~SEGMEN Kenangan Sekolah Menengah~
Bismillahirrahmanirrahim...Mula-mula mood adalah khas buat tesis yang tersayang tapi entah macam mana bila lihat line internet baik, terus cepat-cepat taip penutup tesis untuk malam ini dan blogwalking.. padahal siang tadi sudah share masa yang panjang untuk online.. hehe.
Jalan-jalan lihat pemandangan di 'rumah' blogger lain tiba-tiba terserempak pula dengan segmen ni. Sangat menarik dan saya pun join:).. serius saya sangat rindukan zaman persekolahan saya yang penuh suka duka itu.. lalala.

- Subjek yang paling korang suka?
- Sejujurnya saya sangat minat subjek matematik.. sangat-sangat, hehe. Matematik tidak membosankan + tidak buat saya mengantuk + memaksa otak terus berfikir ligat.. Selain itu saya turut minat subjek Bahasa Arab. Bahasa al-Quran ini walaupun tidak begitu mudah tapi sangat istimewa!- Subjek yang paling korang tak suka?
- Hm.. agak takut-takut nak jawab soalan ini, hehe. Tapi saya memang tidak minat sejarah dan geografi. Sebab.. bagi saya ianya membosankan + buat saya mengantuk. Geografi pula saya tidak minat sebab sangat tidak gemar hafal peta.. wawawa. Tapi kini saya sedar kedua-duanya sangat penting. Sangat penting ya adik-adik sebab kesannya kini saya kurang tahu mengenai sejarah dan kedudukan negeri-negeri di Malaysia sebab tidak ingat peta.. apa tidaknya kalau cikgu geografi suruh lukis peta, saya pasti tekap sahaja dari buku teks. Padan muka kan.. hehe. Moral: jangan abaikan subjek sejarah + geografi..
- Cikgu kesayangan korang? Kenapa korang sayang dia?
- Saya sayang semua guru saya.. semua banyak berjasa kepada saya. Tapi, yang paling rapat di hati sudah pasti cikgu Masdey. Beliau guru yang sangat sporting. Dalam kelas hanya panggil pelajar-pelajar dengan nama manja masing-masing. Selain itu, kalau ada spotcheck handset di asrama sudah pasti saya dan geng tersayang sembunyikan kat beliau.. lalala. Maaf cikgu sebab banyak menyusahkan cikgu selama di sekolah..:) Saya + simah + Naemah akan sentiasa ingat kenangan bersama cikgu..- Apa kenangan yang paling korang tak boleh lupakan masa zaman sekolah dulu..?
- Ini sudah tentu kenangan-kenangan semasa didenda.. (nampak sangat dulu adalah pelajar nakal tapi sopan tau). Saya tidak akan lupa itu semua. Semuanya telah menjadi kenangan saya yang terindah walaupun agak malu bila imbas kembali:)- Apa nasihat korang pada budak2 sekolah zaman sekarang ni...?
- Buat adik-adik di bangku sekolah juga adik-adik saya yang masih bersekolah.. guna peluang yang ada sekarang ini dengan sebaiknya. Kita semua bertuah sebab mampu belajar di sekolah sedangkan ada saudara-saudara kita di luar sana yang tidak mampu belajar seperti kita.. bersyukurlah wahai adik-adikku. Sebagai tanda kita mensyukuri nikmat itu, belajar bersungguh dan rebut setiap peluang yang ada dengan sebaiknya. Peluang tidak akan selalu ada, juga tidak akan datang dengan bergolek-golek.. jangan lalai dan leka. Akhir sekali, kalau nak nakal sekalipun biar sopan ya.. jangan terlibat dengan sebarang gejala sosial dan sentiasa ingatkan Allah s.w.t.. Alhamdulillah selesai.. sungguh saya amat rindukan zaman persekolahan. Zaman membesar dengan makanan dewan makan juga didikan warden dan guru selama 7 tahun.. lama kan:) InsyaAllah ingin sangat menjadi pendidik dan mendidik pelajar-pelajar yang nakal seperti saya dolu-dolu.. lalalala.
thanks join..=)
ReplyDeletesuka juga sbjk math..dlu time sek men mmg tak suka sbjk m'baca ni..lagi2 sejarah..huhu