07 May 2011

..Heroin di Hati Hero..

Bismillahirrahmanirrahim..

'Awak ni serupa la dengan mak'..

'Awak mewarisi muka mak ek..'

'Sebiji lah muka kamu dengan mak'


Dolu-dolu saya sangat tak puas hati bila teman-teman kata saya mewarisi wajah mak (haa.. tak bersyukur lah tu kan..) sebab saya sangat mengharapkan untuk ikut abah.. hehe. Tapi mujur juga tak ikut abah, kalau tidak..... hehe. Tapi saya sangat bangga dengan mak sebab setiap orang yang lihat mak saya akan kata, waa.. mudanya mak kamu.. syukur alhamdulillah. Berbunga-bungalah tu kan hati abah tu..


Dulu juga saya tak boleh terima bila teman-teman kata saya minat warna pink.. apa tidaknya, baju kurung majoriti berwarna pink atau merah.. barang-barang lain sama juga. Tapi kini walaupun saya akui saya sebenarnya tak minat tapi kalau pandang je mesti rasa pink atau merah itu cantik.. lalala. Sebenarnya saya nak cakap yang itu adalah pengaruh daripada mak. Mak sangat menyukai warna pink, makanya setiap barang yang dia beli mesti berasaskan warna pink atau merah termasuklah baju raya saya hampir setiap tahun.. dapat anda bayangkan??
Kalau tidak percaya boleh cuba belikan mak kain selain 2 warna tu, confirm mak tak berkenan. Tapi kalau bagi 2 warna tu, yang tak cantik pun akan dikatanya cantik.. hehe.


Paling tak tahan dengan heroin di hati abah ni, asal pulang ke kampung even anaknya ini berada pada tahap perlu diet mak akan kata, 'apasal kurus sangat ni, tak makan ke.. kurus kering nampak tulang je'.. hehe. Tapi jujur saya suka mak cakap macam tu, tak adalah rasa diri perlukan diet.. lalala.


'Jangan nak 'berkawan' selagi tak habis belajar dan dapat kerja!'
Aiyoo.. serius saya memberontak dalam hati bila dengar statement penuh penegasan dari mak tu dulu. Tapi semakin saya dewasa saya semakin faham kenapa mak kata macam itu.. tapi kesianlah dekat saya kan.. lalala.


Namun paling tak lupa.. dulu masa zaman sekolah saya rajin promote kat teman-teman siapa nak jahit baju kurung boleh buat dengan mak. Murah je mak minta untuk student, RM15 sepasang.. murah kan. Maka setiap kali teman-teman hantar kain kat mak, mak akan jahit free sahaja sebab RM15 itu mak bagi kat saya untuk buat belanja sekolah.. terharu kan dengan pengorbanan mak:)


Tidak sia-sia mak tak bagi saya pindah sekolah masa tingkatan 6 hari tu, alhamdulillah hasilnya dapat ambil pengajian agama kat universiti.. mak cuma bagi 2 pilihan masa nak pindah hari tu. Pindah SMKA lain atau berhenti sekolah.. wah, akhirnya saya redha meneruskan persekolahan di sekolah lama.. hehe.


Apa pun buat mak, anak mak kini sudah dewasa.. terima kasih banyak mak sebab mendidik saya sehingga menjadi sumandak apa adanya ini. Terima kasih juga kerana banyak bersusah payah melahirkan + membesarkan + hantar ke sekolah + melepaskan saya belajar sejauh ini.. terima kasih sangat-sangat mak.




Selamat hari ibu buat mak, Puan Janaliah. Juga tidak dilupakan kepada ibu angkat yang juga sangat banyak jasanya iaitu Puan Senah dan begitu juga kepada Puan parteyah.. Saya sangat sayangkan kalian semua, Love you all so much!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...