Bismillahirrahmanirrahim...
Pada suatu pagi ketika tidak ramai guru berada di sekolah, budak yang bernama sofi ni datang bersembang dengan saya di bilik guru seperti kebiasaannya.. masa tengah bersembang dengan sofi, tiba-tiba si kecil itu bergerak ke meja cikgu Razif dan memakai cermin mata hitam yang ada di atas mejanya.
Terus saya minta sofi posing elok-elok sebab saya nak ambil gambarnya untuk kenangan dan simpanan peribadi. Sofi dengan penuh sporting terus posing macam ni.....
Tiba-tiba sofi buka cermin mata tu dan hulur pada saya sambil cakap macam ni, 'ustazah lagi pakai, saya ambil gambar ustazah'.. adoi, tergelak saya dengan telatahnya itu. Saya pun layan aje dengan penuh sporting dan ini hasilnya.........
Gambar separuh muka inilah yang diambilnya dan saya tunjuk pada sofi sambil gelak-gelak dan bandingkan dengan gambarnya yang saya ambil tadi.. hehe. Lalu si budak sofi ni pun suruh saya pakai lagi semula cermin mata sebab dia nak ambil gambar saya cantik-cantik katanya. Lalu hasilnya...............
Tadaaa.... okeylah banding yang tadi kan, lalala. Kembang kempis si budak sofi dapat pujian dari saya. Kalau nak tau budak sofi ni baru tahun 1 dan agak manja dan nakal sedikit budaknya tapi saya suka bersembang dengan dia setiap pagi sebelum mula kelas. Semoga ukhuwah antara kami terjalin erat selamanya..:)
06 October 2012
..Entri Yang Sudah Berlalu..
Entri ini sepatutnya saya share beberapa minggu yang lalu lagi tapi nak buat macam mana pelbagai kekangan ada. Alhamdulillah berjaya juga share entri ini sebagai kenangan pada masa depan:)
Majlis ni sebenarnya majlis merdeka raya yang lalu.. sebut je raya terus terbayang betapa ketinggalannya entri ini.. lalalala. Tak kisahlah yang penting update juga dalam blog.. kan.. kan.
Kanak-kanak ribena yang sangat suka posing:)
Pasangan pengacara majlis
Serius konon.. hehe
Tiba-tiba ada gambar si comel ini..
Bersama kak ita..
Kembar tidak seiras
Sekian.. itu saja untuk kali ini. Lain kali saya tulis lagi:)
Labels:
Sharing is caring
Subscribe to:
Posts (Atom)


