30 December 2011

Entri Akhir Tahun..


Bismillahirrahmanirrahim...



Beria-ia mahu menulis 'sesuatu' pada akhir tahun masihi ini.. akhir tahun hijrah hari tu tak ada pula beria macam ni. Bukan seperti itu sebenarnya tapi hanya sekadar menghargai kehadiran tahun baru masihi yang memang agak berbeza dari sambutan tahun baru hijrah yang dirai di masjid-masjid dengan bacaan doa akhir dan awal tahun.


Mencecah ke tahun baru bermakna umur pun makin meningkat.. waaaa, tak mau la jadi tua. Dalam hati ni tak tau la macam mana nak gambarkan naluri keibuan yang semakin meronta-ronta kebelakangan ini. Pantang nampak insan yang bergelar baby hati jadi tak menentu. Macam orang jatuh cinta pandang pertama kot.. hehe.



Syukurlah kerjaya di klinik sangat memberi peluang untuk bertemu baby.. macam-macam ragam yang saya temui. Ada yang mudah mesra, ada yang takut dengan orang, ada yang kuat nangis dan tak kurang juga yang kuat main.. penat main cak-cak dengan diorang, hehe. Paling susah bila kena handle baby atau budak yang takut dengan doktor. Meloncat-loncat sambil menangis nyaring bila kena timbang berat. Fuh.. mencabar tapi saya seronok!



Beberapa kali bertemu dengan anak kembar yang datang minta rawatan, hati saya kuat menyatakan saya pun nak ada anak kembar juga suatu hari nanti.. semoga diizinkan dan diperkenankan olehNya. Sangat terhibur melihat
mereka bermain bersama sementara menunggu giliran berjumpa doktor. Pakai pakaian yang sama pula tu.. bila ada anak kembar, secara tak langsung ibu dan ayah kena hadir bersama. Yalah, mana mungkin seorang ayah atau seorang ibu mampu berseorangan membawa kembar ke klinik. Seronok sungguh saya melihat situasi itu.. kemesraan antara suami isteri dan kerjasama yang terjalin sangat erat.



Waa.. saat menulis entri ini hati semak
in menggebu-gebu, wawawa. Tahap excited yang sangat melampau ini sampai menyebabkan saya pernah mencari info-info macam mana nak mudah dapat baby kembar bila dah kahwin nanti. Mujurlah teman-teman dan insan tersayang menasihati dan menyedarkan yang itu semua rezeki ketentuan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu bersabar dan berdoa.. keinginan dan naluri yang terlalu kuat membuatkan saya menjadi insan yang terlalu mengharap. Namun perlahan-lahan kini mula belajar menerima hakikat, kalau dapat alhamdulillah dan kalau tak dapat pun mungkin ada hikmahnya... insyaAllah.



Rasa nak tergelak pun ada bila pernah berangan nak ada sampai kembar 4.. hehe. Angan-angan hana farhana ni bukan boleh percaya sangat.. imaginasi kuat sangat. Tapi tak ada yang mustahil kan..:) Dalam pada berangan tak sudah tu sempat lagi men'culik' beberapa gambar kembar dari mr google.. hehe. Confirm geram tak abis tengok gambar-gambar diorang ni.
























Okey.. lepas dah tengok gambar-gambar tadi mari bersama-sama saya letak tangan kat dada dan kemudia perlahan-lahan sabarkan diri sendiri.. sabar, sabar. InsyaAllah, Allah bersama orang-orang yang sabar.. amin!


Cukuplah setakat ini kot entri saya kali ni.. tak sanggup dah nak tulis panjang-panjang lagi pasal baby.. selamat tahun baru dan selamat menjamu mata di laman entri akhir tahun ini:)



5 comments:

  1. membaca coretan adik hana dgn senyuman :-) ehem2x, ble nak kahwin ni..nk dpt baby kena kahwin..haha.

    psl kembar tu, dgr doktor bg penerangan..peluang cerah kpd pasangan yg ada sejarah kembar....tp x tau la..semua ni rezki yg allah beri kan..sape tahu..tp ble kte dpt....br kita nk koreksi sape keturunan kte yg ada kembar....pepun, ble dh kawin ni dik..psl pregnant pun allah yg menentukan...susah kan, x kahwin pn org tanya...dh kawin, org tanya bab anak lak..semoga kte tabah hadapi ujian-Nya.


    salam tahun baru dik....wah makin best keja di klinik..patut lama x nmpk msk blog..sori akak br balik dr bercuti sebulan dgn suami ni-PJJ kan..

    hrp ukhuwah kte kekal ye..save my new blog

    http://adin-mia.blogspot.com/2012/01/ya-allah-suburkanlah-buah-hati-cinta.html

    ReplyDelete
  2. hehe.. kawen dulu bru blh buat ank byk2.. :) pray 4 u to have twinsssss after get married.... bkn senang jaga tu long..;p

    ReplyDelete
  3. kak mia.. happy sgt bc komen akak.tu la, dgr kak mia pregnant hana tumpang gembira sekali. nak tunggu hana nak ada baby lambat lagi la kot.. hehe.

    Dalam hati memang sgt berkehendakkan mndpt twins baby..semoga diperkenanNya.

    Harap kak mia sihat slalu & kandungan jg sentiasa sihat.x sbr nak tnggu anak buah hana 2 lahir.. hehe.

    ReplyDelete
  4. ya suel..doa2 kan la ah, hehe.
    tringin btul bah..ndatau cmna lg.
    sbr ja la tggu jdh smpai & usaha dpt twins baby:)

    ReplyDelete
  5. usaha+tawakal=kembar.. he3..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...