Bismillahirrahmanirrahim...
Sudah sebulan lebih menceburi bidang ni, baru hari ni rasa nak kongsi al-kisah temuduga untuk dapatkan kerja ni.. hehe. Santai je sebenarnya dan langsung tak buat apa-apa persediaan. Dalam hati kata kalau dapat kerja ni alhamdulillah, kalau tak dapat tak mengapalah. Saja nak mencari rezeki tambahan dan pengalaman sementara menunggu kerja yang pasti.. insyaAllah.
Awal sesi temuduga macam biasalah sesi taaruf macam baru masuk sekolah.. hehe. Lepas dah taaruf barulah masuk sesi soal jawab. Soalan-soalan ni yang paling saya tak boleh nak lupa.. entah macam mana boleh juga dapat kerja ni.. lalala. Paling teruja bila tengok muka doktor sebab nak analisis orangnya garang ke tidak.. hehe.
Doktor: Contohlah, tengahari saya dah balik rumah lepas tu kamu tinggal sorang-sorang dalam klinik ni. Tiba-tiba ada budak sekolah naik basikal lepas tu kemalangan kat depan klinik ni. Budak sekolah tu kena bawa ke sini, apa yang kamu nak buat?
Saya: Saya telefon doktor.
Doktor: Masa tu saya dah balik rumah, tak boleh telefon.. (rumah doktor di daerah lain).
Saya: Er..er.. saya akan suruh bawa budak tu masuk lepas baringkan. Lepas tu buka baju budak tu dan kipaskan. Lepas tu bersihkan luka-luka dia sikit.
Doktor: Kalau keadaan budak tu teruk macam mana?
Saya: Hm.. kalau budak tu pengsan saya akan buat cpr, kebetulan dulu pernah belajar (dalam hati kata, 'tak mungkinlah aku akan buat cpr.. wawawa'). Lepas tu kalau dah teruk sangat saya suruh diorang bawa ke hospital je lah.
Doktor: &*#@$%
Maka saya pun sampai sekarang tergelak sendiri bila mengingatkan jawapan-jawapan tidak bernas saya itu.. lalalala. Jangan contohi saya okey dalam sesi temuduga anda..:)
11 October 2011
05 October 2011
Nak Kulit Cantik??
Bismillahirrahmanirrahim...
Pernah tak alami kesukaran memilih krim atau pencuci yang sesuai untuk hilangkan parut-parut kat kulit? Mesti pernah kan.. kan. Kalau tak pernah pun sekurangnya mesti pernah tercari-cari petua yang sedang molek untuk masalah ni kan.
Entri ini bukan untuk tujuan penjualan sebarang jenis produk, juga tidak bertujuan untuk mengurangkan nilai wang di dompet anda itu. Saya cuma sekadar mahu berkongsi sedikit petua yang saya amalkan dari kecil setiap kali timbulnya parut-parut nakal.. hehe. Jangan risau, petua ni tak memudaratkan, menjimatkan dan bebas dari bahan kimia atau yang sewaktu dengannya.

Pernah lihat tak bunga di atas? Okey bunga, sila perkenalkan diri anda..
'Nama saya bunga senduduk, nama omputih pula Melastoma malabathricum'..
'Nama saya bunga senduduk, nama omputih pula Melastoma malabathricum'..

Kalau nak tahu bunga senduduk ni boleh digunakan untuk menghilangkan parut-parut jerawat atau luka-luka kecil. Saya sendiri pernah guna bunga ni untuk tujuan itu sedikit masa dahulu. Tapi penggunaannya mestilah secara berterusan dan konsisten.. (ayat karangan BM). Nak cantik menawan kenalah rajin, baru dapat hasilnya. Kalau jarang-jarang guna, hasilnya tidak seperti yang diidamkan. Jangan kata saya tipu pula nanti tau.

Oh, ya.. cara penggunaannya pula bunga yang sedang mekar itu gosok saja pada bahagian kulit yang berparut. Gosoklah macam mana sekalipun sampai bunga tu hancur lunyai.. tapi syaratnya mestilah rajin. Amalkan setiap hari sampai parut hilang..

Saya cuma berkongsi petua berdasarkan pengalaman sendiri.. namun, ini cuma sekadar usaha dan ikhtiar yang menentukan tetap juga Yang Maha Esa. Janganlah kita mensyirikkannya dengan menganggap bunga ini yang menyelesaikan masalah yang dihadapi.. wallahualam.
Labels:
Sharing is caring
Subscribe to:
Posts (Atom)