Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

16 June 2013

Entri Untuk Abah

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah berhari-hari plan nak buat entri untuk abah, akhirnya bila sampai pada tarikh yang ditunggu-tunggu saya terlewat beberapa jam.. tak mengapalah lewat sehari pun, yang penting hajat saya tercapai dan niat terlaksana.. Selamat Hari Bapa buat abah tersayang:)



Kalau nak cerita tentang seluruh kebaikan dan jasa abah, silap-silap boleh patah jari menaip ni.. hehe. Maka untuk langkah-langkah keselamatan cerita sikit je lah kot.

Memandangkan saya dah khatam KPLI, maka elalun bulanan automatik dah tak ada. Tapi saya sentiasa percaya rezeki itu kurniaan tuhan.. Allah Maha Penyayang dan tak akan biarkan hambaNya dalam kesusahan. 

Suatu hari mak tanya saya di depan abah.. 'sekarang dah tak ada elaun, motor macam mana?' Maka saya dengan muka yang sangat tersengih-sengih jawab camni kat mak, 'eh, bukan dulu dah ada perjanjian hitam putih ke sebelum beli motor tu?' Lepas tu abah pun jawab... 'yelah.. abah yang bayarkan start bulan 6 ni'.. hehe.

Kan dah kata.. rezeki tu dah diatur :)

Sayang abah sangat-sangat.. walau abah tak banyak duit dan harta tapi abah sentiasa berusaha menyediakan yang terbaik untuk keluarga dan tak pernah berkira sedikit pun dengan anak-anak.. abah memang qudwah hasanah. Abahku heroku.. Selamat Hari Bapa buat abah tersayang tercinta lagi dikasihi:)


29 June 2012

Entri Si Kanak-kanak Riang

Bismillahirrahmanirrahim...


Ini adalah entri untuk hari lahir si budak riang.. 1st time kena beli hadiah untuk si kecil, serius saya tak pandai.. lalala. Memang geram masa shoping baju-baju budak. Saya pilih baju sebagai hadiah supaya kekal lama.. nak beli buku-buku tak sesuai lagi kot. Nak beli toys uh, nanti semakin kuat main budak tu. Tengoklah betapa saya jadi senget sekejap masa nak cari baju budak ni.. hehe.


Comel baju upin & ipin ni tapi.... warna putih ni tak sesuai la. Confirm 5minit je budak tu pakai pastu mak dia terpaksa tukar baju lain. Ruginya.... wawawa.


Haa.. yang ni dah warna hitam, boboiboy lagi.. hehe. Bercahaya tau gambar kat tengah-tengah baju tu tapi saya tetap tak rasa sesuai kat budak tu:(


 Yang ini pun serius comel.. angry bird lagi. Tapi tak berkenan lah kat seluar pendek. Sayang kaki yang halus si kecil tu nanti berparut pula. Maklumlah lasak budaknya.


Baju tidur mr. bean ni pun comel.. geram sangat! Tapi warna putih tu yang tak nak bagi kat budak tu.

Comel kan baju spongebob ni.. comel-comel pun tak ambik juga:( hehe..




Akhirnya si popeye ini yang saya pilih.. geram sangat tak dapat ambik yang lain-lain tadi tu.


Ni lah si kecik yang dapat hadiah popeye tu.. lalala. Selamat hari lahir sayang:)




Birthday boy dengan abangnya..




Budak kecik comel sangat yang saya jumpa dalam majlis hari lahir tu.. geram!!


Saya dengan penuh kejahatan ambik gambar budak ni ratah ayam.. hehehe.


Dia ni kuat posing.. tak boleh nak candid langsung..


Alhamdulillah.. segala urusan memilih hadiah dipermudahkan walaupun sedikit memakan masa dek kerana berperang dengan perasaan sendiri yang mementingkan diri sendiri dengan memilih yang comel-comel belaka tanpa cuba memikirkan perasaan si bakal penerima hadiah.. hehe.


Semoga adik syukri membesar menjadi anak yang soleh dan sentiasa mensyukuri segala nikmatNya seindah namanya itu.. sanah helwah sayang:)










09 July 2011

..Selamat Bertambah Umur Abah..

Bismillahirrahmanirrahim..




Semalam yang telah berlalu bersamaan dengan 8 Julai adalah hari lahir abah.. mulanya buat biasa aje macam tahun-tahun sebelumnya, tak pernah pun sambut. Tapi bila adik ajak buat suprise untuk abah, maka saya dan adik-adik yang lain terus setuju. Pastilah adik kedua jadi mangsa sebab ada duit gaji.. lalala.





Hampir saja plan itu tidak menjadi bila abah tiba-tiba pergi memancing dengan teman-teman. Tapi nasib baik abah balik awal.. maka mak yang tidak tahu menahu mengenai plan itu pun tersuprise sama.. hehe. Apa pun, saya dan adik-adik puas sebab dapat meraikan hari lahir abah tahun ini. Selamat hari lahir abah yang ke 46 tahun..:) - Tua sudahlah la abah.. hehe.















Tak rancang pun sebenarnya nak bergambar segala.. tapi abah sendiri yang mahu diambil gambarnya dengan kek, kami menurut saja.. hehe. Terima kasih buat adik-adikku atas kerjasama kamu semua. Bulan depan kita plan lagi untuk birthday mak pula.. mak tunggu ya:)


07 June 2011

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit..

Bismillahirrahmanirrahim..

Adik.. malam itu abangmu mesej kakak minta datang ambilnya selepas balik dari kerja. Kakak nak pergi tapi mak yang selalu teman kakak drive tak nak teman kakak malam itu. Adik dapat tahu dan tawarkan diri nak teman kakak.. adik kata boring, nak isi masa berjalan-jalan.


Adik bersiap-siap.. sebelum keluar, adik pesan kat kakak suruh tunggu adik balik dari masjid, jangan pergi dulu sebelum adik balik. Pukul 8.20pm kakak dah siap-siap nak pergi tapi adik tak balik lagi.. kakak ingat adik tunggu kakak dekat bustop. Tak lama selepas tu adik balik.. kakak tunggu adik makan dulu lepas tu baru kita pergi ambil abangmu.


Sepanjang perjalanan pergi semuanya baik-baik saja.. adik tanya pendapat kakak tentang aliran yang adik ambil sekarang dan kita berbual tentang masa depan. Adik ceritakan impian adik.. kakak suka dengar, nampak adik percayakan kakak untuk dengar semua tu. Kakak tau, adik tak cerita pasal tu kat adik beradik yang lain kan..


Dalam perjalanan balik, kita singgah beli barang.. kebetulan hujan masa tu. Sewaktu nak bertolak balik, adik minta dengan kakak untuk bawa kereta. Berkali-kali adik minta nak tukar ke tempat duduk driver tapi kakak tak nak.. kakak kata nantilah dah jauh sikit dari pekan baru tukar tempat. Adik akur tapi kakak tau adik tak seronok.. adik pendam rasa.


Kakak memang dah niat nak bagi kat adik tapi entah kenapa hati kakak berat nak bagi. Kakak ingat pesan abah dan mak supaya jangan biar adik bawa kereta. Maafkan kakak dik.. di pertengahan jalan entah macam mana adik persoalkan tentang janji kakak nak bagi drive lepas dah jauh sikit dari pekan. Kakak serba salah.. adik mula marah-marah kata kakak tak tepati janji. Adik kata kalau tak nak bagi tak payah berjanji dan bagi harapan. Maafkan kakak dik..


Tiba-tiba saja kakak pun naik marah dengan adik sebab tak faham kakak.. kakak lepas geram bawa laju-laju. Kakak tau adik-adik kakak sedikit takut.. kakak berhenti kat tepi jalan dan bagi adik bawa. Adik tak nak, adik berkeras tak nak keluar dari tempat duduk. Mujur abangmu ada selamatkan keadaan dan bawa kita balik ke rumah dengan selamat..


Sampai saja di rumah adik terus naik dan tidur.. Kakak tau adik marah dan terasa hati dengan kakak. Bila kakak naik ke bilik, kakak tengok adik dah tidur lena. Tersentuh hati kakak tengok adik.. Kakak nak nangis bila teringat semula pergaduhan kecil kita. Kakak menyesal tinggikan suara dekat adik.. maafkan kakak. Kakak sayang sangat kat adik..


Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan kita pula adik beradik. Kita ibarat air, biar dicincang tak akan putus. Maafkan kakak dik.. kakak sayang sangat kat adik.

07 May 2011

..Heroin di Hati Hero..

Bismillahirrahmanirrahim..

'Awak ni serupa la dengan mak'..

'Awak mewarisi muka mak ek..'

'Sebiji lah muka kamu dengan mak'


Dolu-dolu saya sangat tak puas hati bila teman-teman kata saya mewarisi wajah mak (haa.. tak bersyukur lah tu kan..) sebab saya sangat mengharapkan untuk ikut abah.. hehe. Tapi mujur juga tak ikut abah, kalau tidak..... hehe. Tapi saya sangat bangga dengan mak sebab setiap orang yang lihat mak saya akan kata, waa.. mudanya mak kamu.. syukur alhamdulillah. Berbunga-bungalah tu kan hati abah tu..


Dulu juga saya tak boleh terima bila teman-teman kata saya minat warna pink.. apa tidaknya, baju kurung majoriti berwarna pink atau merah.. barang-barang lain sama juga. Tapi kini walaupun saya akui saya sebenarnya tak minat tapi kalau pandang je mesti rasa pink atau merah itu cantik.. lalala. Sebenarnya saya nak cakap yang itu adalah pengaruh daripada mak. Mak sangat menyukai warna pink, makanya setiap barang yang dia beli mesti berasaskan warna pink atau merah termasuklah baju raya saya hampir setiap tahun.. dapat anda bayangkan??
Kalau tidak percaya boleh cuba belikan mak kain selain 2 warna tu, confirm mak tak berkenan. Tapi kalau bagi 2 warna tu, yang tak cantik pun akan dikatanya cantik.. hehe.


Paling tak tahan dengan heroin di hati abah ni, asal pulang ke kampung even anaknya ini berada pada tahap perlu diet mak akan kata, 'apasal kurus sangat ni, tak makan ke.. kurus kering nampak tulang je'.. hehe. Tapi jujur saya suka mak cakap macam tu, tak adalah rasa diri perlukan diet.. lalala.


'Jangan nak 'berkawan' selagi tak habis belajar dan dapat kerja!'
Aiyoo.. serius saya memberontak dalam hati bila dengar statement penuh penegasan dari mak tu dulu. Tapi semakin saya dewasa saya semakin faham kenapa mak kata macam itu.. tapi kesianlah dekat saya kan.. lalala.


Namun paling tak lupa.. dulu masa zaman sekolah saya rajin promote kat teman-teman siapa nak jahit baju kurung boleh buat dengan mak. Murah je mak minta untuk student, RM15 sepasang.. murah kan. Maka setiap kali teman-teman hantar kain kat mak, mak akan jahit free sahaja sebab RM15 itu mak bagi kat saya untuk buat belanja sekolah.. terharu kan dengan pengorbanan mak:)


Tidak sia-sia mak tak bagi saya pindah sekolah masa tingkatan 6 hari tu, alhamdulillah hasilnya dapat ambil pengajian agama kat universiti.. mak cuma bagi 2 pilihan masa nak pindah hari tu. Pindah SMKA lain atau berhenti sekolah.. wah, akhirnya saya redha meneruskan persekolahan di sekolah lama.. hehe.


Apa pun buat mak, anak mak kini sudah dewasa.. terima kasih banyak mak sebab mendidik saya sehingga menjadi sumandak apa adanya ini. Terima kasih juga kerana banyak bersusah payah melahirkan + membesarkan + hantar ke sekolah + melepaskan saya belajar sejauh ini.. terima kasih sangat-sangat mak.




Selamat hari ibu buat mak, Puan Janaliah. Juga tidak dilupakan kepada ibu angkat yang juga sangat banyak jasanya iaitu Puan Senah dan begitu juga kepada Puan parteyah.. Saya sangat sayangkan kalian semua, Love you all so much!

13 April 2011

Naluri Si Ibu...

Bismillahirrahmanirrahim...

Peringatan: Entri ini sedikit touching.

Sedang leka menyiapkan draf terakhir tesis, tiba-tiba terlihat skrin
handset menyala (silent mode). Rupanya mak tersayang mengirim sms.. wah, bagaikan mengerti tika ini sangat memerlukan gula-gula dan coklat (pembakar semangat-rasanya manis.. hehe).


Ratu hati: "Duit ada lagi?"

Si comot: "Ada lagi sikit.. insyaAllah duit biasiswa masuk minggu ni. Kalau nda masuk juga esok mau call bendahari balik."

Ratu hati: "Esok abah bank in duit.. nda payah risau, abah ada duit. Tadi dia kasi beli si Adik handset baru."

(Kalau perbualan di atas tidak difahami, boleh request empunya blog:))


Gulp! Bagaikan mengerti si comot ini sedang dalam kesempitan yang amat di saat-saat nak prepare 3 salinan tesis yang of course lah kan menelan belanja yang boleh membuatkan sesiapa sahaja pasti garu kepala di saat-saat hujung semester ni. Pelik bukan biasiswa yang sepatutnya masuk pada awal semester, tapi sehingga kini kurang dari 2 minggu lagi final exam bakal menjengah tetap juga tidak nampak barang sesen. Oh.. sangat bersyukur dengan ketabahan yang dikurniakan Illahi.


Tapi itu bukan soalnya.. betapa saya kagum dengan naluri seorang ibu. Tidak pernah sekalipun saya mengadu kepadanya mahupun ahli keluarga yang lain betapa susahnya nak survive without money.. nama pun student kan. Namun kerana naluri keibuannya yang begitu kuat biarpun anak ini terpisah beribu batu, tidak ditemui berbulan-bulan, beliau dapat merasa apa yang dilalui anaknya ini. Waa.. sungguh saya terharu.


Serius.. saya menangis seorang diri di hadapan laptop mengenangkan mereka. Merekalah segala-galanya melebihi duit biasiswa yang ditunggu-tunggu itu dan segala material lain di alam ini. Automatik semangat yang sedikit down kerana kepayahan kini berlumba-lumba mendaki tangga kekuatan semangat. Terus kata dalam hati macam ni, "cepat siapkan kerja, jangan hampakan mereka."




Sweet couple in my heart.. love them so much!

Buat teman-teman.. sesekali kalau terasa putus asa atau lemah semangat ingatlah kedua orang tua kita yang telah baaaanyak bersusah payah selama ini, yang tidak pernah bersifat putus asa dan lemah semangat mendewasakan kita. Makanya, kita mewarisi sifat putus asa itu dari siapa??- mestilah dari makhluk yang bertanduk tu.. hehe.


"Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidikku pada waktu kecil.""
(Surah al-Isra': 24)


07 April 2011

'Ibrah Buatmu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Baru sahaja menumpang sedikit perasaan si adik yang ditemuduga kerja untuk jawatan guru kafa ( semoga rezeki itu milikmu dik..:) ), tiba-tiba dikhabarkan pula dengan berita yang saya tidak suka dengar.. adik ketiga terjatuh masa bermain futsal. Hasilnya ialah patah tangan sebelah kiri.. risau juga dibuatnya, risaukan si adik yang menanggung sakit juga risaukan perasaan mak dan abah yang nyata tidak tenang. Sudahlah teramat jauh dari pandangan mata.. wawawa.


Ada-ada saja kamu ini adikku.. tabahlah, bukan mahumu jadi begini kan. Semoga insiden ini menjadi 'ibrah buatmu agar lebih berhati-hati dan menjaga diri pada masa akan datang.. jujur saya amat merindui mereka-mereka nun di sana. Baru beberapa hari yang lalu berbalas sms dengan adik, tup-tup hari ini sudah terlantar di hospital. Teringat pula nostalgia menjaga kamu di wad masa kamu diserang asma dulu.. hehe. Kecil lagi kan masa itu.. sekarang tak dapat nak teman kamu di sana, laut china selatan pisahkan kita..


Memang kamu sangat nakal.. mungkin itu kesan yang doktor pernah cakap dekat mak dan abah masa kamu diserang sawan ketika baby dolu-dolu. Saat tulang sum-sum kamu ditebuk untuk ambil airnya, doktor cuma beri dua pilihan sebagai kesan darinya. Sama ada kamu menjadi lumpuh atau sedikit nakal/keras kepala. Hm.. memang saya saksikan sendiri betapa runsing hati mak dan abah masa tu. Ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapa (betulkah pepatah tu? confuse tiba-tiba.. hehe). Beberapa orang doktor mereka temui untuk minta pendapat.. dan akhirnya kamu selamat daripada lumpuh tapi kesan yang satu lagi itulah yang lekat dekat kamu. syukur alhamdulillah adik saya tak lumpuh:)





Tadaa.. si nakal itu:)


Alhamdulillah kamu kini on the way menjadi seorang pemuda.. semoga soleh hendaknya seiring kehendak syariat. Semoga bersama kita menjadi anak yang menyenangkan hati + mithali + berguna buat mak dan abah..


p/s: Buat adik-adikku yang lain sila jangan jealous untuk entri yang bertemakan adik ketiga ini ya:) orang sakit kita kena layan 1st class.. hehe.

26 January 2011

Aduhai Adikku Sayang...

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah segarnya menghirup udara Negeri Darul Iman yang dilanda musim berangin sekarang ini. Hari-hari macam rasa duduk kat tepi pantai. Cuacanya redup sahaja.. tidak panas. Maka tidur pun semakin lena, kena jihad habis-habisan nak bangun subuh dan pergi kelas.. hehe.


Semua orang yang ada adik sangat sayangkan adiknya kan.. tapi macam mana kalau kita sebagai kakak atau abang tidak mampu untuk menasihati si adik tersayang.. kadang kita jenis yang lembut hati manakala si adik pula keras hatinya dan nakal sedikit. Adakala cakap kita pun tidak didengar.. ramai yang ada masalah macam ni kan.


Macam mana pula kalau tiba-tiba kita dapat tahu
dari seorang yang 'jauh' bahawa adik kita terjebak dengan masalah sosial. Kakak atau abang bagai nak rak cuba menyedarkan masyarakat di luar tapi rupanya adik sendiri tercicir.. sedih kan.


Barangkali juga masalahnya tidak sebesar itu, kita tiba-tiba dapat tahu adik yang disayang mula berjinak-jinak dengan rokok.. ya, rokok itu bukan isunya. Sebagai orang yang menyayangi pastinya kita mahu adik tersayang menjauhi perkara-perkara yang boleh memburukkan kesihatan kan.


Apa yang kita bakal lakukan..


mungkin bagi si abang yang garang : " siap dia bila balik nanti, aku belasah cukup-cukup."


Si kakak yang tidak cuba untuk memahami pula barangkali : " bertuah punya budak.. @#$%&*."


Macam mana pula dengan kakak dan abang yang punya keimanan yang tinggi?


Itu yang sedang saya fikirkan.. mungkinkah akan dinasihati dulu, atau mungkinkah akan cuba diselami hati dan perasaannya, ataukah dibawa bertemu orang-orang yang sepatutnya (kaunselor/ustaz/orang berpengalaman)..


Di rumah si adik tersayang nampak baik-baik saja. Tup-tup orang lain yang bawa cerita yang tidak enak didengar. Perasaan kakak atau si abang saja sudah tentu sedikit tercalar, bagaimana pula dengan ayah dan ibu. Tidakkah difikirkan hati tua mereka..


Mungkin juga bagi pihak si adik dia menyalahkan abang atau kakak atau sesiapa sahaja yang menyebabkannya jadi begitu tapi tidak ada salahnya kan kalau kita berkongsi masalah, segala suka dan duka. Percuma saja berkecimpung dalam dunia merunsingkan hati orang-orang tersayang kalau semuanya dibuat secara sembunyi-sembunyi dek bimbang ketahuan.. sungguh tidak seronok berada dalam kepura-puraan bukan.





Oleh itu..
Wahai syabab.. usahlah buat kakak atau abang atau mak atau ayah dan sesiapa sahaja yang menyayangimu bersusah hati. Mungkin juga jiwa muda kata orang tapi kerana muda itulah yang akan membawa ke tua pada hari esok.


Hargailah masa mudamu wahai syabab.. usah sia-siakan dengan perkara yang merunsingkan hati yang tersayang. Banyak perkara lagi yang boleh dilakukan berbanding yang telah kau lakukan itu. Macam tagline jalan raya itulah juga, ingatlah orang yang tersayang..


Maka yang demikian katakan tidak kepada gejala sosial dan tak nak kepada rokok!

09 January 2011

Aku Sayang Dia..

Bismillahirrahmanirrahim...


Saat menerima panggilan dari mak, hati sudah dapat mengagak khabar yang bakal dibawa. Mana mungkin mak menelefon pada saat dia sepatutnya sudah lena diulit mimpi. Benar, mak bawa khabar itu. Nenek sudah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Innalillahiwainnailaihirajiun.... Akhirnya penderitaan nenek telah berakhir biarpun pemergiannya ditangisi dan saya tidak dapat berada di sisinya pada saat terakhirnya.

Al-Fatihah.......



Hati menangis mengenang arwah namun tidak ada setitik pun airmata yang mengalir keluar. Mungkin ini yang terbaik buat arwah. Akhirnya nenek menyusul arwah datuk di sana. Semoga roh keduanya ditempatkan dalam kalangan golongan beriman.. InsyaAllah.



Dulu, jika ke rumah nenek pasti tidak boleh balik ke rumah selagi tidak minum dahulu air yang dibuatnya. Nenek pasti kata, kempunan nanti. Nenek sangat memuliakan tetamu, dengan cucu dan anak-anak sendiri pun dilayan sebaik mungkin. Pasti dihidangkannya dengan makanan dan minuman semampunya.



Kalau bermalam di rumahnya pula, pantang tinggalkan pakaian kotor di bilik mandi pasti dibasuhnya tanpa sebarang rungutan. Termasuk yang kecil-kecil itu sekali. Nenek sangat baik hati..



Walaupun hidupnya sederhana, nenek sangat pemurah orangnya. Tidak pernah sekali-kali berkira dengan sesiapa. Setiap kali hendak pulang ke asrama, nenek pasti beri duit belanja. Biarpun ditolak, tetap jua menghulur. Jika nenek suruh ke kedai pula, tentu akan diberi upah biarpun sedikit. Kata orang, asal ada. Bahkan saatnya terlantar sakit pun dia masih begitu juga. Baik sungguh hati nenek kan.



Tapi kini, semua itu sudah tinggal kenangan. Nenek suatu kehilangan yang tiada gantinya. Saya amat sayangkannya. Biarpun sedikit terkilan kerana tidak berada di sisinya saatnya tenat namun saya redha.. pasti ada hikmah di sebaliknya. Semoga mak juga tabah dan meredhakan pemergian ibunya itu..



"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa nenek yang amat ku kasihi.
Permudahkanlah segala urusannya di sana...
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...
Sesungguhnya kami milikMu ya Allah dan kepadaMu jualah kami akan kembali...
Amin ya Rabb.."

20 June 2010

' Dia Heroku '

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini saya nak bercerita tentang hero saya..
Hero yang tersayang tau..
'Dia' sentiasa bersama saya dari zaman saya muda sampailah muda-muda sekarang ini.. hehe.
Ini kalau 'dia' baca entri ni confirm senyum sokmo ni.. hehe.

Al-kisah...

*
Masa Tingkatan Satu
Pertama kali berjauhan apabila saya masuk sekolah berasrama, balik kampung sebulan sekali pula tu. Tiap-tiap hari saya call 'dia', kononnya barang ini tak lengkap, barang itu tak lengkap. Padahal sebenarnya nak suruh 'dia' datang untuk lepaskan kerinduan.. hehe. (Habislah kantoi..). Ego sungguh hati ini rupanya. Nak dijadikan cerita, 'dia' pun datanglah juga setiap hari demi saya yang disayangi ini dengan membawa barang yang entah apa saya kirim. Sampai sungguh hati ini menyusahkan 'dia' yang tersayang...

* Penghujung tahun 2003 & Pertengahan Tahun 2004
Saya terpaksa ditahan di wad kerana suatu penyakit. Disebabkan penyakit tersebut, saya disahkan mengalami anemia. Saya memerlukan penderma yang memiliki darah sesuai iaitu O. Saat-saat saya memerlukan penderma 'dia' hadir menghulurkan bantuannya. Saya menggunakan bekalan darah hospital dan 'dia' mendermakan darahnya kepada hospital sebagai ganti darah yang saya gunakan. 'Dia' memiliki darah A sebab itulah saya tidak dapat menerimanya secara langsung.

Pertengahan tahun 2004 sekali lagi perkara sama berulang dan 'dia' sentiasa hadir menjadi hero saya.. sentiasa hadir saat saya memerlukannya walaupun tanpa dipinta.

* Saat Menjadi Sweet 18

Hero saya bertanya handphone jenis apa yang saya inginkan. Waa.. agak terkejut + excited.. hehe. Maklumlah selama ini gigit jari sahaja tengok kawan-kawan ada handphone. Nak minta tak berani.. Kira tawaran itu umpama kecik tapak tangan, 1 Sabah saya tadahkan. Hero saya memang amat memahami orangnya. 'Dia' tahu apa yang saya impikan. Terima kasih my hero...

* Awal 2010
'Dia berbesar hati meminjamkan saya wang sebanyak RM400 sebagai baki bayaran kelas memandu saya untuk membolehkan saya menduduki ujian JPJ. Biarpun rasa diri seolah-olah membebankan, saya tahu 'dia' mampu membantu saya. Sayang 'dia' sangat-sangat. Tidak kira apa pun masalah, 'dia' sentiasa ada menghulurkan kasih sayangnya...

Gentleman sungguh kan hero saya itu. Dialah abah, dialah hero saya..
SELAMAT HARI BAPA buatmu abah yang tersayang..
Segala jasa dan baktimu dikenang sehingga ke akhir hayat. Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya.. amin ya Rabb.

Coretan-coretan di atas hanyalah sesuku sahaja jasa dan pengorbanannya. Tidak mampu untuk saya coretkan semuanya di sini. Besar sekali jasa dan baktinya..
Buatmu abah, sayang abah sangat-sangat..



10 May 2010

New Story...

Bismillahirrahmanirrahim...

Waa.. agak lama tidak bertandang @ jenguk Sangkar Mustika ni..
Alhamdulillah telah selamat kembali ke tanah di bawah bayu..
Sedar tak sedar esok bermula latihan praktikal selama 2 bulan..
Laptop..hm, still koma. Semoga cepat sembuh wahai laptopku.. hehe.

Sebenarnya ini hanya sekadar coretan ringan untuk memeriahkan Sangkar Mustika,
kira update juga la kan.. hehe.
Tidak terjangka pula untuk singgah di cybercafe ini tadi.
Kebetulan diajak oleh seorang sahabat, bagaikan oarng disorongkan bantal la lagaknya.. hehe.

Agak sedih juga sebenarnya tinggal berjauhan dengan walidain tersayang..
namun apakan daya..
setelah hampir 5 bulan tidak bertemu mereka, kini terpaksa berjauhan sekali lagi
kerana harus tinggal menyewa bersama sahabat-sahabat selama cuti 2 bulan ini.
InsyaAllah kelapangan yang ada pada hujung minggu akan digunakan sewajarnya untuk bersama mereka kelak..

Buat mak tercinta, Selamat Hari Ibu..
Tidak dilupakan juga mak angkat dan mak mertua tersayang.. hehe.
Semoga terus beroleh rahmat dan keberkatan atas segala jasa-jasa kalian menguruskan keluarga.

Menyentuh perihal mak, teringat saat berada di kampung walaupun cuma beberapa hari.
Mak melayan saya bagaikan anak kecil..memanjai saya sungguh-sungguh.
Apa tidaknya, adik-adik yang lain berada di rumah.
Maka jadilah saya si anak sulung bagaikan anak bongsu di rumah.. hehe.
Sehari sebelum saya berhijrah ke rumah sewa, mak membantu mengemas pakaian-pakaian yang hendak saya bawa.
Tidak dilupakan keperihatinannya menyediakan segala pinggan mangkuk untuk saya bawa bersama..
Rindu sungguh padamu mak saat ini..
Luv you mum..

Buat ibu-ibu yang lain dan juga bakal ibu ( agak-agak saya termasuk tak.. hehe ),
Selamat Hari Ibu..
Jasamu dikenang sehingga ke akhirnya..

Ibu..ibu..
Engkaulah ratu hatiku..
Bila ku berduka..
Engkau hiburkan selalu..

# Maafkan segala kesalahan anakmu yang comel ini mak.. ( sempat lagi berperasaan.. hehe )

13 April 2010

Terima Kasih Abah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Petang itu Ika pulang ke kampus dengan hati dan perasaan yang bercelaru..
ketenangannya diragut mendengar berita yang disampaikan oleh guru memandunya tadi.
Memang selama ini, berita itulah yang ditunggu-tunggu olehnya. Tapi hari ini semua itu seakan tidak bererti padanya.

Sesi pembelajarannya hampir tamat namun dia harus melangsaikan baki bayaran memandu sebanyak RM400 sebelum menduduki ujian memandu. Ika begitu runsing, di mana harus dicari duit sebanyak itu. Biasiswanya untuk semester ini belum masuk lagi, haruskah dia meminta pertolongan sesiapa sedangkan semasa mendaftarkan diri di akademi memandu itu dulu Ika nekad untuk menggunakan duitnya sendiri.

Sudahnya, petang itu Ika menangis semahu-mahunya di dada teddy bearnya..
Sedih sekali rasanya saat itu, impiannya hampir tercapai namun mendapat halangan.
Hampir sahaja Ika mengambil keputusan untuk menangguhkan pelajarannya di akademi itu namun bila difikirkan semula rugi pula. Hanya tinggal selangkah sahaja lagi sebelum impiannya tercapai. Kepalanya mula ligat mencari jalan penyelesaian.

Akhirnya handphone di hujung katil dicapai, jari-jemari mula menari manaip mesej buat abah di kampung. Namun sekerat jalan hasratnya dibatalkan. Ika terus mendail nombor abah.
" Assalamualaikum abah.. " sapa Ika saat talian di hujung bersambut. Setelah saling bertanya khabar dan berbual mesra Ika menyuarakan hasratnya dengan teragak-agak. " Bah, Ika dah nak habis belajar memandu, dah nak ambil test ni. Tapi....... ". " Tapi apa.. tak ada duit nak bayar ya..". Bijak sekali abah meneka apa yang bermain di hati anak daranya itu. Ika sedaya upaya cuba menahan rasa sebak di dada. Bukan dia tidak tahu keadaan keluarganya yang sederhana sahaja, tambahan pula adik-adiknya semua masih bersekolah. " Abah cuba tolong, nanti abah telefon Ika semula ya ". Abah memberi jaminan setelah Ika memberitahu jumlah yang diperlukan.

Tidak lama selepas itu abah menelefon Ika semula memberitahu akan memasukkan jumlah wang yang Ika perlukan keesokannya. Ika yang merasa amat terharu menangis sepuasnya..
Dalam hati Ika berjanji wang itu hanya pinjaman, dia nekad hendak membayar semula duit abah setelah biasiswanya masuk kelak.

Hari yang ditunggu tiba, dalam debar Ika tidak putus-putus berdoa semoga dia lulus dalam ujian ini. Semoga berkat duit abah yang dipinjamnya.. Namun sekali lagi Ika kecewa apabila dia gagal dalam ujian tersebut. Ika nekad hendak mengulangnya semula. Sekali lagi kepada abah Ika mengadu. Abah berjanji membantu Ika mengambil ujian JPJ tersebut di daerahnya sahaja.
Dalam hati Ika terharu.. abah malahan memberi semangat dan galakan kepadanya.

Begitulah ayah dan ibu.. tidak pernah sekali-kali membiarkan anak-anaknya berduka dan sentiasa berusaha memberi yang terbaik buat anak-anak. Namun bagaimana kita sebagai anak, telah laksanakah tanggungjawab kita sebagai anak..Adakala kita tanpa sedar melukai hati mereka. Nauzubillah.... semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah.


Dua ibu bapa tak boleh derhaka,

Besar jasanya kepada kita,
Kalau menderhaka bahaya menimpa,
Di akhirat kita masuk neraka...


" Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku,
dosa kedua ibu bapaku,
rahmatilah mereka sepertimana mereka
memeliharaku sejak kecil ".

# Sayang abah & mak sangat-sangat, semoga diberi ketenangan dan kesihatan yang baik. InsyaAllah..


25 February 2010

Muhasabah Diri..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulilah atas segala nikmat, kesihatan dan kecergasan yang dikurniakan.
Betapa Yang Maha Esa amat mengasihi para hambaNya,
seribu kesyukuran dipanjatkan.
Semoga segala kesulitan, cabaran dan rintangan tersimpan hikmah yang tiada tandingnya.
Hmm.. mungkin agak pelik sedikit entry kali ini.
Akhir-akhir ini kesibukan seakan bertambah dua kali ganda daripada biasa.
Terkadang terfikir juga sebagai insan biasa, tabahkah diri ini untuk mengharungi segalanya..
Namun, hati nekad meneruskan jalan yang dipilih disamping mengharap redha Illahi agar dipermudahkan menghadapi semuanya dan semoga ada sinar hikmah yang terucap pada akhirnya nanti..
Mungkin ramai yang tidak mengerti maksud di sebalik entry kali ini tapi tidak mengapa lah,
anggap sahaja bicara dari hati yang mengharap redha Illahi.
Semoga hati diberi ketabahan untuk mengharungi segalanya dan dijauhkan dari rasa putus asa.


" Ya Allah! Aku berlindung padaMu daripada rasa sedih dan gelisah
dan aku berlindung padaMu daripada sifat
lemah dan malas
dan aku berlindung padaMu daripada
sifat pengecut dan bakhil
dan aku berlindung padaMu
daripada cengkaman hutang dan penindasan orang.."


Teringat bicara sms si adik pada malam tadi:

" Esok ustaz ajak keluar, ingat nak join tapi mak tak bagi. Macam mana? "

" Keluar dengan ustaz mana? Ke mana? Kenapa mak tak bagi? "

Saya menjawab sms si adik dengan persoalan dan si adik membalas ringkas juga diikuti jawapan ringkas saya..

" Nak jadi tabligh.. "

" Dengarlah cakap mak.. "

Termenung saya sebentar memuhasabahkan diri mendengar jawapan si adik yang baru berusia 15 tahun..
Semoga jawapan yang saya berikan adalah yang terbaik untuknya..


" Cukuplah Allah bagiku; tiada Tuhan selain Dia.
Hanya kepadaNya aku bertawakal
dan Dia adalah Tuhan yang
Memiliki 'Arasy yang agung. "

[ At- Taubah : 129 ]

Renung-renungkan...

28 January 2010

Sekadar Bercerita..

Bismillahirrahmanirrahim....

' Awak anak sulung ye..mesti rapat dengan mak kan.'
' Tak rapat sangat, biasa-biasa aje...'
Agak pelik sedikit tapi yang pelik tu ada benarnya. Apatah lagi jika si anak adalah seorang gadis. Agak pelik sekiranya tidak rapat dengan si ibu.. di manakah silapnya??

' Mak awak umur berapa?'
' 43 tahun..'
' mudanya..ni mesti rapat dengan mak kan.'
Indah sekali tanggapan insan-insan sekeliling..namun hakikatnya tidaklah seperti yang disangkakan. di manakah silapnya??

Mungkin pada individu yang mengalami ianya agak biasa kerana sudah terbiasa sejak dari kecil lagi. Maka betulkanlah yang biasa itu kerana sudah sepatutnya kita merasa yang luar biasa..
Mungkin individu ini seorang yang egois tapi tidak salah mencuba kan..

1. Sekiranya ada masalah peribadi luahkanlah pada ayah atau ibu..biarpun pahit tapi hasilnya pasti manis.

2. Jangan segan bercerita apa sahaja..jadikan mereka sebagai teman baik.

3. Tegur ibu bapa kita secara berhemah jika ada yang kurang berkenan di mata kita sebagai anak..berani kerana benar, takut kerana salah.

4. Buang rasa segan untuk peluk cium ibu bapa.

5. Jadikan senda gurauan dalam keluarga sebagai agenda penting setiap hari.

6. Biar berjauhan hubungi lah mereka selalu..jauh di mata dekat di hati. Kalau rasa kedekut, sms je lah..( terasa pula, hehe ).

Itu je lah kot setakat yang terlintas di fikiran..
Nak bagi tips untuk ibu bapa, tak layak lagi setakat ni..hehe.
Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa..( eh, betul ke? hehe..jangan marah my cikgu BM ye ).
Mula-mula memang lah agak susah tapi lama kelamaan pasti jadi habit..
Mak ayah kita tengok kita mesra semacam pun mereka mesti rasa nak bermesra je dengan kita..
Mungkin janggal pada awalnya tapi jika diamalkan selalu insyallah berhasil..

Melentur buluh memang dari rebungnya tapi kalau rebung tu direbus, dimasak elok-elok pasti akan jadi lembut juga..( ada kena mengena kah?hehe.. )
Renung-renungkan...

15 January 2010

Rindu Bertamu..


Bismillahirrahmanirrahim...

Tak tahu rasanya macam mana nak describe perasaan rindu ni.. huhuhu.
Tapi kat siapa ye.. hehe. Jeng-jeng..
Rindu sangat-sangat kat para buah hati kat kampung tu..
Aik?? Bunyi lain macam je tulang rusuk yang bengkok ni kan.. haha.






Selalu je perasaan handsome.. haa, akhirnya dapat view muka dia kat blog ni.. hehe.
Lepas ni akak tak tahu kalau saham adik makin naik.. haha.
Tak dapat den nak menolong..







Ni lagi seorang yang juga boleh dikatakan amat kuat perasaan.. hehe.
Minta maaf ye adik-adikku sebab upload gambar tak minta izin dulu.. hehe.
Tak pasal-pasal gambar seksi korang keluar kat sini kan..
Jealous sebenarnya tengok diorang tengah berkubang tapi apakan daya diriku tak mampu nak buat macam tu.. huhu.

Buat iyang jangan kecil hati.. your pic next time la ye..:)
Mak dan abah miss you all so much..
Tak lupa juga nak bagi credit untuk someone special yang hampir berkecil hati sebab tak disebut dalam entry sebelum ini.. haha.

Barakallahu fima lakum khairan kathira....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...