada pada diri awak yang akan membuatkan kami rugi tidak memilih awak menjadi guru.. silakan.


Saya: ..saya seorang yang periang, saaaaaangat sukakan kanak-kanak. Kalau saya jadi guru, saya akan berusaha mengajar murid-murid saya dengan bersungguh-sungguh sebab saya sukakan mereka. Perkara yang kita sukai pasti kita dapat laksanakan dengan baik. Lagi satu, saya sangat menggemari kartun-kartun. Seperti kita tau kanak-kanak sinonim dengan kartun maka saya akan gunakan teknik itu dalam pengajaran untuk bagi mereka seronok, cepat faham dan tak bosan belajar. Saya juga boleh menggunakan teknik nyanyian dalam kelas atau mengajar menerusi animasi berunsur keagamaan....(kalau nak tau, sambil mengutarakan kata-kata ini saya bercakap dengan muka yang dibuat-buat penuh kecomelan untuk meraih hati penemuduga.. hehe).


Walaupun soalan penutup interview tu macam nak suruh saya masuk lif tekan sendiri atau masuk bakul angkat sendiri tapi nampaknya tidak sia-sia usaha saya itu. Senyuman saya masa tu usah cakaplah.. tak lekang dari bibir. Syukur ya Allah.. syukur alhamdulillah.


Sekian entri penuh perasaan perasan dari saya..lalala:)

..Back To School..

Bismillahirrahmanirrahim...


Syukur alhamdulillah berjaya juga saya menembusi kesibukan dan publish entri ini. Agak terlambat sedikit berkongsi cerita kembali ke sekolah ini tapi tak mengapalah. Alhamdulillah saya kini berada di IPG meneruskan perjuangan sebagai seorang bakal guru. Sudah hampir 2 minggu berada di sini namun baru kali ni dapat menulis entri. Walaupun saya gembira kerana impian hampir tercapai namun sedih juga sebenarnya melepaskan tanggungjawab saya di klinik..hampir 5 bulan bekerja sebagai pembantu klinik sangat menyeronokkan sekalipun itu bukan bidang saya. Syukurlah segala usaha, penantian dan kesabaran akhirnya menghasilkan buah yang enak dan lazat.


Menghabiskan tugasan-tugasan terakhir di tempat kerja lama sangat menyedihkan.. terpaksa pula melangkah meninggalkan rakan-rakan sekerja yang mula bertakhta di hati. Selepas ni tak dapat dah jumpa baby yang comel-comel sebab akan berdepan dengan kanak-kanak riang je. Semoga keadaan adalah lebih baik hendaknya.


InsyaAllah minggu depan akan mula posting di sekolah walaupun saya tak tahu lagi ke manakah saya akan terdampar.. hehe. Kursus ni berasaskan mod LPBS (Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah), sebab tu dapat posting terus. Masa cuti sekolah nanti baru datang interaksi di IPG. Gerun juga memikirkan yang saya akan bergelar pendidik. Confirm bagaikan berdiri di depan cermin melihat sifat-sifat sendiri masa sekolah dolu-dolu pada murid saya nanti. Mahu tak mahu kenalah standby dari sekarang. Akhirnya saya kembali juga ke sekolah..)


p/s: Chaiyok-chaiyok to me!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...