30 December 2011

Entri Akhir Tahun..


Bismillahirrahmanirrahim...



Beria-ia mahu menulis 'sesuatu' pada akhir tahun masihi ini.. akhir tahun hijrah hari tu tak ada pula beria macam ni. Bukan seperti itu sebenarnya tapi hanya sekadar menghargai kehadiran tahun baru masihi yang memang agak berbeza dari sambutan tahun baru hijrah yang dirai di masjid-masjid dengan bacaan doa akhir dan awal tahun.


Mencecah ke tahun baru bermakna umur pun makin meningkat.. waaaa, tak mau la jadi tua. Dalam hati ni tak tau la macam mana nak gambarkan naluri keibuan yang semakin meronta-ronta kebelakangan ini. Pantang nampak insan yang bergelar baby hati jadi tak menentu. Macam orang jatuh cinta pandang pertama kot.. hehe.



Syukurlah kerjaya di klinik sangat memberi peluang untuk bertemu baby.. macam-macam ragam yang saya temui. Ada yang mudah mesra, ada yang takut dengan orang, ada yang kuat nangis dan tak kurang juga yang kuat main.. penat main cak-cak dengan diorang, hehe. Paling susah bila kena handle baby atau budak yang takut dengan doktor. Meloncat-loncat sambil menangis nyaring bila kena timbang berat. Fuh.. mencabar tapi saya seronok!



Beberapa kali bertemu dengan anak kembar yang datang minta rawatan, hati saya kuat menyatakan saya pun nak ada anak kembar juga suatu hari nanti.. semoga diizinkan dan diperkenankan olehNya. Sangat terhibur melihat
mereka bermain bersama sementara menunggu giliran berjumpa doktor. Pakai pakaian yang sama pula tu.. bila ada anak kembar, secara tak langsung ibu dan ayah kena hadir bersama. Yalah, mana mungkin seorang ayah atau seorang ibu mampu berseorangan membawa kembar ke klinik. Seronok sungguh saya melihat situasi itu.. kemesraan antara suami isteri dan kerjasama yang terjalin sangat erat.



Waa.. saat menulis entri ini hati semak
in menggebu-gebu, wawawa. Tahap excited yang sangat melampau ini sampai menyebabkan saya pernah mencari info-info macam mana nak mudah dapat baby kembar bila dah kahwin nanti. Mujurlah teman-teman dan insan tersayang menasihati dan menyedarkan yang itu semua rezeki ketentuan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu bersabar dan berdoa.. keinginan dan naluri yang terlalu kuat membuatkan saya menjadi insan yang terlalu mengharap. Namun perlahan-lahan kini mula belajar menerima hakikat, kalau dapat alhamdulillah dan kalau tak dapat pun mungkin ada hikmahnya... insyaAllah.



Rasa nak tergelak pun ada bila pernah berangan nak ada sampai kembar 4.. hehe. Angan-angan hana farhana ni bukan boleh percaya sangat.. imaginasi kuat sangat. Tapi tak ada yang mustahil kan..:) Dalam pada berangan tak sudah tu sempat lagi men'culik' beberapa gambar kembar dari mr google.. hehe. Confirm geram tak abis tengok gambar-gambar diorang ni.
























Okey.. lepas dah tengok gambar-gambar tadi mari bersama-sama saya letak tangan kat dada dan kemudia perlahan-lahan sabarkan diri sendiri.. sabar, sabar. InsyaAllah, Allah bersama orang-orang yang sabar.. amin!


Cukuplah setakat ini kot entri saya kali ni.. tak sanggup dah nak tulis panjang-panjang lagi pasal baby.. selamat tahun baru dan selamat menjamu mata di laman entri akhir tahun ini:)



23 December 2011

My Feeling..

Bismillahirrahmanirrahim...


Hari ni alhamdulillah sama seperti hari-hari sabtu yang lalu hanya kerja setengah hari dan kemudian menghabiskan sisa-sisa separuh hari lagi dengan pelbagai aktiviti sendiri yang lebih kepada melabur duit..


Hari ini saya memilih untuk online seorang diri di sebuah cafe.. ya, duduk berseorangan di suatu sudut sambil makan fun fries juga kopi latte yang menjadi kegemaran terkini. Mula-mula rasa ok, feel free tanpa sebarang gangguan. Tapi lama-lama sikit mula rasa sunyinya.. teringat dolu-dolu saat bergumbira dengan teman-teman. Makan bersama tak habiskan ada la yang akan jadi tong sampah.. hehe. I really miss that time..


















Sesekali bersendirian macam ni akan buat kita mengingati masa lalu.. akan buat kita menghargai apa yang pernah kita miliki dan mensyukuri nikmat yang diberikan. Tak mengapa bersendiri, dapat kurangkan dosa termengumpat atau termengata orang.. hehe. Itulah hikmah namanya:)


Sekian my feeling dari sebuah cafe di sebuah pekan kecil.......

21 December 2011

Cerita Dari Jalanan

Bismillahirrahmanirrahim...

Setiap hari melalui rutin yang sama juga perjalanan yang sama menuju ke tempat kerja memang agak membosankan. Terkadang timbul juga idea kreatif membayangkan sepanjang perjalanan yang dilalui umpama taman-taman indah juga pemandangan seumpama disneyland.. hehe.


Begitu juga bila terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas setiap kali pergi dan balik dari kerja.. pasti tiada siapa menyukainya! Tambah tak suka bila sudah lambat ke tempat kerja, terpaksa pula berbaris panjang di jalan raya..wawawa, mau nangis dibuatnya bagi yang cengeng macam saya. Bagi yang kurang sabar, habislah berbakul-bakul sumpah seranah dihamburkan kot..


Oleh itu, saya nak berkongsi sedikit tips macam mana kita boleh mendidik hati dengan sifat sabar hanya melalui sebuah perjalanan.. caranya sangat mudah iaitu HUSNUDZON yakni bersangka baik.


Situasi 1:

Terdapat sebuah lori di hadapan yang menyebabkan banyak kereta membontot berbaris-baris di belakangnya. Andaikan kita kereta keempat dari belakang lori dan sudah lambat ke tempat kerja. Pasti hati sangat tidak sabar dan tension sebab kereta pertama hingga ketiga tak memotong lori tersebut. Maka mari kita husnudzon-agaknya kereta pertama tu pemandunya orang veteran, kereta kedua pula ada masalah nak bawa laju dan kereta ketiga tak boleh nak potong 3 kenderaan itu sekaligus. Agaknya juga di hadapan ada selekoh atau kereta dari arah bertentangan maka memang tak boleh memotong. Secara tidak langsung hati akan automatik bersabar.. insyaAllah.


Situasi 2:

Kita memandu di belakang kereta yang agak berhemah pemanduannya sedangkan kita sendiri bukanlah jenis yang terlalu berhemah sebegitu. Nak memotong tak boleh sebab jalan tersebut agak sempit dan berlubang-lubang (berdasarkan pengalaman sendiri, hehe). Maka mari kita husnudzon juga.. tak baik marah-marah tak menentu tanpa tahu perkara sebenar. Kelak diri sendiri juga yang darah tinggi.. hehe.


Situasi 3:

Berada di belakang pemandu wanita memang agak menggeramkan kadang-kadang namun janganlah mudah melenting dan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak elok. Cuba pujuk hati dengan mengatakan mungkin pemandu itu pernah terlibat dengan kemalangan maka agak sedikit trauma untuk memandu laju. Selain itu boleh juga katakan agaknya si pemandu itu jarang memandu sebab biasanya suaminya saja yang memandu.


Di atas hanyalah sebahagian daripada pelbagai situasi yang kita temui di jalan raya tapi apa salahnya kita cuba aplikasi sifat husnudzon itu. Tak rugi pun malahan lebih untung sebab kita dapat bersabar dengan situasi yang kita hadapi. Sabar itu kan separuh daripada iman.. alangkah seronoknya setiap kali ke tempat kerja iman semakin bertambah hanya melalui sifat sabar itu sahaja.. subhanallah.


Tapi macam mana pula kalau kita sabar tapi sampai ke tempat kerja agak lewat akibat dari kesesakan di perjalanan? Sabar itu sangat besar ganjarannya.. siapa tahu berkat kesabaran kita itu, walaupun sampai lewat ke tempat kerja tapi bos tak marah. Siapa tahu juga mungkin bos datang lagi lewat dari kita.. fuh, selamat. Mungkin juga bos tak perasan atau ada perkara-perkara lain yang berlaku yang menyelamatkan kita dari kemarahan bos.. tidak mustahil kan.



Marilah kita bersama-sama menjadi pemandu yang beriman..bila perjalanan diberkati, perkara yang seterusnya juga insyaAllah diberkati. Selamat mencuba! Renung-renungkanlah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...