Bismillahirrahmanirrahim...
Setiap orang ada masalah dalam menguruskan masa kan.. saya pun sama (angkat tangan). Situasi yang sama bagi seorang pelajar- bangun lambat ---> mandi ala kadar ---> tidak sempat sarapan pagi---> pakaian tidak terurus dengan baik.
Okey, saya nak kongsi sedikit bagaimana caranya agar pagi kita yang ceria tidak terlepas sarapan pagi. Sarapan sangat penting tau.. juga bagaimana agar dapat mandi dengan sempurna dan berpakaian dengan kemas dan terurus terutama tang tudung, hehe.
Just a simple step..
1. Susun buku-buku mengikut jadual kuliah pada waktu malam. Jangan sesekali buat last minit pada waktu pagi kerana tinggi risiko untuk tertinggal buku. Cara ini juga efektif, pagi-pagi hanya tinggal ambik buku-buku yang sudah disusun dan kemudian terus ke kuliah.
2. Gosok baju siap-siap pada waktu malam, jangan sesekali gosok last minit. Risikonya kalau bangun lambat pasti sarung terus je kan. Lagi satu, kalau ditakdirkan tiada elektrik kena pakai kusutlah la kan.. hehe. Katakan tidak untuk ini okey. Jaga peribadi tau sebagai seorang Muslim/ Muslimah.
2. Tentukan kerongsang atau pin yang hendak dipakai pada esok hari. Biasanya nak match dengan warna tudung atau baju kan.. kalau tak buat macam ni, kelam kabutlah jawabnya pilih-pilih kerongsang yang banyak dalam bekas tu. Ini juga mempengaruhi penampilan tau (dah macam perunding imej pula.. hehe).
3. Ini pula supaya tidak terlepas sarapan pagi yang penting.. untuk yang sama menu macam saya bolehlah cuba, kalau nasi goreng atau mi goreng sah-sahlah tak boleh diaplikasi, hehe. Caranya ialah sapu jem @ mentega kacang kat roti siap-siap lepas tu masukkan dalam bekas. Pagi hari cuma tinggal nak bancuh air sahaja dan terus bersarapan. Kalau tak sempat juga, boleh bawa roti tu ke kuliah.. ada masa free bolehlah makan, hehe. Jimat masa di situ, perut pun tidak terabai.
Alhamdulillah setelah saya aplikasikan semua cara ini, masalah kelam kabut pada waktu pagi dapat diatasi. Tidak rugi pun mencuba kan. Selamat mencuba! Tapi tak lupa nak bagi kredit kat sahabat saya suel sebab hampir setiap hari cop tempat duduk untuk saya.. syukran suel, jasamu dikenang. Jazakillah khairan kathira..:)




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.