Ala-ala jiwang pula tajuk entri ini. Hati sedang bersedih saat ini sebenarnya kerana baru sahaja dilukai oleh seorang teman rapat. Teman serumah sewa, teman study, teman tidur bersama, teman makan bersama.. dan segalanyalah yang selayaknya dilakukan bersama teman..
Teringat saat mengadu pada emak semalam, bukan main risau lagi mereka akan anak gadis mereka seorang ini. Kasihan mak dan abah, risau sampai nak ambil saya pulang ke rumah.. tidak ada apa-apalah mak abah.. semua boleh dikawal. Yakini saya kepada mereka.
Memang hati sedang berduka, namun seboleh mungkin saya mahu segera melupakan. Ya.. ini dugaan tuhan. Dugaan Ya Rabb dalam menguji keimanan hambanya. Sabar wahai hati.. Pasti ada hikmah di sebaliknya. InsyaAllah....

Semoga hati ini terus tabah dan diberikan kesabaran yang tinggi.. Tidak sanggup rasanya berterusan berada dalam alam seperti ini. Terasa diri seolah-olah bukan diri sendiri.. bagaikan jasad lain yang masuk ke badan saat terus berperasaan begini. Semoga kita mendapat keredhaan dan keampunannya.. amin.
