08 October 2010

Monolog Jiwa..

Bismillahirrahmanirrahim...

" Mendidik manusia begitulah. Mula-mula paksa dulu, lama-lama timbul rela."
(Solusi Isu Perdana: Ms 54)

Saya begitu tertarik dengan ungkapan di atas. Mungkin ada yang tidak setuju tapi ya, saya amat setuju kerana saya pernah merasai+mengalaminya dan alhamdulillah 'paksaan' itu mentarbiah diri ke arah pembentukan 'muslimah'..

Jiwa remaja sentiasa inginkan kebebasan, dahagakan perhatian. Ada saja yang tidak kena pasti memberontaklah jawabnya. Pada ketika itu masing-masing merasa merekalah yang betul. Masing-masing merungut kenapalah orang dewasa sangat tidak memahami jiwa mereka. Wahai remaja, ketahuilah jiwamu masih muda.. dikau lebih banyak buat keputusan ikut jiwa mudamu semata-mata. Hari ini pasti kamu tidak nampak mengapa 'orang tua' katakan perlu begini dan begitu tapi ketahuilah bila kamu berada di tempat mereka kamu akan sedar sebabnya..

Teringat tika masih berada di alam 'penjara' ilmu selama 7tahun lamanya.. Peraturan mewajibkan untuk solat berjemaah 5 waktu di masjid bagi semua pelajar muslimin dan muslimat. Hatta solat jumaat juga diwajibkan bagi pelajar muslimat. Biasanya pemberontakan hati akan berlaku secara jelasnya pada hujung minggu sebab masa itu adalah waktu berpicnic di tempat beradu. Bayangkan saja warden lelaki akan bergerak dari bilik ke bilik, cukup untuk membuatkan pelajar muslimat bertempiaran lari ke masjid. Di masjid pula akan diadakan spotcheck mengikut bilik masing-masing. Maka hasilnya sebahagiannya solat berjemaah semata-mata kerana peraturan dan tidak mahu didenda. Oleh kerana itu jugalah kejadian memalukan itu pernah saya lakukan.. hehe.

Kini setelah zaman remaja yang penuh kedegilan itu ditinggalkan, fahamlah bahawa peraturan syadid sedemikian diolah untuk mendidik diri agar konsisten berada dalam jemaah apabila solat..
'Orang tua' hanya inginkan yang terbaik buat kita. Rasulullah SAW bersabda:

"Sembahyang berjemaah itu lebih utama daripada sembahyang bersendirian dengan 27 darjat."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Selain itu, 'penjara' ilmu juga 'mewajibkan' pelajar-pelajarnya untuk mengerjakan solat sunat rawatib + solat sunat hajat (selepas maghrib). Saya pernah didenda solat sunat hajat di dataran sekolah kerana peraturan 'wajib' ini.. hehe. Bayangkan saja elok-elok solat atas carpet masjid, saya dan teman lain akhirnya terpaksa solat bersejadahkan jalan raya yang usah kiralah berapa debunya. Semua ini kerana jiwa remaja yang memberontak tidak mahu dipaksa-paksa. Siap kata lagi 'alah, sunat je.. bukan wajib'. Malahan ada yang berpura-pura sedang duduk tahiyat akhir saat ustaz pantau di ruang muslimat, kononnya sudah hampir siap solat sunat. Hebat sungguh kan penangan 'paksaan' itu.

Namun kini hati yang telah ditarbiah melalui paksaan wajar berterima kasih kerana peraturan syadid itu. Paksaan membentuk diri.. tidak perlu dipaksa-paksa dengan sendirinya mahu mengerjakan solat-solat sunat berkat kesedaran diri ingin mengumpul saham sebagai bekalan di sana nanti. Dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:

"Amal perbuatan manusia yang pertama kali akan dihisab pada Hari Kiamat adalah solat. Tuhan berkata kepada para malaikat, padahal Ia Maha Mengetahui: 'Periksalah solat hamba-Ku, apakah dilakukan dengan sempurna atau kurang?' Maka jika ternyata sempurna, dicatatlah sempurna. Tetapi jika terdapat kekurangan, maka Tuhan berfirman pula: 'Periksa lagi! Apakah hamba-Ku itu mempunyai amalan solat sunah?' Jika ternyata ada maka firman-Nya: 'Sempurnakanlah kekurangan solat fardhu hamba-Ku itu dengan solat sunahnya.' Kemudian diperhitungkanlah semua amal perbuatannya dengan cara demikian."
(Riwayat Abu Daud)

Hanya sebahagian sahaja contoh 'paksaan' yang saya kongsikan itu agar mana-mana hati yang mungkin sedang memberontak bakal dilembutkan.. walau bagaimana pun bentuk 'paksaan' itu, asalkan ianya adalah perkara yang baik pasti ada hikmah di sebaliknya. Hidayah itu milik Allah, kita sebagai manusia hanya menjadi sebab sahaja.. Allah tidak memberati seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Oleh yang demikian, bersabarlah menghadapi setiap dugaan. Janganlah terlalu diikutkan gelodak jiwamu yang inginkan kebebasan semata-mata. Wallahualam..

Renung-renungkanlah..
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebaikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedekah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."
(Ali-Imran: 200)


03 October 2010

Di mana silapku..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah diberi kesempatan 'meluahkan' isi hati yang baru sahaja bertenang dari kesedihan.
Kita hamba Allah yang sering diuji namun apabila diuji kita leka dan alpa bahawa kita sedang menghadapi ujiannya.. kita baru sahaja gagal ujian di dunia yang hanya bersifat sementara dan seharusnya tabah menghadapi ujian tersebut. Janganlah kerana ujian yang tidak membawa 'apa-apa' itu akan menjejaskan result ujian kita yang akan menentukan tempat kita di sana nanti..

Semalam bertarikh 03 Oktober 2010 saya telah gagal dalam suatu ujian buat kali kedua.. benar, saya menangis dan tidak dapat menahan rasa kecewa yang melanda. Seakan lupa diri ini siapa yang sering mendapat ujianNya.. Astaghfirullahalazim.

Betapa saya cuba mempertahankan hak saya untuk diberi peluang mencuba kali kedua namun peluang tidak akan datang bergolek. Alhamdulillah dalam kesedihan saya mendapat sedikit kekuatan, mencari di mana silapnya. Agaknya ada yang saya tidak perbetulkan pada diri ini. Seketika kemudian saya berkata pastinya Allah amat menyayangiku kerana mendapat ujian sebegini.

Saya mencari sedikit kekuatan, berlindung di bawah naunganNya dan mencari kekuatan semangat dari insan-insan tersayang. Alhamdulillah insan tersayang amat memahami. Semoga Allah melimpahkan rahmat atasnya. Terima kasih atas segala ungkapan penenang jiwa sehingga mata yang menangis mampu ditemani bibir yang tersenyum.. Subhanallah.

Sungguhpun agak sukar 'membiasakan' diri dengan ujian yang baru melanda tapi alhamdulillah diri tidak lagi mudah melatah. Hati sudah mampu berdepan dengan suasana, mampu untuk menerima kenyataan yang benar. Ya, saya tidak suka dengan apa yang telah terjadi namun hati segera bertenang mengingatkan Firman Allah SWT:

"Dan boleh jadi kamu tidak suka sesuatu perakara sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu perkara sedangkan ia tidak elok untuk kamu, dan Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya."
(Al-BAqarah:216)

Sedang kaki melangkah perlahan menerima kegagalan diri, teman seujian yang saya tidak kenali memanggil perlahan.

'Adik jangan putus asa.. akak lagilah dah 4 kali gagal ujian ni. Kali ni baru lulus dik. Ikutkan hati memang tak mahu ambil ujian ni lagi tapi rugi lah.. adik jangan putus asa ya.'

Alhamdulillah hati semakin mendapat ketenangan..terasa semangat yang hilang kembali menghuni di hati. Reda dengan apa yang telah terjadi, hanya kepadaNya jua hati ini dikembalikan.. Sebagaimana firmanNya:

' Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan Allah & RasulNya kepada mereka dan berkata: Cukuplah Allah bagi kami. Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurniaNya dan demikian pula RasulNya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah.
(At-Taubah: 59)

Berkat hati yang mudah dinasihati kini saya tahu cara terbaik melupakan pahitnya kegagalan itu. Segera kembali kepada Allah, itulah yang utama. Setelah itu palinglah lihat orang lain yang mengalami kegagalan lebih teruk dari yang telah kita lalui. InsyaAllah saat itu hati pasti berkata ada lagi yang lebih kasihan.. Bersyukurlah kerana menjadi insan yang diuji. Seseorang itu tidak akan diuji melebihi kemampuannya.. Carilah insan-insan yang kita yakini mampu memberi kekuatan. Mohon diberi nasihat dan sedikit penyuntik semangat. InsyaAllah ketinggian seseorang itu kerana imannya..

' Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.
( Ali-Imran: 139)

Ibn Qoyyim al-Jauziyyah:
'Hati adalah wadah iman, jadi ia mesti beristiqamah'

Ahamdulillah syukran jazilan 'ala insan-insan tersayang yang telah menyuntik semangat mengembalikan kekuatan yang sedikit goyah- mak & abah, abang Asrul, sahabatku suel, sahabat yang bergelar akak yang tidak sempat saya kenali namanya.. Semoga berada dalam rahmatnya sentiasa. Amin Ya Rabb...

Buat adik-adikku, Nashrul Nashriq & Mohd Fazly yang bakal berjuang di medan PMR yang bermula esok hari semoga dipermudahkan dalam menghadapinya. Semoga kejayaan mengiringi usaha kalian.. Semoga menjadi anak yang dibanggai ibu bapa. Amin Ya Rabb..




17 September 2010

Masih Segar di Ingatan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Semasa berada di kampung tempoh hari, beberapa kali saya melalui rumah arwah guru mengaji saya yang pertama. Masih segar di ingatan saya kenangan demi kenangan samada baik dan buruk bersama arwah (sila jangan salah faham tau..hehe). Patutnya saya kena mulakan ayat dengan perkataan once upon a time ni.. hehe.

Kalau tidak silap mungkin ketika itu saya berumur 8tahun ketika mula belajar mengaji al-Quran. Saya belajar sekali dengan beberapa orang sepupu yang agak nakal juga di rumah mereka (maksud saya, guru datang ke rumah sepupu saya dan kami belajar ramai-ramai di situ).

Biarpun saya yang paling muda @ kecil dalam kalangan yang belajar mengaji itu tapi saya yang paling mendahului mereka ketika itu. Sepupu-sepupu saya bukannya tidak pandai tapi mereka agak malas+nakal. Apa tidaknya, ketika guru membaca ayat yang diajar pada hari itu mereka pula beramai-ramai standby dengan pensil+kertas di riba. Setiap ayat yang dibaca oleh guru mereka salin semula bunyinya ke dalam Bahasa Malaysia (ala-ala salin lirik lagu kat radio..astaghfirullahalazim). Apabila giliran mereka membaca tiba, masing-masing cuma membaca apa yang telah disalin tadi dengan begitu LANCARnya.. saya yang ketika itu masih kecil hanya tersenyum-senyum melihat telatah mereka. Mujur saya tidak terpengaruh dengan mereka.

Selain bab mengaji, ada lagi 1 kisah antara saya dan guru yang saya tidak akan lupa. Zaman kanak-kanak saya dolu-dolu (versi sekolah, hehe) saya sangat rajin ke masjid pada setiap malam untuk belajar mengaji+solat berjemaah. Kali ini saya teruskan pengajian al-Quran dengan guru yang lain. Tapi saya still jumpa guru mengaji yang lama di masjid tersebut. Pada suatu malam, tiba-tiba datang idea jahat untuk mengenakan ex-guru saya itu. Menjadi kebiasaan beliau untuk masuk ke tandas setiap kali selepas azan sebelum ambil wudhu. Maka saya dengan nakalnya telah menabur beberapa kulit pisang di atas lantai tandas dengan harapan ketika itu dapat tengok guru dengan aksi tergelincir.

Ya Allah betapa jahat+nakalnya saya ketika itu. Saya hanya fikir akan keseronokan saja tanpa fikirkan akibatnya. Namun, syukur Dia telah menyelamatkan saya dari menjadi insan yang bersalah. Beliau mengutip kulit-kulit pisang yang telah saya tabur itu. Terbongkok-bongkok dia mengutip. Timbul rasa kasihan saya ketika itu lalu automatik saya terus minta maaf.

Harap-harap anak-anak saya kelak tidak ikut jejak langkah kenakalan saya ini.. hehe.
Sesunggguhnya saya amat rindukan saat-saat itu. Bila saya lalu masjid yang lama itu (sekarang tidak diguna lagi) saya akan rasa sangat sedih sebab di situlah banyak kenangan saya. Tempat bermain dan tempat saya kenal erti kehidupan..

Berkat guru membawa ke akhirat, sedikit belajar banyak yang dapat. Lagilah kalau banyak belajar kan.. hehe. Oleh itu hormatlah guru, tanpa mereka siapalah kita. Al-Fatihah buat arwah guru saya- Haji Awalluddin. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. ameen.

Riang Ria Ramadhan..Part 2

Bismillahirrahmanirrahim...

Menggebu-gebu sekali perasaan ingin membuat biskut raya pada Ramadhan yang lalu (Ramadhan la, sekarang kan sudah bulan Syawal.. hehe). Tidak tahu kenapa keinginan begitu kuat sekali. Alhamdulillah mak tersayang menyokong penuh hasrat saya itu.. hehe. Apatah lagi dalam tempoh 10 hari lagi hendak beraya sebiji biskut pun tidak ada lagi.. mak tersangatlah sibuk dengan jahitan-jahitannya beserta bisnes sagunya itu.. Maka, saya dengan penuh gaya diktatornya telah mengerahkan tenaga adik-adik untuk sama-sama membantu (ayat ala-ala ganas, hehe).

Hasilnya..jeng-jeng..
1. Biskut Cornflakes





2. Biskut Almond London (favourite ni..hehe)




3. Biskut Makmor & Tat Strawberry


Kedua-dua biskut ini telah dibuat dalam keadaan yang agak tergesa-gesa sikit. Makanya hanya gambar siap yang sempat diambil.. hehe. Tiada sebarang penipuan tau.. Balang tu nampak sahaja macam balang kuih tunjuk tapi isinya original tau made by me, mak & adik-adik yang bertuah.. hehe. Mak beli balang tu RM1.90 tau 1.. mahal kan. Ish-ish.. memang agak cekik darah.

4. Biskut Kacang
Bangun dari tidur pada pagi sehari lagi sebelum raya, saya telah menerima arahan dari mak.. 'hari ni buatlah 1 kuih hentam-hentam je..' Aik, dalam hati saya befikir-fikir kuih apa ya..
Akhirnya saya berjaya menghasilkan biskut kacang.. hehe. Campur sahaja tepung jagung+tepung gandum+tepung kastad selepas itu digaul bersama gula halus+mentega+esen vanilla dan akhir sekali dihias dengan kacang.. Ni abang Asrul confirm kata saya semborono, hehe. Tapi adik-adik puji tau hasilnya.. alhamdulillah.

5. Kuih Sapit
Ini pula kuih tradisional made by mak tapi guna cara moden tau. Mak bakar guna acuan elektrik. Kesian kat mak, letih menunggu balangnya penuh. Saya pula memang tak dapat membantu dalam bab kuih sapit ni sebab tidak berapa cun gulung guna supit (alat untuk makan ambuyat).


6. Kelupis + kuah kacang


Sedap tau.. nyam-nyam. Kelupis ni sangat sedap dimakan masa hari raya & kenduri kahwin..
Nasi kelupis ni mak yang masak tau, manakala kuah kacang pula saya tolong sediakan bahan-bahan saja. Adik-adik pula bekerjasama membungkus nasi ke dalam daun (dalam bahasa Bisaya dipanggil daun silad). Akhir sekali saya jadi si tukang kukus untuk layukan daun sahaja..
Alhamdulillah misi untuk tidak mahu kehadiran kuih tunjuk pada aidilfitri kali ini berjaya.. hehe. Alhamdulillah juga kerana kesemua resepi yang dicuba berhasil dan memuaskan, itulah berkatnya perencah bismillah dan selawat ke atas nabi.. kalau kita beli sahaja, belum tentu perencah-perencah istimewa itu ada kan..



03 September 2010

Riang Ria Ramadhan..Part 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah terasa mood segar+bugar+gembira+riang+ria duduk di rumah keluarga tercinta..
sudah lama tidak rasa perasaan seperti ini. Hanya di rumah keluarga tau, tidak terdapat di hostel kampus.. hehe.

Seronok kerana mak tersayang telah menyiapkan baju raya yang special untuk saya dan adik-adik.. juga setiap hari saya sentiasa bersemangat untuk menyiapkan juadah berbuka seenak yang mungkin. yup, mak rasa pelik memikirkan anak daranya ini. ' Kenapa rajin semacam je sejak balik ni?' Hehe.. agaknya tak lama lagi nak jadi isteri orang kot.. hehe.

Alhamdulillah sebelum tidur setelah settlekan kerja-kerja rumah dan tuntutan Illahi saya meluangkan masa menambah ilmu dengan membaca karya seorang doktor dan isterinya.. alhamdulillah sangat berguna kepada kita dan amatlah rugi mereka yang tidak sempat membacanya saya kira..


Saya amat mengalu-alukan anda semua untuk membacanya kerana bukan saja menambah ilmu pengetahuan malahan menjawab pelbagai persoalan berkaitan masalah-masalah fiqh wanita, fiqh cinta dan fiqh perubatan.
Pelbagai pengajaran yang saya dapat hasil membaca kedua-dua karya ilmiah ini.. Alhamdulillah semoga diberi kemudahan kepada keduanya untuk terus menulis.. InsyaAllah.
Hari-hari yang saya lalui juga penuh bersemangat untuk meneruskan ramadhan yang tinggal beberapa hari saja lagi juga bersemangat menyediakan biskut raya.. haa, yang ini kena tunggu part 2 nanti. Saya akan tunjuk satu persatu tau..
Apalah mengarut ni kan.. hehe.

18 August 2010

Secangkir Perkongsian...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih berpeluang untuk berkongsi 'sesuatu'. Tapi bimbang juga kalau dikatakan perasan atau dalam bahasa saintifiknya masuk lif tekan sendiri.. hehe. Apa yang penting sebenarnya adalah niat. Jika niat perkongsian itu untuk berbangga-bangga atau menunjuk-nunjuk lebih baik pendamkan sahaja.. tidak elok.

InsyaAllah biiznillah entri kali ini adalah lebih kepada suatu perkongsian yang mungkin juga berguna untuk sesiapa sahaja barangkali..

Awwalan..
" Akak umur berapa ya? 20 atau 21? "
" 22.. hehe. "
" Nampak muda la akak ni. "


Thanian..
Saya dan kedua adik lelaki duduk berbual (saya anak sulung tau), lalu adik lelaki yang ketiga berkata..
" Antara akak dengan abang, nampak macam abang pula anak sulung."


Salisan..
Mak membawa saya dan adik bongsu (perempuan) yang berumur 13 tahun ke suatu walimah. Seorang makcik bertanya kepada mak..
" Mana satu anak sulung kamu ni? "
" Yang ni hah.." (sambil tunjuk ke arah saya)

Itu adalah antara beberapa situasi yang biasa saya lalui.. bak kata orang alah bisa tegal biasa. Niat di hati hanya ingin berkongsi apa yang menjadi kebiasaan saya semenjak kecil sehingga dewasa kini. Tidak ada amalan khusus, hanya uruf yang mengiringi.

1. Minum susu sejak kanak-kanak.

2. Sangat tidak gemar minuman berkarbonat kecuali 100plus.

3. Sejak kecil tidak minum minuman berkafien. Hanya sekali-sekala apabila perlu.

4. Minum air putih setiap kali sebelum tidur dan bangun dari tidur.

5. Tidak terus minum air selepas makan kecuali jika terdesak/terpaksa.

6. Tidak menggunakan sebarang produk pencuci muka atau krim pembersih. (Boleh jimat.. hehe)

7. Sangat suka senyum.. hehe. ( Like this..:) )

8. Sangat suka tengok cerita kartun. Mungkin ramai orang dewasa tidak suka kartun tapi tahu atau tidak dengan menonton kartun jiwa terasa muda sentiasa. Lagipun tengok kartun muka akan sentiasa senyum @ tergelak-gelak. Sebab tu budak-budak suka cerita kartun..

9. Rajin basuh muka guna air bersih. (Of course la kan.. hehe)

10. Sangat suka kanak-kanak.. comel sangat diorang tu tau.

Selain perkara-perkara di atas, amalan bacaan ayat-ayat al-Quran dan mengekalkan wudhu juga merupakan salah satu petua awet muda. Tidak perlu pelbagai produk yang banyak bahan kimia dan cara yang menyakitkan tubuh. Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat menjawab persoalan-persoalan yang diajukan kepada saya selama ini.. insyaAllah.

Kita sebagai hamba bertanggungjawab memelihara dan menjaga jasad yang diamanahkan ini. Kita hnya berusaha, selebihnya hanya Dia jualah yang menentukan.. Wallahualam.

P/s: Selamat mengamalkan dan renung-renungkan.. hehe.



16 August 2010

Ahlan Ya Ramadhan...

Bismillahirrahmanirrahim...







Kekangan masa tidak memungkinkan saya untuk meluangkan lebih masa dalam Sangkar Mustika..
Tambahan lagi laptop belum dapat diusahakan.. InsyaAllah dalam sedikit masa lagi hendaknya. Apa-apa pun, salam Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna..



Tidak dilupakan, al-Fatihah buat allahyarham pakcik.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. ameen.




27 July 2010

Update..

Bismillahirrahmanirrahim...

Lama tidak berkunjung ke Sangkar Mustika.. kelihatannya sudah agak bersawang, hehe.
Ini pun cuma singgah sebentar, melihat-lihat halaman sahaja. Tidak sempat rasanya mahu minum-minum atau makan. ( Apalah mengarut ni, hehe).
Ketiadaan laptop di sisi, ditambah pula wireless yang bermasalah menyebabkan 'rumah' saya ini terpaksa ditinggalkan.
InsyaAllah dengan izinnya 'rumah' ini akan kembali berseri akan datang..
Salam Ziarah..

30 June 2010

Hancur Hatiku..Mengenang Dia..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ala-ala jiwang pula tajuk entri ini. Hati sedang bersedih saat ini sebenarnya kerana baru sahaja dilukai oleh seorang teman rapat. Teman serumah sewa, teman study, teman tidur bersama, teman makan bersama.. dan segalanyalah yang selayaknya dilakukan bersama teman..

Teringat saat mengadu pada emak semalam, bukan main risau lagi mereka akan anak gadis mereka seorang ini. Kasihan mak dan abah, risau sampai nak ambil saya pulang ke rumah.. tidak ada apa-apalah mak abah.. semua boleh dikawal. Yakini saya kepada mereka.

Memang hati sedang berduka, namun seboleh mungkin saya mahu segera melupakan. Ya.. ini dugaan tuhan. Dugaan Ya Rabb dalam menguji
keimanan hambanya. Sabar wahai hati.. Pasti ada hikmah di sebaliknya. InsyaAllah....





Semoga hati ini terus tabah dan diberikan kesabaran yang tinggi.. Tidak sanggup rasanya berterusan berada dalam alam seperti ini. Terasa diri seolah-olah bukan diri sendiri.. bagaikan jasad lain yang masuk ke badan saat terus berperasaan begini. Semoga kita mendapat keredhaan dan keampunannya.. amin.







20 June 2010

' Dia Heroku '

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini saya nak bercerita tentang hero saya..
Hero yang tersayang tau..
'Dia' sentiasa bersama saya dari zaman saya muda sampailah muda-muda sekarang ini.. hehe.
Ini kalau 'dia' baca entri ni confirm senyum sokmo ni.. hehe.

Al-kisah...

*
Masa Tingkatan Satu
Pertama kali berjauhan apabila saya masuk sekolah berasrama, balik kampung sebulan sekali pula tu. Tiap-tiap hari saya call 'dia', kononnya barang ini tak lengkap, barang itu tak lengkap. Padahal sebenarnya nak suruh 'dia' datang untuk lepaskan kerinduan.. hehe. (Habislah kantoi..). Ego sungguh hati ini rupanya. Nak dijadikan cerita, 'dia' pun datanglah juga setiap hari demi saya yang disayangi ini dengan membawa barang yang entah apa saya kirim. Sampai sungguh hati ini menyusahkan 'dia' yang tersayang...

* Penghujung tahun 2003 & Pertengahan Tahun 2004
Saya terpaksa ditahan di wad kerana suatu penyakit. Disebabkan penyakit tersebut, saya disahkan mengalami anemia. Saya memerlukan penderma yang memiliki darah sesuai iaitu O. Saat-saat saya memerlukan penderma 'dia' hadir menghulurkan bantuannya. Saya menggunakan bekalan darah hospital dan 'dia' mendermakan darahnya kepada hospital sebagai ganti darah yang saya gunakan. 'Dia' memiliki darah A sebab itulah saya tidak dapat menerimanya secara langsung.

Pertengahan tahun 2004 sekali lagi perkara sama berulang dan 'dia' sentiasa hadir menjadi hero saya.. sentiasa hadir saat saya memerlukannya walaupun tanpa dipinta.

* Saat Menjadi Sweet 18

Hero saya bertanya handphone jenis apa yang saya inginkan. Waa.. agak terkejut + excited.. hehe. Maklumlah selama ini gigit jari sahaja tengok kawan-kawan ada handphone. Nak minta tak berani.. Kira tawaran itu umpama kecik tapak tangan, 1 Sabah saya tadahkan. Hero saya memang amat memahami orangnya. 'Dia' tahu apa yang saya impikan. Terima kasih my hero...

* Awal 2010
'Dia berbesar hati meminjamkan saya wang sebanyak RM400 sebagai baki bayaran kelas memandu saya untuk membolehkan saya menduduki ujian JPJ. Biarpun rasa diri seolah-olah membebankan, saya tahu 'dia' mampu membantu saya. Sayang 'dia' sangat-sangat. Tidak kira apa pun masalah, 'dia' sentiasa ada menghulurkan kasih sayangnya...

Gentleman sungguh kan hero saya itu. Dialah abah, dialah hero saya..
SELAMAT HARI BAPA buatmu abah yang tersayang..
Segala jasa dan baktimu dikenang sehingga ke akhir hayat. Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya.. amin ya Rabb.

Coretan-coretan di atas hanyalah sesuku sahaja jasa dan pengorbanannya. Tidak mampu untuk saya coretkan semuanya di sini. Besar sekali jasa dan baktinya..
Buatmu abah, sayang abah sangat-sangat..



03 June 2010

Doakan Mereka..

Bismillahirrahmanirrahim...

Rasa bertuah, beruntung, terpilih, semuanya bercampur-baur apabila saya berpeluang menjejakkan kaki ke Taman Seri Puteri (TMS) yang terletak di Menggatal, Kota Kinabalu semalam..

TMS merupakan pusat pemulihan bagi remaja yang berumur 18 tahun dan ke bawah.. bermacam-macam andaian saya sebelum tiba di sana. Namun dalam masa yang sama turut berdebar menantikan bagaimana sambutan mereka terhadap kedatangan kami.

Setiap sebulan, Bahagian Dakwah JHEAINS akan mengunjungi TMS sebanyak 2 kali untuk mengadakan kelas fardhu ain, kelas mengaji dan menyampaikan tazkirah. Bertuah rasanya kerana diberi peluang untuk turut serta mengunjungi TMS.

Tujuan kami ke sana semalam adalah mengajar mengaji.. pelatih-pelatih menyambut kehadiran kami dengan mesra dan gembira. Simpati juga terhadap mereka, kesal rasanya melihat mereka terjebak dengan permasalahan sosial dalam usia yang sebegitu muda. Semasa kunjungan itu, terdapat 2 pelatih yang mengandung. Sedih melihat mereka menanggung semua itu dalam usia yang masih mentah. Malahan kami juga difahamkan ada pelatih yang telah selamat melahirkan anak hasil perbuatan bapa kandungnya sendiri.. Masya Allah.

Apabila kami tekankan tentang kepentingan mereka mempelajari ilmu agama, ada yang bertemu kami bertanya di mana dia harus belajar agama setelah keluar dari TMS kelak.. Subhanallah. Pelatih tersebut benar-benar menunjukkan minatnya untuk mendalami ilmu agama.. alhamdulillah.

Pelatih-pelatih di sana aktif menyertai pelbagai aktiviti.. ada yang bakal menyertai pertandingan tilawah Al-Quran yang bakal diadakan di Negeri Sembilan kalau tidak salah saya tidak lama lagi. Malahan semalam ada juga yang berlatih sukan.. Syukur fillah.

Sekiranya mendapat peluang di lain hari, InsyaAllah saya mahu ke sana lagi.. mahu mendekati dan menyelami isi hati mereka.. Jika dapat berkhidmat di TMS pun adalah lebih baik rasanya. Sedih melihat adik-adik di TMS yang amat memerlukan bimbingan agama..

Dalam hati saya berharap semoga mereka benar-benar insaf dan meninggalkan segala kisah silam mereka. Semoga mereka menjadi insan-insan yang berguna kepada agama dan masyarakat. Seronok juga melihat mereka mempelajari pelbagai kemahiran di sana.. ada yang belajar menjahit, memasak dan bertukang..

InsyaAllah saya ingin bertemu mereka lagi dalam situasi yang berbeza, yang mana mereka bukan lagi seperti hari semalam.. Amin Ya Rabb..

02 June 2010

Yang Penting Niat..

Bismillahirrahmanirrahim...


Hari pertama bekerja setelah 5 hari bercuti, sahabat-sahabat staf yang lain kecoh bercerita tentang facebook.. Dalam hati tertanya-tanya, ada apa dengan facebook?? Satu suara berkata, " siapa yang ada facebook tu silalah tarik diri.." sementara yang lain berkata, " semalam lebih 30 000 orang sudah tarik diri dari facebook..". Saya semakin bingung.. Rupa-rupanya itu adalah respon mereka berkenaan serangan di Gaza.. Mujur saya memang tidak berminat dengan facebook.


" Facebook tu orang Yahudi punya.."

" Hasil facebook digunakan untuk memusnahkan Muslim.."


Macam-macam spekulasi yang diutarakan.. terpulang pada masing-masing. Apa yang penting sebenarnya adalah niat pada sesuatu itu.. sebagaimana Nabi SAW bersabda, "setiap amalan itu hendaklah dengan niat......"


Apabila saya ceritakan perkara-perkara yang berlaku di pejabat kepada insan tersayang, dia sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat-pendapat mereka. Dia sendiri mempunyai pendapat yang tersendiri.. " tidak ada kesannya sekiranya hanya Malaysia yang menarik diri dari facebook sedangkan ribuan lagi di negara lain masih aktif. Apa yang perlu dilakukan adalah menggunakan facebook sebagai medan dakwah dan memerangi Israel.. Kita gunakan kecanggihan mereka untuk menghancurkan mereka kembali..". Begitulah pendapatnya mengenai perkara tersebut.


Saya sekadar menjadi pendengar kepada semua pendapat yang berbeza itu.. apa-apa pun, tepuk dada dan tanyalah iman.. hehe. Renung-renungkan...

Semasa balik ke kampung tempoh hari, kebetulan sepupu mak melangsungkan perkahwinan. Ada cerita di sebalik walimah pakcik itu.. semasa pengantin diarak ke pelamin, ada lah tangan-tangan yang nakal memasang bunga api yang kita semua tahu memang agak mengejutkan bunyinya..

Hendak dijadikan cerita, nenek muda saya menghidap penyakit lemah jantung.. semasa bunga api itu dipasang, dia yang ketika itu sedang berbual-bual di bawah khemah terkejut yang amat sangat sehingga kehilangan suara.. nenek memang begitu sekiranya terkejut, berhari-hari lamanya dia tidak dapat bersuara.. namun itu bukan soalnya. Apa yang menjadi soalnya adalah sikap kita sebagai umat Islam. Begitukah cara kita meraikan sesuatu.. suami nenek muda yang saya panggil pakcik agak marah dengan apa yang telah menimpa nenek. Pakcik kata, bunga api dan mercun adalah budaya orang Cina.. tidak perlulah kita terpengaruh dan terikut-ikut. Saya mengakui benar kata-katanya. Kasihan pada nenek yang menjadi mangsa..

Kita berpegang kepada agama yang satu, dikelilingi oleh adat dan budaya.. namun seharusnya kita wajar membezakan mana yang baik atau buruk.. lebih-lebih lagi sekiranya perkara itu melibatkan individu lain..

Tidak salah berfacebook mahupun bermain bunga api, apa yang penting adalah niat dan betul letaknya perbuatan kita itu.. bukan sahaja kesan terhadap diri sendiri yang dilihat tetapi juga kepada orang lain.. Usah pentingkan diri sendiri, kita sesama Muslim adalah saling bersaudara..

Renung-renungkan..




17 May 2010

Apa Nak Jadi..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah rasa seronok berada dalam alam pekerjaan walaupun agak letih..
Rasanya letih belajar lagi menyeronokkan.. hehe.
Apatah lagi dapat berdamping dengan kes-kes mahkamah, rasa seronok dan teruja..
Bercerita tentang kerja, teringat pertemuan kali kedua dengan 'seseorang' semalam.
Pertemuan singkat yang agak menggeramkan juga namun saya sabarkan sahaja.

Teringat beberapa hari yang lalu semasa singgah membeli lauk di seb
uah cafe, saya telah bertemu dengan bekas senior semasa di sekolah menengah dahulu. Tidak sangka pula cafe itu dimiliki oleh keluarga akak senior itu.. betapa saya merindui zaman sekolah dulu-dulu.. dalam pertemuan kali pertama itu, saya sekadar menyapa ringan sambil bertukar senyum memandangkan dia sendiri sibuk melayani pelanggannya.

Semalam setelah habis waktu pejabat, saya bersama sahabat-sahabat singgah membeli barang keperluan. Takdir menemukan saya sekali lagi dengan akak senior tersebut.. Saya tetap menegurnya seperti biasa. Tidak elok rasanya membiarkan orang menganggap saya sombong nanti.


' Beli barang kak? '
' A'ah.. beli barang untuk cafe ni. Kamu kat mana sekarang ni? '
' Saya tengah praktikal sekarang kak, kat atas je kat JHEAINS. '
' Oo... patutlah labuh semacam je tudung.. '

Selepas berbual ringkas saya segera meminta diri.. teringat-ingat kata-kata akak tersebut. Rasa sedih, geram semua bercampur-campur. Sedemikian
rupa anggapan terhadap yang bertudung labuh. Setiap perbuatan itu hendaklah disertai niat.. Jika niat kita bertudung labuh kerana sesuatu, hasilnya tidak akan ke mana. Betapa menyedihkan sekali keadaan kita pada hari ini. Dalam hati saya berkata betapa berat tanggungjawab sebagai insan yang belajar ilmu agama lebih-lebih lagi yang bertudung labuh.



Semoga mentaliti umat Islam pada hari ini tidak tertumpu kepada suatu perkara sahaja. Jika begitulah anggapan umat Islam sendiri entah bagaimana pulalah anggapan mereka yang tidak beragama Islam. Bersama-samalah kita membetulkan yang biasa dan membiasakan perkara yang betul. Semoga kita menjadi hamba yang diredhai, lebih-lebih lagi muslimah yang sejati.
' Wanita hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita solehah....'
Renung-renungkanlah....







15 May 2010

Kisah Aku Dulu-dulu..

Bismillahirrahmanirrahim...

Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru expecially guru-guruku sejak dari tadika sampai la universiti.. tidak dilupakan abah dan mak selaku guru yang bertanggungjawab mendidik kami adik beradik sejak dari lahir..

Bercerita tentang guru ni teringat pula zaman sekolah saya dulu yang penuh kenakalan tapi saya tetap sopan tau.. nakal-nakal manja je la.. hehe.

Buat cikgu Azimah:
~ Saya mohon maaf sebab pernah membohongi cikgu.. :(
" Masa itu saya dalam tingkatan 2, dah habis exam jadi cuma menunggu hari cuti sahajalah..
terdorong melihat ramai senior yang turun lambat ke kelas, malah ada juga yang escape
terus saya pun turut serta. Hari pertama nasib saya agak baik kerana terlepas namun pada
hari kedua sedang saya tidur di bilik asrama tiba-tiba ramai warden buat spotcheck.

Cikgu Azimah: Farhana, bangun.. kenapa kamu tak turun ke kelas ni?
Saya: Hm..sakit pening kepala la cikgu.. (buat muka sakit)
Cikgu Azimah: Kamu demam ke..(sambil meraba dahi saya). Tak panas pun dahi kamu ni.
Saya: Rasa panas kat dalam cikgu.. (buat muka kesian, hehe)
Cikgu Azimah: Kamu tak boleh rehat kat asrama macam ni, bilik sakit kan ada kat bangunan
sekolah. Nanti jadi apa-apa macam mana, siapa nak tanggungjawab. Sekarang ni
kamu bangun bersiap, rehat di bilik sakit.

Betapa saya berdosa menipu seorang guru demi mahu menyelamatkan diri.. jangan contohi
saya tau. Tapi itu dulu, zaman muda-muda. Sekarang tak lagi tau..

Buat Cikgu Masran:
~ Kisah ini semasa saya di tingkatan 4.. maafkan segala kenakalan anak didikmu ini cikgu.
"Seperti hari-hari sebelumnya, asrama wajib dikosongkan seawal pukul5 pagi. Mana yang boleh
solat pergi ke masjid dan mana yang tidak boleh, duduk di kelas mengulangkaji.
Pagi itu hari sabtu, kebetulan saya tidak boleh......... maka kenyenyakan tidur saya agak luar
biasa sedikit.. hehe. Ketika sahabat-sahabat sibuk bersiap hendak ke masjid dan ke kelas, saya
masih di tempat tidur. Tiba-tiba saya terasa dibaling dengan sebiji bantal yang agak keras
jugalah. Saya tersedar dan melihat ketua bilik saya yang juga senior saya di katil sebelah.
Rupa-rupanya kami sama-sama terlajak tidur.. dia memberitahu saya terdengar suara
warden buat rondaan. Apalagi kami sama-sama mencari tempat persembunyian.
Masing-masing memilih bawah katil sebagai tempat sesuai.

(Cikgu Masran diiringi 2 orang pelajar perempuan masuk ke bilik)..
Cikgu Masran: Naimah, rasanya kita ada mangsa di bawah katil. Cuba kamu tengok siapa..
(kebetulan Naimah adalah sahabatku..ish, malunya....)
Naimah: (Tunduk melihat si mangsa).. Farhana dan Samisah, cikgu.
Cikgu Masran: Haa..kamu buat apa di bawah tu Farhana? (kebetulan cikgu Masran adalah
guru math saya, sebab tu dia cuma sebut nama saya..)
Saya: Er..er.. saya sakit kepala cikgu.
Cikgu Masran: Sakit kepala di bawah katil Farhana?
Farhana: Er..er.. (tak terjawab saya dibuatnya.. hehe)

Pada malam itu, cikgu Masran mengumumkan di hadapan semua pelajar tentang kesalahan
saya dan ketua bilik pada pagi itu. Sungguh malu saya dibuatnya.. Namun saya terima itu
sebagai pengajaran buat diri saya.. hehe.

Buat guru-guru saya sekalian, jasa kalian dikenang sampai bila-bila. Tidak terlepas saya mendoakan kalian di akhir doa setiap solat.. semoga terus menjadi pendidik yang berwibawa dan bertanggungjawab. Dah tua-tua ni teringin pula kembali ke zaman dulu.. rindu sangat.
InsyaAllah jika diizinkan, teringin juga bergelar pendidik suatu hari nanti..amin ya Allah.
Pengajaran buat kisah yang saya kongsikan bersama itu, tidak salah nakal tapi biar berpada. Jangan sesekali menyakiti hati seorang guru kerana kita pada hari ini adalah hasil redha mereka. Hormati mereka sepertimana kita menghormati kedua ibu bapa.
Renung-renungkanlah..

10 May 2010

New Story...

Bismillahirrahmanirrahim...

Waa.. agak lama tidak bertandang @ jenguk Sangkar Mustika ni..
Alhamdulillah telah selamat kembali ke tanah di bawah bayu..
Sedar tak sedar esok bermula latihan praktikal selama 2 bulan..
Laptop..hm, still koma. Semoga cepat sembuh wahai laptopku.. hehe.

Sebenarnya ini hanya sekadar coretan ringan untuk memeriahkan Sangkar Mustika,
kira update juga la kan.. hehe.
Tidak terjangka pula untuk singgah di cybercafe ini tadi.
Kebetulan diajak oleh seorang sahabat, bagaikan oarng disorongkan bantal la lagaknya.. hehe.

Agak sedih juga sebenarnya tinggal berjauhan dengan walidain tersayang..
namun apakan daya..
setelah hampir 5 bulan tidak bertemu mereka, kini terpaksa berjauhan sekali lagi
kerana harus tinggal menyewa bersama sahabat-sahabat selama cuti 2 bulan ini.
InsyaAllah kelapangan yang ada pada hujung minggu akan digunakan sewajarnya untuk bersama mereka kelak..

Buat mak tercinta, Selamat Hari Ibu..
Tidak dilupakan juga mak angkat dan mak mertua tersayang.. hehe.
Semoga terus beroleh rahmat dan keberkatan atas segala jasa-jasa kalian menguruskan keluarga.

Menyentuh perihal mak, teringat saat berada di kampung walaupun cuma beberapa hari.
Mak melayan saya bagaikan anak kecil..memanjai saya sungguh-sungguh.
Apa tidaknya, adik-adik yang lain berada di rumah.
Maka jadilah saya si anak sulung bagaikan anak bongsu di rumah.. hehe.
Sehari sebelum saya berhijrah ke rumah sewa, mak membantu mengemas pakaian-pakaian yang hendak saya bawa.
Tidak dilupakan keperihatinannya menyediakan segala pinggan mangkuk untuk saya bawa bersama..
Rindu sungguh padamu mak saat ini..
Luv you mum..

Buat ibu-ibu yang lain dan juga bakal ibu ( agak-agak saya termasuk tak.. hehe ),
Selamat Hari Ibu..
Jasamu dikenang sehingga ke akhirnya..

Ibu..ibu..
Engkaulah ratu hatiku..
Bila ku berduka..
Engkau hiburkan selalu..

# Maafkan segala kesalahan anakmu yang comel ini mak.. ( sempat lagi berperasaan.. hehe )

01 May 2010

Wajarkah Aku Buat Begitu...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis..
Rindu amat dengan Sangkar Mustika ni..
Laptop still koma, dan dalam proses mendapat rawatan..
Tidak sabar menunggu hari esok.. last paper for this sem..yeah!
Then boleh balik kampung yang sudah lama ditinggalkan.. so excited!!

Sebenarnya hati masih berperang dengan apa yang baru saja berlaku beberapa jam yang lalu..
Sedang study, seorang sahabat yang agak tidak rapat datang menemui saya di bilik.
Agak terkejut juga pada mulanya kerana tidak pernah sahabat ini mencari saya kalau bukan kerana sesuatu. Apatah lagi masuknya dia terus mengunci pintu namun saya sembunyikan keterkejutan itu di dalam hati. Lalu dengan selambanya dia berkata tidak sengaja terkunci sedangkan saya tahu dia sengaja..

Biarpun merasa amat pelik + melihat wajahnya yang keruh, saya sabar menanti butir bicaranya.
Dia menceritakan masalahnya yang bermula setelah menghantar seorang sahabat yang demam ke klinik pada malam tadi dengan menyewa kereta. Namun kerana lewat menghantar kereta tersebut, dia terpaksa menghantarnya pagi tadi dan sewa dikira separuh hari. Oleh kerana membayar sewa tersebut menyebabkan duit belanjanya telah habis.

Saya mula faham tujuan kedatangannya ketika itu.. dia mahu meminjam duit saya.
Saya mula diserang serba salah.. tahu wajib saya membantunya ketika itu tapi saya tidak yakin dengan sahabat itu. Saya banyak mendengar cerita tentangnya dalam hal pinjam-meminjam.
Lalu dengan begitu payah saya memohon maaf kepadanya mengatakan tidak dapat membantunya.. Bukan tidak sudi tapi saya tidak mahu menjadi mangsa yang entah ke berapa.
Saya yakin, jika saya tidak dapat membantunya ada lagi yang boleh menbantunya. Memang bunyinya kedengaran agak kejam sedikit tapi saya tidak mahu terlalu berlembut hati dengan orang sedemikian.

Semoga niat saya berada di landasan yang betul walaupun saya akui perasaan ini sedikit tidak tenang kerana bersikap sedemikian. Semoga sahabat itu memaafkan saya atas sedikit kekejaman yang telah saya lakukan. Bukan saja-saja berbuat begitu, tapi saya terpaksa. Bukan sekali saya mendengar dari sahabat-sahabat lain tentangnya. Apatah lagi esok ramai yang sudah mula pulang ke kampung. Sedikit sebanyak timbul curiga di hati memikirkan tujuannya meminjam duit tersebut. Renung-renungkanlah....

Sahabat...Maafkan temanmu ini.



20 April 2010

Kami Dianiaya !!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan menulis biarpun laptop tengah koma dan belum dapat dipastikan puncanya. Special thanks to my roomate atas kesudiannya meminjamkan laptop untuk melakarkan bait-bait ni.. ( meremang bulu roma taip ayat ni.. hehe ).

Kala mengisi peluru habis-habisan untuk paper Bahasa Arab esok hari ( suka sangat study last minit.. hehe ) teringat akan wajah-wajah kesayangan di kampung. Teringat saat bekerja sebagai cashier di kedai ayam segar dahulu semasa menunggu result SPM.

Banyak sangat penindasan terhadap saya dan sepupu pada masa itu tapi kami sabarkan sahaja. Suatu hari tu, saya bercuti sehari sebab menguruskan hal nak sambung study. Maka sepupu sahajalah yang bertugas menjaga kaunter wang pada hari itu. Keesokannya saya pergi bekerja, saya terkejut apabila dikhabarkan duit semalam susut sehingga RM200 ++...

Apa yang lebih mengejutkan apabila saya dan sepupu dituduh berkomplot melesapkan duit sejumlah itu. Bayangkan perasaan saya dan sepupu pada ketika itu.. Dalam pada terkejut + tergamam itu, saya yakin sepupu tidak sekali-kali melakukannya. Ya, kami dianiaya !!

Saya segera menelefon abah yang tengah bekerja dan mengadu perkara tersebut. Abah yang juga terkejut ( mujur abah tiada penyakit jantung ) bergegas tiba. Maka berlakulah ' peperangan ' antara abah dan pengurus kedai tersebut. Sesekali saya menyampuk juga mempertahankan diri. Geram rasanya difitnah sedemikian rupa.. sudahnya, pengurus nekad tidak mahu membayar gaji kami sebagai ganti rugi.

Akhirnya abah yang tidak mahu memanjangkan perbalahan berkata kepada pengurus kedai dengan disaksikan oleh saya, sepupu, penyelia kedai dan beberapa pekerja lain.

" Saya bersumpah jika betul ini perbuatan anak saya dan sepupunya,
mereka tidak akan selamat di dunia dan akhirat.
Tapi jika ini satu penganiayaan kedai ini tidak akan kekal.. "

Tersentak juga saya mendengar kata-kata abah.. jujur saya takut. Selepas berkata-kata sedemikian, abah terus mengajak kami meninggalkan tempat tersebut dengan perasaan marah yang masih membara.

Sejak kejadian itu, saya sekeluarga tidak pernah lagi menjadi pelanggan di kedai tersebut.. fobia rasanya. Kini setelah lebih kurang 2 tahun peristiwa itu berlalu, kedai itu telah tiada. Telah berganti dengan kedai yang lain.. Maksudnya ??
Kedai itu sudah gulung tikar...

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan menerima doa mereka yang teraniaya. Yang jahat tidak selamanya terbela.. Alhamdulillah tuhan tunjukkan kebenaran biarpun kejadian itu telah lama berlalu..
Renung-renungkan..

# Semoga kita lebih berhati-hati sepanjang menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Jadilah ketua yang adil dan bekerjalah dengan penuh jujur dan amanah...


13 April 2010

Terima Kasih Abah...

Bismillahirrahmanirrahim...

Petang itu Ika pulang ke kampus dengan hati dan perasaan yang bercelaru..
ketenangannya diragut mendengar berita yang disampaikan oleh guru memandunya tadi.
Memang selama ini, berita itulah yang ditunggu-tunggu olehnya. Tapi hari ini semua itu seakan tidak bererti padanya.

Sesi pembelajarannya hampir tamat namun dia harus melangsaikan baki bayaran memandu sebanyak RM400 sebelum menduduki ujian memandu. Ika begitu runsing, di mana harus dicari duit sebanyak itu. Biasiswanya untuk semester ini belum masuk lagi, haruskah dia meminta pertolongan sesiapa sedangkan semasa mendaftarkan diri di akademi memandu itu dulu Ika nekad untuk menggunakan duitnya sendiri.

Sudahnya, petang itu Ika menangis semahu-mahunya di dada teddy bearnya..
Sedih sekali rasanya saat itu, impiannya hampir tercapai namun mendapat halangan.
Hampir sahaja Ika mengambil keputusan untuk menangguhkan pelajarannya di akademi itu namun bila difikirkan semula rugi pula. Hanya tinggal selangkah sahaja lagi sebelum impiannya tercapai. Kepalanya mula ligat mencari jalan penyelesaian.

Akhirnya handphone di hujung katil dicapai, jari-jemari mula menari manaip mesej buat abah di kampung. Namun sekerat jalan hasratnya dibatalkan. Ika terus mendail nombor abah.
" Assalamualaikum abah.. " sapa Ika saat talian di hujung bersambut. Setelah saling bertanya khabar dan berbual mesra Ika menyuarakan hasratnya dengan teragak-agak. " Bah, Ika dah nak habis belajar memandu, dah nak ambil test ni. Tapi....... ". " Tapi apa.. tak ada duit nak bayar ya..". Bijak sekali abah meneka apa yang bermain di hati anak daranya itu. Ika sedaya upaya cuba menahan rasa sebak di dada. Bukan dia tidak tahu keadaan keluarganya yang sederhana sahaja, tambahan pula adik-adiknya semua masih bersekolah. " Abah cuba tolong, nanti abah telefon Ika semula ya ". Abah memberi jaminan setelah Ika memberitahu jumlah yang diperlukan.

Tidak lama selepas itu abah menelefon Ika semula memberitahu akan memasukkan jumlah wang yang Ika perlukan keesokannya. Ika yang merasa amat terharu menangis sepuasnya..
Dalam hati Ika berjanji wang itu hanya pinjaman, dia nekad hendak membayar semula duit abah setelah biasiswanya masuk kelak.

Hari yang ditunggu tiba, dalam debar Ika tidak putus-putus berdoa semoga dia lulus dalam ujian ini. Semoga berkat duit abah yang dipinjamnya.. Namun sekali lagi Ika kecewa apabila dia gagal dalam ujian tersebut. Ika nekad hendak mengulangnya semula. Sekali lagi kepada abah Ika mengadu. Abah berjanji membantu Ika mengambil ujian JPJ tersebut di daerahnya sahaja.
Dalam hati Ika terharu.. abah malahan memberi semangat dan galakan kepadanya.

Begitulah ayah dan ibu.. tidak pernah sekali-kali membiarkan anak-anaknya berduka dan sentiasa berusaha memberi yang terbaik buat anak-anak. Namun bagaimana kita sebagai anak, telah laksanakah tanggungjawab kita sebagai anak..Adakala kita tanpa sedar melukai hati mereka. Nauzubillah.... semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah.


Dua ibu bapa tak boleh derhaka,

Besar jasanya kepada kita,
Kalau menderhaka bahaya menimpa,
Di akhirat kita masuk neraka...


" Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku,
dosa kedua ibu bapaku,
rahmatilah mereka sepertimana mereka
memeliharaku sejak kecil ".

# Sayang abah & mak sangat-sangat, semoga diberi ketenangan dan kesihatan yang baik. InsyaAllah..


08 April 2010

~ Trip To Kelate ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Im back.. hehe. Rehat yang agak lama dan kembalinya saya menulis blog dengan cerita tentang trip ke Kelantan baru-baru ini. Sebelum itu laptop telah masuk ke wad icu atas sindrom yang tidak dapat dielakkan.. hehe. Alhamdulilah kini telah sihat walafiat..

Saya bersama-sama rakan course yang lain telah ke Kelantan bukan untuk enjoy tau.. tapi atas tuntutan study. Menimba ilmu dan semestinya kena buat report tentangnya.. Teruja juga ke sana kerana ni adalah kali pertama menjejak kaki ke Kota Bharu.. So excited.. hehe.








Tempat pertama yang kami kunjungi adalah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan..
Unik sungguh tempatnya kerana bangunannya yang bercirikan Thailand. Kami dibawa melawat ke sekitar tempat oleh pengawal yang bertugas. Terima kasih yang amat buat En. Nasruddin atas kerjasamanya. Apatah lagi orangnya amat peramah dan mesra.. teringat akan pesanannya kepada kami semua semasa berada di dewan persidangan,
' Esok kalau kamu semua jadi pegawai jangan jadi orang yang sombong
' . Agak terkesan di hati saya mendengar kata-katanya.. dalam hati saya segera berkata InsyaAllah...

Beliau juga sempat berpesan, ' Kalau letak agama di hadapan, dunia akan follow. Tapi kalau letak dunia di hadapan, agama akan jauh ketinggalan.. ' .







masing-masing tengah sibuk nak ' bersidang '.. hehe.



unik kan reka bentuk Pejabatnya...



Kenangan sebelum meninggalkan pejabat SUK..


Seterusnya kami telah melawat ke Jabatan Hal Ehwal Negeri Kelantan ( JAHEIK ).. apa yang dapat saya katakan saat melangkah kaki masuk ke pejabatnya ialah ' so nice and cute '.. hehe.
Suasananya seperti tadika.. ( ni bukan kutukan tau !! ). Hiasan dalam pejabat sangat menyenangkan, kreatif sungguh staf-staf JAHEIK. Terasa keinginan untuk bekerja membuak-buak melihatkan persekitaran pejabat yang amat selesa..

Selain itu, pentadbiran JAHEIK telah dibahagikan mengikut 4 zon iaitu Zon Abu Bakar, Zon Umar Al-Khattab, Zon Khalid Al-Walid dan Zon Sumayyah. Kagum ahli rombongan dibuatnya..

Staf-staf JAHEIK juga ramah mesra belaka.. memberi kerjasama yang amat diperlukan. Terima kasih kepada mereka juga kerana sempat menyediakan jamuan ringan untuk kami semua pada petang itu.. gendang gendut tali kecapi, sambunglah sendiri.. hehe.





Selepas Asar kami semua bertolak meninggalkan Negeri Kelantan.. InsyaAllah teringin nak berkunjung lagi di lain hari.. sedih juga hasrat nak ke Pangkalan Kubor tak kesampaian..









Wajah-wajah ceria + letih..



pemandangan menarik dalam perjalanan..


# Report untuk dihantar tak siap lagi tapi report dalam blog awal lagi dah update.. hehe.


29 March 2010

Yang Tua Dibaja Yang Muda Diracun..

Bismillahirrahmanirrahim...

Mungkin agak pelik sedikit tajuk entri kali ini tapi itulah hakikatnya yang kita lihat pada hari ini samada kita sedar atau tidak, beri perhatian atau tidak.
Syukran atas tutorial ust Wan yang memberikan saya idea tentang entri kali ini..

Ramai antara kita melihat situasi pada hari ini tapi sejauh mana kita sedar bahawa golongan muda, remaja terutamanya sedang diracun.. manakala golongan tua pula dibaja seeloknya. Macam tumbuhan pula.. hehe.
Seolah-olah menjadi fenomena pada hari ini masjid atau surau-surau menjadi rumah kedua bagi golongan tua. Golongan muda pula berada di clubbing dan sebagainya.

Tempat-tempat yang tidak elok itu menjadi pusat racun golongan muda.. Nauzubillah.
Semoga kita sedar dan tidak diracun sama..
Jika kita lihat di masjid atau surau, hanya beberapa orang sahaja golongan muda yang memenuhi ruang. Namun kita tidak boleh menyalahkan mereka 100%..
Jika sekiranya pengurusan surau dikongsi bersama golongan muda, sudah tentu sedikit sebanyak dapat beri galakan dan peluang kepada mereka memajukan diri.
Namun apa yang kita lihat organisasi surau dimonopoli oleh golongan veteran..
Apa salahnya beri peluang kepada insan-insan yang bakal memimpin umat pada akan datang..
Manalah tau kan ada pula yang memiliki bakat terpendam selama ini.. hehe.

Semoga konsep yang tua dibaja dan yang muda diracun bakal berubah kelak menjadi tua dan muda yang sentiasa dibaja.. InsyaAllah.
Bersama-sama lah kita meninsafi diri jika tergolong dalam golongan yang diracun..
Renung-renungkan...


25 March 2010

Tips Menjadi Wanita Paling Berbahagia..

Bismillahirrahmanirrahim...


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan khusyuk


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang menutup aurat dan mempunyai rasa malu, yang berwibawa dan memiliki sikap teguh


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang terpelajar, terdidik, serta selalu menelaah dengan penuh kesedaran dan selalu dituntun oleh petunjuk


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang memenuhi janji dan memegang amanah, yang jujur dan mempercayai kebenaran


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang bersabar, bertaubat dan hanya tunduk serta berharap kepada ALLAH


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang selalu berzikir, bersyukur dan berdakwah dengan giat dan cekal


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang meneladani Asiah (isteri Firaun ), Maryam dan Khadijah


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang mendidik anak-anaknya dan mencetak generasi sejati


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang memelihara nilai-nilai kesucian dan menjaga keteladanan Nabi-Nya


SELAMAT DATANG..
Saudariku yang merasa terusik terhadap pelanggaran ketentuan yang diagungkan dan dihormati serta menjauhkan diri dari perkara-perkara haram

~ Penulis : Dr. Aidh Bin Abdullah Al- Qarni, M.A ~


# Sekadar perkongsian buat sekalian kaum Hawa.. semoga kita mengambil manfaat daripadanya. Bersama ke arah pembentukan khairunnisa.. InsyaAllah.


20 March 2010

Gementar Namun....InsyaAllah

Bismillahhirrahmanirrahim...

Semakin hari semakin sibuk.. itulah yang saya rasakan tika ini.
Mohon maaf buat insan-insan di sekeliling yang merasa tempiasnya..
Bukan tidak letih namun segalanya harus disettlekan kerana ianya adalah tanggungjawab buat diri ini..
Setiap hari saya mohon semoga ada hikmah yang tidak terhingga di sebalik semua ini.. insyaAllah.
Turut memohon semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Tidak sabar rasanya untuk menamatkan segala komitmen dengan penuh kecemerlangan lantas menumpukan perhatian pada final exam tidak lama lagi..
Dalam kelam kabut mengulangkaji pelajaran tempoh hari..
terasa sebentar saat terbaca seperenggan ayat nukilan Yusuf al-Qaradhawi..


" Seringkali manusia tidak mampu mencapai matlamat-matlamat
besar dalam kehidupannya secara serta-merta
meskipun dia bersemangat untuk mencapainya.
Tetapi dia boleh mencapai matlamat-matlamat besar tersebut
jika dia melakukannya sedikit demi sedikit
dengan mengambil kira kekuatan diri serta kadar
potensi yang dimilikinya.
Usaha seperti ini tidak sekali-kali bercanggah dengan
syariah, tradisi atau akal sihat.
Bukankah para cendekiawan telah berkata :
jika sesuatu tidak dapat dicapai secara keseluruhan,
tidak semestinya kita meninggalkannya secara keseluruhan.. "


Saat keletihan lalu berperang dengan test yang bakal dilalui saya seolah-olah mendapat semangat setelah membaca ayat-ayat di atas..
besar maknanya buat mereka yang memahami..
Namun dalam hati tidak lepas dari kerisauan seandainya apa yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran..nauzubillahiminzalik....
InsyaAllah segala kepayahan ini mengajar erti ketabahan dan merupakan tutor yang baik untuk berusaha tanpa jemu..
April ini penamat kepada segala kepayahan saya selama ini..
3 perkara penting yang bakal saya lalui..
Jujur saya amat gementar... namun insyaAllah.

Buat teman-teman yang amat memahami terima kasih untuk segalanya..
Buat abang Asrul.. special thanks to you kerana amat memahami diri ini..
Sering beri nasihat yang berguna dan sentiasa berada di sisi saat susah dan senang..
Paling tak dapat dilupakan sokongan sambil pakai pakaian khas....hehe.
Sayang kamu sangat-sangat.........


16 March 2010

Walimatul Urus...

Bismillahirrahmanirrahim...

Merisik sudah bertunang pun sudah,
Tanda ikatan bakal termeterai,
Tiba hari akad dan nikah,

Meraikan bersama pasangan mempelai..

Alhamdulilah.. selesai majlis walimah yang diadakan di rumah mak da
n ayah pada 13 mac lalu..
Majlis yang meriah, sesuai dalam meraikan 3 pasangan pengantin iaitu mak s
audara dan 2 orang anak saudara..
Semoga pasangan-pasangan pengantin baru dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah..
Jom lihat gambar-gambar sekitar majlis..


Pelamin yang indah buat 3 pasangan..




Pasangan mempelai makan beradab..








Ala-ala cinderella gitu..















Antara menu pada hari tersebut..



kami lah anak-anak agkat ayah dan mak..


Semoga ikatan yang telah terbina kekal ke akhirnya ...
Selamat Pengantin Baru...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...