Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah rasa seronok berada dalam alam pekerjaan walaupun agak letih..
Rasanya letih belajar lagi menyeronokkan.. hehe.
Apatah lagi dapat berdamping dengan kes-kes mahkamah, rasa seronok dan teruja..
Bercerita tentang kerja, teringat pertemuan kali kedua dengan 'seseorang' semalam.
Pertemuan singkat yang agak menggeramkan juga namun saya sabarkan sahaja.
Teringat beberapa hari yang lalu semasa singgah membeli lauk di sebuah cafe, saya telah bertemu dengan bekas senior semasa di sekolah menengah dahulu. Tidak sangka pula cafe itu dimiliki oleh keluarga akak senior itu.. betapa saya merindui zaman sekolah dulu-dulu.. dalam pertemuan kali pertama itu, saya sekadar menyapa ringan sambil bertukar senyum memandangkan dia sendiri sibuk melayani pelanggannya.
Semalam setelah habis waktu pejabat, saya bersama sahabat-sahabat singgah membeli barang keperluan. Takdir menemukan saya sekali lagi dengan akak senior tersebut.. Saya tetap menegurnya seperti biasa. Tidak elok rasanya membiarkan orang menganggap saya sombong nanti.' Beli barang kak? '
' A'ah.. beli barang untuk cafe ni. Kamu kat mana sekarang ni? '
' Saya tengah praktikal sekarang kak, kat atas je kat JHEAINS. '
' Oo... patutlah labuh semacam je tudung.. '
Selepas berbual ringkas saya segera meminta diri.. teringat-ingat kata-kata akak tersebut. Rasa sedih, geram semua bercampur-campur. Sedemikian rupa anggapan terhadap yang bertudung labuh. Setiap perbuatan itu hendaklah disertai niat.. Jika niat kita bertudung labuh kerana sesuatu, hasilnya tidak akan ke mana. Betapa menyedihkan sekali keadaan kita pada hari ini. Dalam hati saya berkata betapa berat tanggungjawab sebagai insan yang belajar ilmu agama lebih-lebih lagi yang bertudung labuh.
Semoga mentaliti umat Islam pada hari ini tidak tertumpu kepada suatu perkara sahaja. Jika begitulah anggapan umat Islam sendiri entah bagaimana pulalah anggapan mereka yang tidak beragama Islam. Bersama-samalah kita membetulkan yang biasa dan membiasakan perkara yang betul. Semoga kita menjadi hamba yang diredhai, lebih-lebih lagi muslimah yang sejati.
' Wanita hiasan dunia.. seindah hiasan adalah wanita solehah....'
Renung-renungkanlah....
Bismillahirrahmanirrahim...Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru expecially guru-guruku sejak dari tadika sampai la universiti.. tidak dilupakan abah dan mak selaku guru yang bertanggungjawab mendidik kami adik beradik sejak dari lahir..Bercerita tentang guru ni teringat pula zaman sekolah saya dulu yang penuh kenakalan tapi saya tetap sopan tau.. nakal-nakal manja je la.. hehe.Buat cikgu Azimah: ~ Saya mohon maaf sebab pernah membohongi cikgu.. :( " Masa itu saya dalam tingkatan 2, dah habis exam jadi cuma menunggu hari cuti sahajalah.. terdorong melihat ramai senior yang turun lambat ke kelas, malah ada juga yang escape terus saya pun turut serta. Hari pertama nasib saya agak baik kerana terlepas namun pada hari kedua sedang saya tidur di bilik asrama tiba-tiba ramai warden buat spotcheck. Cikgu Azimah: Farhana, bangun.. kenapa kamu tak turun ke kelas ni?Saya: Hm..sakit pening kepala la cikgu.. (buat muka sakit)Cikgu Azimah: Kamu demam ke..(sambil meraba dahi saya). Tak panas pun dahi kamu ni.Saya: Rasa panas kat dalam cikgu.. (buat muka kesian, hehe)Cikgu Azimah: Kamu tak boleh rehat kat asrama macam ni, bilik sakit kan ada kat bangunan sekolah. Nanti jadi apa-apa macam mana, siapa nak tanggungjawab. Sekarang ni kamu bangun bersiap, rehat di bilik sakit. Betapa saya berdosa menipu seorang guru demi mahu menyelamatkan diri.. jangan contohi saya tau. Tapi itu dulu, zaman muda-muda. Sekarang tak lagi tau..Buat Cikgu Masran:~ Kisah ini semasa saya di tingkatan 4.. maafkan segala kenakalan anak didikmu ini cikgu. "Seperti hari-hari sebelumnya, asrama wajib dikosongkan seawal pukul5 pagi. Mana yang boleh solat pergi ke masjid dan mana yang tidak boleh, duduk di kelas mengulangkaji. Pagi itu hari sabtu, kebetulan saya tidak boleh......... maka kenyenyakan tidur saya agak luar biasa sedikit.. hehe. Ketika sahabat-sahabat sibuk bersiap hendak ke masjid dan ke kelas, saya masih di tempat tidur. Tiba-tiba saya terasa dibaling dengan sebiji bantal yang agak keras jugalah. Saya tersedar dan melihat ketua bilik saya yang juga senior saya di katil sebelah. Rupa-rupanya kami sama-sama terlajak tidur.. dia memberitahu saya terdengar suara warden buat rondaan. Apalagi kami sama-sama mencari tempat persembunyian. Masing-masing memilih bawah katil sebagai tempat sesuai.(Cikgu Masran diiringi 2 orang pelajar perempuan masuk ke bilik)..Cikgu Masran: Naimah, rasanya kita ada mangsa di bawah katil. Cuba kamu tengok siapa.. (kebetulan Naimah adalah sahabatku..ish, malunya....)Naimah: (Tunduk melihat si mangsa).. Farhana dan Samisah, cikgu.Cikgu Masran: Haa..kamu buat apa di bawah tu Farhana? (kebetulan cikgu Masran adalah guru math saya, sebab tu dia cuma sebut nama saya..)Saya: Er..er.. saya sakit kepala cikgu.Cikgu Masran: Sakit kepala di bawah katil Farhana?Farhana: Er..er.. (tak terjawab saya dibuatnya.. hehe) Pada malam itu, cikgu Masran mengumumkan di hadapan semua pelajar tentang kesalahan saya dan ketua bilik pada pagi itu. Sungguh malu saya dibuatnya.. Namun saya terima itu sebagai pengajaran buat diri saya.. hehe.Buat guru-guru saya sekalian, jasa kalian dikenang sampai bila-bila. Tidak terlepas saya mendoakan kalian di akhir doa setiap solat.. semoga terus menjadi pendidik yang berwibawa dan bertanggungjawab. Dah tua-tua ni teringin pula kembali ke zaman dulu.. rindu sangat.InsyaAllah jika diizinkan, teringin juga bergelar pendidik suatu hari nanti..amin ya Allah.Pengajaran buat kisah yang saya kongsikan bersama itu, tidak salah nakal tapi biar berpada. Jangan sesekali menyakiti hati seorang guru kerana kita pada hari ini adalah hasil redha mereka. Hormati mereka sepertimana kita menghormati kedua ibu bapa.Renung-renungkanlah..
Bismillahirrahmanirrahim...
Waa.. agak lama tidak bertandang @ jenguk Sangkar Mustika ni..
Alhamdulillah telah selamat kembali ke tanah di bawah bayu..
Sedar tak sedar esok bermula latihan praktikal selama 2 bulan..
Laptop..hm, still koma. Semoga cepat sembuh wahai laptopku.. hehe.
Sebenarnya ini hanya sekadar coretan ringan untuk memeriahkan Sangkar Mustika,
kira update juga la kan.. hehe.
Tidak terjangka pula untuk singgah di cybercafe ini tadi.
Kebetulan diajak oleh seorang sahabat, bagaikan oarng disorongkan bantal la lagaknya.. hehe.
Agak sedih juga sebenarnya tinggal berjauhan dengan walidain tersayang..
namun apakan daya..
setelah hampir 5 bulan tidak bertemu mereka, kini terpaksa berjauhan sekali lagi
kerana harus tinggal menyewa bersama sahabat-sahabat selama cuti 2 bulan ini.
InsyaAllah kelapangan yang ada pada hujung minggu akan digunakan sewajarnya untuk bersama mereka kelak..
Buat mak tercinta, Selamat Hari Ibu..
Tidak dilupakan juga mak angkat dan mak mertua tersayang.. hehe.
Semoga terus beroleh rahmat dan keberkatan atas segala jasa-jasa kalian menguruskan keluarga.
Menyentuh perihal mak, teringat saat berada di kampung walaupun cuma beberapa hari.
Mak melayan saya bagaikan anak kecil..memanjai saya sungguh-sungguh.
Apa tidaknya, adik-adik yang lain berada di rumah.
Maka jadilah saya si anak sulung bagaikan anak bongsu di rumah.. hehe.
Sehari sebelum saya berhijrah ke rumah sewa, mak membantu mengemas pakaian-pakaian yang hendak saya bawa.
Tidak dilupakan keperihatinannya menyediakan segala pinggan mangkuk untuk saya bawa bersama..
Rindu sungguh padamu mak saat ini..
Luv you mum..
Buat ibu-ibu yang lain dan juga bakal ibu ( agak-agak saya termasuk tak.. hehe ),
Selamat Hari Ibu..
Jasamu dikenang sehingga ke akhirnya..
Ibu..ibu..
Engkaulah ratu hatiku..
Bila ku berduka..
Engkau hiburkan selalu..
# Maafkan segala kesalahan anakmu yang comel ini mak.. ( sempat lagi berperasaan.. hehe )
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis..
Rindu amat dengan Sangkar Mustika ni..
Laptop still koma, dan dalam proses mendapat rawatan..
Tidak sabar menunggu hari esok.. last paper for this sem..yeah!
Then boleh balik kampung yang sudah lama ditinggalkan.. so excited!!
Sebenarnya hati masih berperang dengan apa yang baru saja berlaku beberapa jam yang lalu..
Sedang study, seorang sahabat yang agak tidak rapat datang menemui saya di bilik.
Agak terkejut juga pada mulanya kerana tidak pernah sahabat ini mencari saya kalau bukan kerana sesuatu. Apatah lagi masuknya dia terus mengunci pintu namun saya sembunyikan keterkejutan itu di dalam hati. Lalu dengan selambanya dia berkata tidak sengaja terkunci sedangkan saya tahu dia sengaja..
Biarpun merasa amat pelik + melihat wajahnya yang keruh, saya sabar menanti butir bicaranya.
Dia menceritakan masalahnya yang bermula setelah menghantar seorang sahabat yang demam ke klinik pada malam tadi dengan menyewa kereta. Namun kerana lewat menghantar kereta tersebut, dia terpaksa menghantarnya pagi tadi dan sewa dikira separuh hari. Oleh kerana membayar sewa tersebut menyebabkan duit belanjanya telah habis.
Saya mula faham tujuan kedatangannya ketika itu.. dia mahu meminjam duit saya.
Saya mula diserang serba salah.. tahu wajib saya membantunya ketika itu tapi saya tidak yakin dengan sahabat itu. Saya banyak mendengar cerita tentangnya dalam hal pinjam-meminjam.
Lalu dengan begitu payah saya memohon maaf kepadanya mengatakan tidak dapat membantunya.. Bukan tidak sudi tapi saya tidak mahu menjadi mangsa yang entah ke berapa.
Saya yakin, jika saya tidak dapat membantunya ada lagi yang boleh menbantunya. Memang bunyinya kedengaran agak kejam sedikit tapi saya tidak mahu terlalu berlembut hati dengan orang sedemikian.
Semoga niat saya berada di landasan yang betul walaupun saya akui perasaan ini sedikit tidak tenang kerana bersikap sedemikian. Semoga sahabat itu memaafkan saya atas sedikit kekejaman yang telah saya lakukan. Bukan saja-saja berbuat begitu, tapi saya terpaksa. Bukan sekali saya mendengar dari sahabat-sahabat lain tentangnya. Apatah lagi esok ramai yang sudah mula pulang ke kampung. Sedikit sebanyak timbul curiga di hati memikirkan tujuannya meminjam duit tersebut. Renung-renungkanlah....
Sahabat...Maafkan temanmu ini.