16 August 2011

.:Kisah Qalbi:.

Bismillahirrahmanirrahim...

Masa belajar kat universiti, selalu tak dengar makcik-makcik dan pakcik-pakcik kat kampung kata kat mak ayah kita macam ni.. ' untunglah kamu, anak kamu si polan tu tak lama lagi boleh kerja elok pakai kereta besar'.. ---->Sangat selalu dengar.. teramat sangat. Maka si anak yang mendengar pun berusaha mengawal hidung yang semakin kembang dan kempis, hehe.


Tapi sebenarnya perkara itu tidak semestinya.. wawawa. Hari ini saya sudah mengalaminya, mendapatkan pekerjaan itu tersangatlah susah. Rasa nak nangis selalu bila fikir pasal kerja. Tapi, usah fikirkan sangat nanti stress pula.


Tahu tak apa hikmah di sebaliknya.. selain boleh tengok tv puas-puas kat rumah sampai dah boleh ingat intisari rancangan semua chanel kat astro, boleh juga mempraktikkan bakat memasak yang terpendam dek kerana tak dapat memasak kat hostel kampus dulu-dulu. Selain itu juga boleh berbakti dengan jayanya kepada kedua orang tua.. bila lagi nak tolong ringankan beban kan. Esok-esok dah kerja kena tinggalkan mereka lagi seperti masa lalu kita di universiti yang sangat jarang lekat kat rumah..


Maka dengan itu, janganlah cepat melatah dengan rezeki yang belum tiba itu.. masih ada banyak perkara bermanfaat kita boleh lakukan sambil duduk di bawak ketiak mak ayah.. hehe. ( Kata-kata ikhlas untuk diri sendiri). Melihat adik yang sudah 2 kali menghadiri temuduga membuatkan saya benar-benar sedar bahawa rezeki Allah itu ada di mana-mana dan untuk siapa sahaja. Darjat dan kelulusan bukan jaminan yang tetap untuk mendapat kerja. Buktinya sangat ramai bukan yang berkelulusan tinggi menganggur.


Oleh itu, sesuai dengan pepatah arab 'siapa yang menanam maka dia yang mendapat hasilnya'.. jangan putus asa ya menghadapi cabaran hari esok. Selamat bersabar dan teruskan perjuangan buat saya sendiri dan yang seangkatan :)


13 August 2011

Ahhhhhh....... Saya Trauma!


Bismillahirrahmanirrahim...

Waa.. sekian lama tidak menulis blog apa sudah jadi dengan Hana Farhana? Sebenarnya bukan saja-saja menyepikan diri tapi ada perkara lain yang lebih aula untuk dibereskan. Tersangat rindu mahu menulis dan menulis tapi idea-idea dan perkongsian hanya terlekat di minda sahaja.


Memang saya masih dalam keadaan sedikit trauma. Sedikit saja okey.. hehe. Alkisahnya seperti biasa setiap malam hujung minggu asalah menjadi rutin saya untuk ambil adik balik dari kerja. Tiba-tiba semalam yang telah malang tidak berbau, saya secara tidak sengaja terlanggar anjing yang kebetulan melintas jalan.


Pertama kali setelah menjadi pemandu saya terlanggar objek yang bernyawa.. Saya sangat terkejut dan agak blur sedikit setelah kejadian. Tapi, serius memang ianya tidak disengajakan. Anjing tu tiba-tiba saja muncul dari tepi jalan dan terus melintas jalan dan sangatlah hampir dengan tayar kereta. Saya memang tidak sempat untuk brek.


Hmm.. mengingati kejadian itu memang cukup membuatkan saya sedih mengenang nasib anjing malang tu. Masih terdengar-dengar lagi raungan anjing tu selepas dilanggar. Sangat sayu.. wawawawa.


Mujurlah saya dan adik-adik selamat, cuma no flat kereta yang patah teruk. Syukur juga kereta tidak remuk.. Peristiwa itu benar-benar membuat saya sedikit trauma setiap kali melihat ada anjing atau binatang-binatang lain di jalan. Kalau nampak binatang dalam jarak 1km lagi saya dah slow kan kereta.. hehe. Tipulah tu, dah lah rabun jauh mana nak nampak objek dalam jarak 1km di hadapan.. lalalala.


Pengajarannya, pandu cermat jiwa selamat. Biar lambat asal selamat. Ingatlah orang yang tersayang.. lalalala.

P/s: Semoga trauma ini akan segera pergi.. fuhhhhh!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...