22 November 2011

Andai Aku Menjadi Ibu..

Bismillahirrahmanirrahim..


Yeah!.. alhamdulillah masih punya ruang untuk berangan-angan selepas penat bekerja. Bukan selalu dapat publish angan-angan seindah ini, hehe. Maka layan sajalah cik hana yang sedang dilamun angan ini.. cewah.


Andai sahaja saya menjadi ibu..

1. Saya mahu menjadi ibu yang menjadi idola kepada anak-anak.


2. Seorang ibu sinonim dengan sifat membebel, maka saya akan berusaha menjadikan bebelan itu suatu yang bermanfaat. Contohnya kalau nak ajar anak-anak bahawa mencuri itu jahat maka selitkan sekali dalil Quran yang bermaksud-

'Pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah tangan keduanya...'

kiranya setiap bebelan itu akan cuba diselitkan dengan kisah para anbia atau dalil. Kelak di sekolah bila ustaz baca dalil anak saya akan cakap, 'eh, macam yang ummi selalu baca kat rumah lah. Ni ayat Surah al-Maaidah:38 laaa... haa, kan mudah nak bagi anak kuat ingatan.. dalam pada itu dapat top-up akaun untuk ke akhirat juga setiap kali bebel kat anak-anak..:) insyaAllah.


3. Walau ke mana juga anak-anak saya pergi biarlah masakan saya yang sentiasa melekat sebagai selera utama mereka.. bukan kfc, bukan secret recipe, bukan mcd dan lain-lain.


4. Saya sebagai ibu merupakan ikon fesyen kepada anak-anak perempuan saya yang comel dan jelita.. insyaAllah, bukan Hana Tajima atau lain-lain.. hehe.


5. Saya sebagai ibu merupakan sahabat yang paling dekat dengan anak-anak, yang boleh mendengar setiap masalah, memberi nasihat berguna, memberi pandangan yang bernas dan pengkritik yang paling umph di hati anak-anak.. dengan kata lain ibu yang sporting gitu!


6. Sayalah wanita utama di hati mereka.. kelak anak perempuan saya akan kata, 'nanti nak jadi isteri macam ummi lah.' Anak lelaki pula akan kata, 'besar nanti saya nak cari isteri macam ummi..' semoga mereka membesar dengan azam sedemikian.. biiznillah.


7. Mampu menjadi tempat rujukan dan guru kepada anak-anak..


Kenapa saya berani untuk berangan-angan setinggi itu? Publish dalam blog pula tu kan.. insyaAllah angan-angan itu hanya sebagai rujukan. Kalau mahu jadi 'terbaik' di hati anak-anak kenalah berusaha kan. Nanti anak-anak saya tengok blog ini mereka akan tegur mana yang tidak saya usahakan makanya diri sendiri akan berusaha yang terbaik untuk anak-anak. Kelak bakal zauj juga akan tegur kalau zaujahnya ini hanya tulis tak serupa bikin..


Memang saya akui bukan senang nak puaskan hati semua pihak, lebih-lebih lagi keluarga sendiri kan. Namun jika kita sendiri yang mahu macam tu, kenalah usaha siapkan bekal padat-padat sebelum jadi ibu kelak.


Maka dengan ini, kenalah mantapkan ilmu agama, menghafaz dalil-dalil, belajar masak sesedap rasa supaya boleh jadi masterchef dalam keluarga, menjadi contoh yang terbaik kepada insan sekeliling supaya boleh jadi ikon anak-anak dan semua yang dituntut angan-angan di atas.. waa, kena kerja keras ni.. hehe.


Semoga entri ini juga bermanfaat untuk ibu-ibu lain dan juga bakal ibu agar berusaha menjadi ratu di hati anak-anak.. ingatlah, kita penentu generasi akan datang. Sama-samalah kita mencorakkan generasi itu dengan corak yang indah.. insyaAllah.


Selamat mencuba!


P/s: Agak-agak bakal zauj cair tak baca entri ini? hehe..

P/s: Bakal anak-anakku, tolong ingatkan ummi andai angan-angan ini hanya angan-angan mat jenin..

21 November 2011

Im Coming!

Bismillahirrahmanirrahim...


Agaknya kenapa Hana Farhana dah jarang update blog?? Bukan sebab malas, bukan sebab tak sempat, bukan sebab dah tak minat juga bukan sebab tiada idea.. idea tersangatlah melimpah ruah untuk mencoretkan sepatah seribu kata yang membawa pengajaran buat kita bersama.


Namun demikian.. setiap kali nak memulakan bait-bait ayat setiap kali itulah hati segera menghalang dari meneruskan. Sebabnya setiap idea yang datang itu, setiap pengajaran itu walaupun sangat berguna untuk kita semua kesannya untuk jangka panjang sangat tidak dijangkakan.


Abaikan entri ini buat yang tidak mengerti.. mungkin ayat-ayat cinta saya kali ini agak putar belit, hehe. Jujurnya idea yang sering datang semuanya berkaitan dengan kehidupan di klinik, bidang kerja dan juga clinicmate (??)... memang bagus sekiranya dapat saya luahkan entri yang berguna yang bersifat keagamaan. Namun saya terfikir macam mana jika suatu hari nanti watak-watak yang terlibat dalam entri itu menemui blog ini dan membaca kisah mereka yang dijadikan pengajaran untuk orang lain.


Sudah tentu saya tidak mahu itu semua terjadi.. hablu min an-nas perlu dipelihara walau seteruk mana pun mereka. Maka yang demikian saya ambil keputusan tidak mengapa tidak ada entri baru asalkan tidak berlaku perkara yang tidak elok. Kelak hanya kelihatan mulia dari satu sudut tapi di sudut lain nampak hampeh.. nauzubillahiminzalik.


Renung-renungkanlah..

10 November 2011

What I Did Last Raya??

Bismillahirrahmanirrahim...


Tidak banyak aktiviti saya di rumah pada raya haji yang lepas, cuma menghadiri kenduri dan berehat di rumah sahaja. Namun ada yang telah saya berjaya laksanakan yang memang favourite saya dan bff ukhti suel.. hehe. Jeng..jeng..jeng.. tu dia.






Saya berjaya menghasilkan sebuah char kuey tiaw yang memang sangat saya gemari. Sanggup keluar malam-malam naik motor bersama suel masa zaman study dulu biarpun hujan lebat demi sepinggan char kuey tiaw pakcik gerai 24 jam. Sanggup meredah hujan dengan berpakaian hujan dan pernah juga sambil berpayung sampai patah payung roomate dibuatnya.. hehe. Masihkah kau ingat memori itu suel?? hehe..



Saya ingatkan dah tak boleh merasai lagi makanan itu setelah kembali ke kampung halaman.. namun alhamdulillah berkat berguru dengan internet saya berjaya menghasilkannya. InsyaAllah akan cuba untuk memahirkan diri lagi selepas ini agar setanding dengan pakcik gerai 24 jam itu.. semangat gitu!



Cuma agak sedikit frust bila abah tak suka makan sebab abah dengan terus terang menyatakan dia tak minat kuey tiaw sebab besar macam 'bladar'.. sampai hatimu bah, hehe. Tapi tak mengapa, asalkan saya gembira dengan pencapaian kecil ini.. yeehah! Sebelum mengakhiri entri, tataplah gambar-gambar resepi yang kurang hitam ini.. nampak pudar je kan tapi insyaAllah rasanya tidak sepudar warnanya.. :)





Lets nyam-nyam..:)

04 November 2011

..Hana Farhana & Cuti..

Bismillahirrahmanirrahim...

Apakah maksud di sebalik tajuk entri kali ini.. sudah semestinya bersempena cuti aidiladha isnin ni. Biarpun cuma sehari tapi saya sangat tidak sabar sebab ahad memang cuti dan kemudian isnin cuti lagi.. yuhuu.


Bukan maksudnya saya malas nak pergi kerja.. no no no! Cuma nak mendapatkan sedikit ruang untuk berehat. Kalau dapat lah.. hehe.


Dulu zaman bergelar student cuti amat ditunggu-tunggu untuk keluar bersama teman-teman menghabiskan duit yang tidak seberapa di Mydin Mall atau pasar payang atau pasar malam atau lain-lain.. hehe.


Tapi kini bergelar pekerja cuti amat ditunggu-tunggu untuk duduk berehat bersantai depan tv sambil merehatkan semua sendi. Waa.. dulu perkara sedemikian adalah sangat boring namun kini saat itulah yang ditunggu-tunggu.. hehe. Itulah beza bergelar student dan employee.


Maka hujung minggu ini saya akan bercuti walaupun 2 hari setengah cuma.. saya akan dapat merehatkan pendangan mata dari melihat para syabab yang sering bersantai di padang bola biarpun azan maghrib sudah dilaungkan.. Itulah panorama terburuk yang sering saya lihat setiap kali pulang dari kerja setiap petang. Husnudzon sahaja, barangkali mereka berjemaah bersama selepas bermain bola.. hmm. Biarpun kadang terasa macam nak stop kereta tepi jalan then pergi ke arah mereka dan ajak solat maghrib.. hehe. Ada-ada aje kan..


Maka pada kesempatan ini, Selamat Hari Raya Aidiladha.. selamat bercuti dan selamat menambah keimanan:)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...