03 December 2012

Saat Mengingati Kematian


 Bismillahirrahmanirrahim...


Salam tengah malam.. tiada bezanya siang atau malam bagi student seperti saya. Orang lain sibuk menganyam mimpi indah, saya pula sibuk dengan assignment 'blog'.. :) Bak kata seseorang, sangkar saya ni sudah bersawang siap dengan tikus sekali.. lalala.

Agak sibuk sebenarnya dengan kelas serta tugasan tertangguh di IPG. Tapi sempat juga akhirnya berkongsi sedikit pengalaman dan gambar-gambar sepanjang kursus pengurusan jenazah yang telah berjaya saya dan rakan-rakan anjurkan.. alhamdulillah.

Bukan sahaja mengajak diri mengingati kematian tapi juga mengingatkan diri tentang fardu kifayah ini yang tidak pernah sama sekali saya cuba. InsyaAllah lepas ni jika diizinkan-Nya, saya mahu mencuba dan mengambil peluang menguruskan jenazah.. yang penting niat itu baik:)

Kata ustazah Aisyah yang jadi penceramah, kalau tak beri peluang sekarang kepada orang muda bila lagi?? sangat setuju sebenarnya! Lagi kata ustazah Aisyah, kalau semua orang tua-tua yang buat esok siapa nak menguruskan jenazah orang tua?? hmm..sangat terkesan di hati.



 Maksudnya: Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami.

(Surah al-Anbiya': 35)


Secara tak langsung saya setuju, memang bukan mudah mendapat kepercayaan orang berumur untuk menguruskan perkara sepenting itu tetapi kita yang muda ni boleh cuba menonjolkan diri sedikit demi sedikit. Tidak mengapalah hari ini bermula sebagai tukang siram air je atau tukang pegang hos je.. insyaAllah esok-esok kita jadilah tukang cebok dan seterusnya. Sikit-sikit lama-lama mahir dan boleh dipercayai:)





 Barisan kepimpinan kami di pagi yang berkah itu





 Bentang kain kapan




 Ceramah + teori




 Bersama ustazah Aisyah di sudut praktikal wanita




 Aktiviti memotong kain kapan




 ustazah dah macam tailor yang ajar kelas jahitan:) kelas jahitan kain kapan..lalala




Kain kapan untuk 3 lapis pertama sudah terbentang luas




Tadaa..ni hujung kaki yang telah siap dikapan, jangan berfikir yang bukan-bukan sehingga mengganggu lena tidur kalian:)






















Ustazah kata mula-mula memang rasa takut dan tak berani nak mendekati jenazah tapi insyaAllah kita boleh hadapi, yang penting kuatkan semangat.. jujur sebenarnya saya sangat mengagumi ustazah Aisyah.. dalam dirinya penuh keikhlasan. Semoga saya mampu menjadi sepertinya.. amin.


Akhir kalam ini saya menyeru (ayat macam nak kempen) agar kita golongan muda boleh berada sebaris dengan yang lebih berusia dalam memartabatkan agama sendiri..jom sama-sama hazaf mentaliti, 'ko orang muda apa tau'....:)


 

3 comments:

  1. Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut hendaklah dilakukan :

    1.Tukarkan pakaiannya dan bersihkan kekotoran yang keluar dari duburnya.

    2.Rapatkan kedua belah matanya.

    3.Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang.

    4.Rapatkan mulutnya.

    5.Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya.

    6.Luruskan kakinya.

    7.Ikatkan kedua ibu jari kakinya.

    8.Letakkan di tempat yang tinggi.

    9.Hadapkan ke Qiblat.

    ReplyDelete
  2. Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :

    1.Memandikannya.

    2.Mengkafankan jenazah.

    3.Solat ke atas jenazah.

    4.Mengebumikannya.

    ReplyDelete
  3. panduan pnuh mengenai pgurusan jenazah:

    http://dzulnain.tripod.com/syumul/jenazah/jenazah.htm

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...