22 November 2011

Andai Aku Menjadi Ibu..

Bismillahirrahmanirrahim..


Yeah!.. alhamdulillah masih punya ruang untuk berangan-angan selepas penat bekerja. Bukan selalu dapat publish angan-angan seindah ini, hehe. Maka layan sajalah cik hana yang sedang dilamun angan ini.. cewah.


Andai sahaja saya menjadi ibu..

1. Saya mahu menjadi ibu yang menjadi idola kepada anak-anak.


2. Seorang ibu sinonim dengan sifat membebel, maka saya akan berusaha menjadikan bebelan itu suatu yang bermanfaat. Contohnya kalau nak ajar anak-anak bahawa mencuri itu jahat maka selitkan sekali dalil Quran yang bermaksud-

'Pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah tangan keduanya...'

kiranya setiap bebelan itu akan cuba diselitkan dengan kisah para anbia atau dalil. Kelak di sekolah bila ustaz baca dalil anak saya akan cakap, 'eh, macam yang ummi selalu baca kat rumah lah. Ni ayat Surah al-Maaidah:38 laaa... haa, kan mudah nak bagi anak kuat ingatan.. dalam pada itu dapat top-up akaun untuk ke akhirat juga setiap kali bebel kat anak-anak..:) insyaAllah.


3. Walau ke mana juga anak-anak saya pergi biarlah masakan saya yang sentiasa melekat sebagai selera utama mereka.. bukan kfc, bukan secret recipe, bukan mcd dan lain-lain.


4. Saya sebagai ibu merupakan ikon fesyen kepada anak-anak perempuan saya yang comel dan jelita.. insyaAllah, bukan Hana Tajima atau lain-lain.. hehe.


5. Saya sebagai ibu merupakan sahabat yang paling dekat dengan anak-anak, yang boleh mendengar setiap masalah, memberi nasihat berguna, memberi pandangan yang bernas dan pengkritik yang paling umph di hati anak-anak.. dengan kata lain ibu yang sporting gitu!


6. Sayalah wanita utama di hati mereka.. kelak anak perempuan saya akan kata, 'nanti nak jadi isteri macam ummi lah.' Anak lelaki pula akan kata, 'besar nanti saya nak cari isteri macam ummi..' semoga mereka membesar dengan azam sedemikian.. biiznillah.


7. Mampu menjadi tempat rujukan dan guru kepada anak-anak..


Kenapa saya berani untuk berangan-angan setinggi itu? Publish dalam blog pula tu kan.. insyaAllah angan-angan itu hanya sebagai rujukan. Kalau mahu jadi 'terbaik' di hati anak-anak kenalah berusaha kan. Nanti anak-anak saya tengok blog ini mereka akan tegur mana yang tidak saya usahakan makanya diri sendiri akan berusaha yang terbaik untuk anak-anak. Kelak bakal zauj juga akan tegur kalau zaujahnya ini hanya tulis tak serupa bikin..


Memang saya akui bukan senang nak puaskan hati semua pihak, lebih-lebih lagi keluarga sendiri kan. Namun jika kita sendiri yang mahu macam tu, kenalah usaha siapkan bekal padat-padat sebelum jadi ibu kelak.


Maka dengan ini, kenalah mantapkan ilmu agama, menghafaz dalil-dalil, belajar masak sesedap rasa supaya boleh jadi masterchef dalam keluarga, menjadi contoh yang terbaik kepada insan sekeliling supaya boleh jadi ikon anak-anak dan semua yang dituntut angan-angan di atas.. waa, kena kerja keras ni.. hehe.


Semoga entri ini juga bermanfaat untuk ibu-ibu lain dan juga bakal ibu agar berusaha menjadi ratu di hati anak-anak.. ingatlah, kita penentu generasi akan datang. Sama-samalah kita mencorakkan generasi itu dengan corak yang indah.. insyaAllah.


Selamat mencuba!


P/s: Agak-agak bakal zauj cair tak baca entri ini? hehe..

P/s: Bakal anak-anakku, tolong ingatkan ummi andai angan-angan ini hanya angan-angan mat jenin..

3 comments:

  1. owh nurul....i like this entry. ia bukan hanya angan-angan nurul, tapi angan-angan masyitah jugak. tapi, masyitah takde la ilmu sehebat nurul. rindukan zaman tarbiah di udm. walaupun masyitah bukan kaki surau, tapi suasana tarbiah di sekeliling mengingatkan masyitah betapa bersyukurnya memiliki shabat sepertimu. bila dah jauh dan di KL, hanya iman senipis kulit bawang ini yang perlu dipertingkatkan menghadapi cobaan-cobaan dunia.

    mampukah masyitah nak jadi ummi seperti itu? huhuhu.....insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah masyitah boleh jd ummi yg baik..
    masyitah seorg roomate yg baik, pasti jd ummi pun baik.
    siapa pun mampu asalkan ada keinginan dan keazaman yg kuat.
    Rindu sgt kenangn2 tgl bsama dl..
    Semoga ukhuwah kita terus bpnjgn & dapat btemu lg pd ms akan dtg.. biiznillah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...