Bismillahirrahmanirrahim...
Pertamanya alhamdulillah kerana Mesyuarat Agung Cawangan PSSCM CT telah berlangsung dengan jayanya semalam.. terasa lega sedikit kerana beban yang digalas sudah berkurang.. itu bunyinya adalah suka kan. InsyaAllah cerita-cerita dan gambar-gambar di sebalik tabir akan menyusul kemudian.. cuma masa yang tidak dapat ditentukan lagi bila.
Apa yang mendukakan adalah kisah yang terjadi sebelum majlis tersebut. Saya bersama beberapa teman pergi ke bandar dengan menaiki kereta sewa untuk menghantar kak B bertemu suaminya di bandar.. hehe. Namun entah macam mana selepas isi minyak, tayar belakang kereta terlanggar divider pam minyak.. budget dah lepas tapi rupanya tidak.. wawawa. Akibatnya tercabut penutup rim tayar dan pecah sedikit. Nak pasang semula pun sudah tidak dapat.. sabar-sabar.
Selepas pulangkan kereta dan terangkan kepada tuan punya kereta + minta maaf dan sanggup tanggung kerugian, dalam hati sudah berkira-kira budget yang bakal dikeluarkan.. oh, tidak! Selama ini tidak pernah lagi langgar divider tapi ianya terjadi hari ini. Sesungguhnya Allah sedang menguji. Namun Kedukaan itu akhirnya bertukar gembira apabila tuan punya kereta mesej dan beritahu penutup tersebut dapat dipasang semula.. alhamdulillah, syukur lillahi taala.
Sekali lagi saya diuji.. petang sebelum majlis bermula, dek kerana lapar yang amat saya bersama ema beli roti untuk alas perut. Sekembali ke dewan majlis, saya baru tersedar duit baki membeli roti itu tidak ada. Puas saya dan ema menyelongkar dompet dan beg-beg plastik di tangan tapi tiada.. walaupun jumlahnya tidak banyak mana tapi sangat berharga. Sah, saya terlupa ambil duit baki dari cashier.. pelik tapi benar kan. Ini memang ujian buat saya.. pengajarannya di sini, lain kali jangan lupa ambil baki duit. Kalau baki sedikit boleh tahan lagi, tapi kalau banyak?? hehe..
Tanggal ini juga saya menang GA kak mia.. alhamdulillah. Syukran jazilan kak mia:) kerana itulah saya merasakan 25hb Mac saya yang telah berlalu semalam penuh dengan suka duka.. itu tak masuk lagi lelah menjayakan majlis tersebut tapi alah bisa tegal biasa.. itu lumrah kan. Bersabarlah kita di atas segala ujian. Innallaha ma'as sobirin..
26 March 2011
23 March 2011
~SEGMEN Kenangan Sekolah Menengah~
Bismillahirrahmanirrahim...
Mula-mula mood adalah khas buat tesis yang tersayang tapi entah macam mana bila lihat line internet baik, terus cepat-cepat taip penutup tesis untuk malam ini dan blogwalking.. padahal siang tadi sudah share masa yang panjang untuk online.. hehe.
Jalan-jalan lihat pemandangan di 'rumah' blogger lain tiba-tiba terserempak pula dengan segmen ni. Sangat menarik dan saya pun join:).. serius saya sangat rindukan zaman persekolahan saya yang penuh suka duka itu.. lalala.

Moral: jangan abaikan subjek sejarah + geografi..
Alhamdulillah selesai.. sungguh saya amat rindukan zaman persekolahan. Zaman membesar dengan makanan dewan makan juga didikan warden dan guru selama 7 tahun.. lama kan:) InsyaAllah ingin sangat menjadi pendidik dan mendidik pelajar-pelajar yang nakal seperti saya dolu-dolu.. lalalala.
Mula-mula mood adalah khas buat tesis yang tersayang tapi entah macam mana bila lihat line internet baik, terus cepat-cepat taip penutup tesis untuk malam ini dan blogwalking.. padahal siang tadi sudah share masa yang panjang untuk online.. hehe.
Jalan-jalan lihat pemandangan di 'rumah' blogger lain tiba-tiba terserempak pula dengan segmen ni. Sangat menarik dan saya pun join:).. serius saya sangat rindukan zaman persekolahan saya yang penuh suka duka itu.. lalala.

- Subjek yang paling korang suka?
- Subjek yang paling korang tak suka?
Moral: jangan abaikan subjek sejarah + geografi..
- Cikgu kesayangan korang? Kenapa korang sayang dia?
- Apa kenangan yang paling korang tak boleh lupakan masa zaman sekolah dulu..?
- Apa nasihat korang pada budak2 sekolah zaman sekarang ni...?
Alhamdulillah selesai.. sungguh saya amat rindukan zaman persekolahan. Zaman membesar dengan makanan dewan makan juga didikan warden dan guru selama 7 tahun.. lama kan:) InsyaAllah ingin sangat menjadi pendidik dan mendidik pelajar-pelajar yang nakal seperti saya dolu-dolu.. lalalala.
18 March 2011
Tahniah Barisan MT & Exco PSSCM UniSZA!
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah sudah selesai AGM PSSCM UniSZA.. ahli lama juga sudah berganti dengan ahli yang baru. Terasa sangat lega kerana telah melepaskan tanggungjawab kepada yang berkelayakan. Terasa kurang sedikit beban yang digalas.. alhamdulillah. Tahniah kepada barisan Majlis Tertinggi yang telah menang undian juga kepada exco-exco yang telah dipilih sebulat suara..

Ahli-ahli PSSCM..
Alhamdulillah sudah selesai AGM PSSCM UniSZA.. ahli lama juga sudah berganti dengan ahli yang baru. Terasa sangat lega kerana telah melepaskan tanggungjawab kepada yang berkelayakan. Terasa kurang sedikit beban yang digalas.. alhamdulillah. Tahniah kepada barisan Majlis Tertinggi yang telah menang undian juga kepada exco-exco yang telah dipilih sebulat suara..
Ahli-ahli PSSCM..
Selamat menjalankan tugas semua yang telah dilantik dan syukran kepada mantan-mantan ahli yang telah menjalankan tugas dengan jaya.. Allah SWT berfirman, maksudnya:
" Bahawasanya mereka yang memberi bai'ah kepada kamu, sesungguhnya mereka memberi bai'ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Maka barangsiapa yang melanggar (bai'ah), sesungguhnya (akibat) melanggar bai'ah akan menimpa dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang menunaikan apa yang dia janjikan kepada Allah, maka Dia akan memberinya ganjaran yang besar."
(Surah al-fath: 10)
(Surah al-fath: 10)
Labels:
Student Life
17 March 2011
Teman Saya Muallaf??
Pertama kali bertemu dan berkenalan dengan sahabat saya, saya rasa sangat pelik sebab namanya begitu unik.. Celenrence Binti bandari. Apa yang anda akan fikir mengenai namanya itu? Dia seorang muslimah dan bertudung labuh menutup dada.. tapi kenapa pelik semacam namanya tu kan?
Risik punya risik rupanya muallaf.. tapi kasihan juga sebab bibi (panggilan manja) tidak dapat tukar namanya itu di JPN. Saya tidak pasti di mana silapnya sebab menurut bibi adik-beradiknya yang lain boleh menukar nama Islam mereka di dalam kad pengenalan. Akibatnya bibi masih menggunakan nama kristiannya sehingga kini untuk pelbagai urusan..
Sebetulnya sebelum ini mereka sekeluarga adalah penganut agama kristian.. tapi semasa dia berumur 9 tahun, mereka berjaya memeluk agama Islam. Berkat ajakan dari pakcik katanya. Boleh dikatakan pada waktu itu keluarga bibi antara yang terawal masuk Islam, keluarganya yang lain masih juga dengan agama asal. Bahkan apabila tiba hari raya aidilfitri, mereka sambut sesama mereka sahaja. Tidak ada ziarah ke rumah lain sebab perbezaan agama itu. Malahan katanya, dia berpengalaman masuk ke gereja dan mengikuti majlis yang diadakan di dalamnya ketika masih kristian.
Tapi kini, apabila tiba hari raya bibi kata orang-orang kampungnya yang beragama kristian akan datang ke rumah mereka pula. Elok juga macam tu kan, erat silaturrahim. Sehingga kini, bibi sudah berusia 23 tahun alhamdulillah menjadi seorang muslimah yang baik dan berjaya melanjutkan pengajian dan menempatkan diri di Fakulti Kontemporari Islam UniSZA.
Okey, itu kisah teman saya bibi. Ini pula kisah teman saya si suel.. hehe. Ndapa bah kan suel aku tulis kisah kau sikit sini..:)...
Tapi suel saya bukan muallaf.. jangan silap faham pula. Yang muallaf adalah mak dan ayahnya.. menurut suel, sebelum berkahwin ayah dan maknya adalah beragama kristian. Tapi apabila mahu berkahwin, mereka sama-sama memeluk agama Islam dan hasilnya adik-beradik suel semua adalah Islam. Unik kan, biasa salah seorang sahaja yang memeluk Islam tapi yang ini kedua-duanya.
Namun bukan itu isunya.. semasa ke majlis perkahwinan kakaknya tempoh hari bersama Ustaz Aziz (penyelia LI), ustaz menyuarakan kekagumannya. Beliau kata, 'bagus kan, mak dan ayahnya asal dari agama lain tapi berjaya didik anak belajar dalam bidang agama sehingga bakal menjadi ustazah. Sedangkan yang lahir dari ibu bapa muslim, belum tentu anaknya menjadi begitu'.. (suel, ini harus jadi sumber inspirasimu.. hehe). Sabda Rasulullah SAW:
كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. kedua ibu bapanyalah yang membuatnya menjadi yahudi, nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Memang betul apa yang ustaz katakan.. kalau kita lihat, golongan muallaf ini kadang lebih 'muslim' berbanding yang memang muslim. Di mana silap kita? Malah lebih menyedihkan apabila orang Islam sendiri ada yang tidak solat dan tidak tahu membaca al-Quran.. astaghfirullah al- azim. Berdasarkan kisah ini dan kisah-kisah sekeliling kita, bersamalah kita ambil iktibar dan berusaha membaiki diri. Aggaplah ini sebagai cabaran buat kita. Kita semua adalah da'ie kan, insyaAllah.
Apa pun, saya datangkan kisah teman-teman saya bukan untuk mengaibkan mereka atau dengan niat buruk. Tapi untuk dijadikan pengajaran.. tidak seronok rasanya kalau sekadar cerita yang direka-reka. Syukran jazilan kepada bibi sebab izinkan kisahnya saya kongsikan walaupun sedikit cuma.. :)
Entri ini adalah penyertaan saya untuk Contest Nukilan Seorang Teman. Sambil menyertai contest, masih boleh berdakwah kan. Alhamdulillah ini adalah contest yang baik. Sesiapa yang ingin join boleh klik sini.
Contest Nukilan Seorang Teman ini telah mendapat tajaan daripada Maratussolehah Muslim House, MyChocs4u, NisaChoc, Awan Pagi, Azwa Saini, dan Busana Impian Muslimah.
Labels:
Giveaway / Contest
~Kenduri Rumah Nisa~
Bismillahirrahmanirrahim...
Khamis yang lalu, saya bersama teman-teman muslimat telah pergi ke rumah mak saudara Nisa.. sempena mak Nisa nak pergi umrah. Ada majlis bacaan yassin dan semestinya ada jamuan.. hehe. Tak mahu cerita banyak.. jom tengok di bawah ni.
Ready to go..
Control okey..:)
Khamis yang lalu, saya bersama teman-teman muslimat telah pergi ke rumah mak saudara Nisa.. sempena mak Nisa nak pergi umrah. Ada majlis bacaan yassin dan semestinya ada jamuan.. hehe. Tak mahu cerita banyak.. jom tengok di bawah ni.
Ready to go..
Control okey..:)
Yang ini.. no komen, hehe.
Like:)
Buat mak Nisa.. selamat mengerjakan umrah. Semoga selamat pergi dan kembali. Buat Nisa, syukran jazilan sebab jemput kami semua.. lain kali jemputlah lagi:)
Labels:
Jalan-jalan
15 March 2011
~Kembara Utara Yang Lalu~
Bismillahirrahmanirrahim...
Kembara ini sudah pun berlalu.. tapi rasanya macam tidak enak pula tidak dimasukkan dalam Sangkar Mustika.. hehe. Percutian yang sangat seronok sebab saya dapat meluangkan masa bersama dua orang sahabat lama sejak sekolah menengah lagi dan dapat bertemu dengan cikgu Maizun (cikgu masa tingkatan 6).. terasa semakin eratnya ukhuwah sepanjang berada di sana bersama mereka, alhamdulillah.
Tak hairanlah dalam gambar-gambar itu kebanyakannnya asyk orang-orang yang sama sahaja, hehe.
Ready to mandi-manda..
Gunung Keriang (kalau tidak silap)
Bangunan Muzium Padi..
p/s: paling tidak dapat lupa memori di Kampung Alor Janggus.. syukran semuanya:)
Kembara ini sudah pun berlalu.. tapi rasanya macam tidak enak pula tidak dimasukkan dalam Sangkar Mustika.. hehe. Percutian yang sangat seronok sebab saya dapat meluangkan masa bersama dua orang sahabat lama sejak sekolah menengah lagi dan dapat bertemu dengan cikgu Maizun (cikgu masa tingkatan 6).. terasa semakin eratnya ukhuwah sepanjang berada di sana bersama mereka, alhamdulillah.
Tak hairanlah dalam gambar-gambar itu kebanyakannnya asyk orang-orang yang sama sahaja, hehe.
Ready to mandi-manda..
Gunung Keriang (kalau tidak silap)
Bangunan Muzium Padi..
Sedikit frust juga sebab gambar-gambar di sempadan Thailand tiada di sini.. tidak mengapalah kan. Apa pun, biar sudah berlalu tetap nak ucap terima kasih kepada cikgu Maizun sekeluarga sebab sudi bawa kami berjalan-jalan round utara.. juga kerana bagi kami tinggal di rumah cikgu. Dalam tempoh hampir seminggu, akhirnya saya sudah menjelajah ke Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Suka sangat-sangat, hehe. Syukran jazilan li kulli hal:)
Labels:
Jalan-jalan
11 March 2011
Oh.. Schedule
Bismillahirrahmanirrahim...
Terlebih dahulu entri ini adalah khas buat diri sendiri.. Peringatan agar diri ini tidak lagho dan berusaha membahagi masa sebaik mungkin. Salah satu sebab saya post kan di sini sebabnya saya sangatlah malas rujuk kalendar, hehe. Selalu rajin tanya roomate sahaja atau teman-teman. Paling rajin pun rujuk kalendar handset, itupun tidak sesuai nak letak sebagai reminder atau apa-apa sahaja sebab bimbang lupa nak rujuk. Tapi kalau letak dalam ' rumah kedua ' saya ini insyaAllah akan selalu lihat sebab paling kurang pun dua hari sekali saya akan bertandang ke sini. Banyak lagi sebenarnya tarikh yang tidak tersenarai di bawah, sekadar menyenaraikan yang paling penting dan utama sahaja.
|
|
Semoga tuhan beri saya kekuatan untuk terus mengharungi kehidupan yang mendatang ini.. kuatkan kaki saya ya Rabb untuk terus melangkah tanpa berpatah sedikit pun.. Tapi walau apa sekalipun, ' rumah kedua' ini akan tetap saya kunjungi dan penuhi ruangnya seperti biasa.. jadikan kesibukan sebagai cabaran untuk terus ke hadapan ya. Chaiyok-chaiyok princess.. hehe.
Ini adalah entri buat saya.. :)
Labels:
Student Life
Subscribe to:
Posts (Atom)


