26 March 2011

.:Suka Duka 25hb Mac:.

Bismillahirrahmanirrahim...

Pertamanya alhamdulillah kerana Mesyuarat Agung Cawangan PSSCM CT telah berlangsung dengan jayanya semalam.. terasa lega sedikit kerana beban yang digalas sudah berkurang.. itu bunyinya adalah suka kan. InsyaAllah cerita-cerita dan gambar-gambar di sebalik tabir akan menyusul kemudian.. cuma masa yang tidak dapat ditentukan lagi bila.


Apa yang mendukakan adalah kisah yang terjadi sebelum majlis tersebut. Saya bersama beberapa teman pergi ke bandar dengan menaiki kereta sewa untuk menghantar kak B bertemu suaminya di bandar.. hehe. Namun entah macam mana selepas isi minyak, tayar belakang kereta terlanggar divider pam minyak.. budget dah lepas tapi rupanya tidak.. wawawa. Akibatnya tercabut penutup rim tayar dan pecah sedikit. Nak pasang semula pun sudah tidak dapat.. sabar-sabar.


Selepas pulangkan kereta dan terangkan kepada tuan punya kereta + minta maaf dan sanggup tanggung kerugian, dalam hati sudah berkira-kira budget yang bakal dikeluarkan.. oh, tidak! Selama ini tidak pernah lagi langgar divider tapi ianya terjadi hari ini. Sesungguhnya Allah sedang menguji. Namun Kedukaan itu akhirnya bertukar gembira apabila tuan punya kereta mesej dan beritahu penutup tersebut dapat dipasang semula.. alhamdulillah, syukur lillahi taala.


Sekali lagi saya diuji.. petang sebelum majlis bermula, dek kerana lapar yang amat saya bersama ema beli roti untuk alas perut. Sekembali ke dewan majlis, saya baru tersedar duit baki membeli roti itu tidak ada. Puas saya dan ema menyelongkar dompet dan beg-beg plastik di tangan tapi tiada.. walaupun jumlahnya tidak banyak mana tapi sangat berharga. Sah, saya terlupa ambil duit baki dari cashier.. pelik tapi benar kan. Ini memang ujian buat saya.. pengajarannya di sini, lain kali jangan lupa ambil baki duit. Kalau baki sedikit boleh tahan lagi, tapi kalau banyak?? hehe..


Tanggal ini juga saya menang GA kak mia.. alhamdulillah. Syukran jazilan kak mia:) kerana itulah saya merasakan 25hb Mac saya yang telah berlalu semalam penuh dengan suka duka.. itu tak masuk lagi lelah menjayakan majlis tersebut tapi alah bisa tegal biasa.. itu lumrah kan. Bersabarlah kita di atas segala ujian. Innallaha ma'as sobirin..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...