Agak terlambat sikit post entry ni tapi walau apa pun saya berjaya realisasikan juga..hehe.
Agak excited juga nak tunjuk gambar-gambar sekitar malam konsert tersebut.
Konsert Amal Tour De Tahfiz Nazrey Johani ni bertujuan kutip derma sempena nak menubuhkan sekolah tahfiz yang dinamakan Tahfiz Syahadah kat Ranau, Sabah.
Sesiapa yang hadir pada malam konsert tu memang agak teruja la melihat pelan Tahfiz Syahadah yang memang menarik lagi sedap pancaindera melihat..hehe.
Turut menyerikan malam konsert tersebut ialah kumpulan Brotherz, as-Saufee dan Algebra ( ceh, ayat macam nak buat laporan karangan BM..hehe ). Tapi yang tak tahan tu, ramai sungguh peminat Ahnaf, vokalis kumpulan Algebra pada malam tersebut. Sungguh tak ku sangka..huhu.
Haa..yang kat sebelah kanan abang Nazrey tu la Ahnaf..
Antara penonton pada malam itu..
Usaha abang Nazrey ni memang wajar dapat pujian.. nak bina sekolah tahfiz yang pertama kat Sabah, kagum sungguh saya dibuatnya. Teringat gurauan seorang akak kat saya.. ‘nanti hantar anak pergi mengaji kat Tahfiz Syahadah ye..’. Saya pun dengan selambanya jawab la.. ‘ bukan setakat hantar anak, kalau boleh nak kerja kat sana.. hehe’.
Kepada sesiapa yang nak mengikuti perkembangan Tour De Tahfiz Syahadah abang Nazrey ni boleh la klik sini. Gambar-gambar sepanjang konsert pun ada tau, hehe ( ceh, promote ye.. ).