26 June 2011

Solat Saya Tak Sah!

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam hidup ni ada yang kedudukannya di atas dan ada juga yang di bawah, suatu kelaziman dan perkara adat apabila yang berada di bawah berasa segan atau tidak berani menegur yang lebih atasan sekalipun terdapat kesilapan dan kesalahan yang nyata.


Bila perkara macam ni berlaku dalam perkara agama, tersangatlah menyedihkan dan dikesali. Terutama dalam perkara solat. Antara makmum dan imam, sekalipun imam itu lebih atas kedudukannya berbanding makmum tidak ada salahnya kalau makmum menegur imam bila terdapat sebarang khilaf atau kealpaan berlaku. Supaya perkara ni lebih jelas lagi, saya datangkan kisah-kisah berikut sebagai pedoman dan iktibar.


~Kisah 1~

Ahli jemaah di masjid sebuah kampung sedang menunaikan Solat Isyak.. semasa berada dalam rakaat kedua, imam tiba-tiba berhenti solat dan keluar daripada jemaah. Rupanya wudhunya telah terbatal. Lantas para makmum juga turut berhenti solat tanpa ada yang bertindak mengganti imam yang terbatal wudhunya tadi. Masing-masing kemudiannya menunggu imam tadi untuk memimpin solat buat kali kedua.


~Kisah 2~

Di sebuah masjid kampung lain yang juga sedang menunaikan solat isyak berjemaah, apabila sampai pada rakaat ketiga imam lantas duduk tahiyat akhir dan memberi salam mengakhiri solat kerana difikirnya sudah sempurna 4 rakaat. Sementara para makmum yang turut ikut duduk tahiyat akhir, masing-masing tidak senang duduk dan serba salah samada ingin terus mengikut imam atau meneruskan sahaja rakaat yang keempat bersendirian. Namun akhirnya kesemua makmum menuruti imam menamatkan solat isyak pada rakaat ketiga. Setelah solat juga masing-masing berdiam diri sahaja dan tidak berani membincangkan perkara itu kerana bimbang ada yang terasa hati atau malu.



Berdasarkan kedua-dua kisah, malu masih menjadi punca permasalahan di samping kejahilan yang tidak cuba diatasi. Andai rasa malu atau rendah diri tiada, pasti solat pada kisah pertama tidak terbatal kesemuanya. Andai juga sifat saling menegur dan menyuarakan kesilapan itu ada pasti kisah kedua tidak berakhir sedemikian.


Semoga sifat-sifat ini dijauhi dari diri kita, lebih-lebih lagi dalam perkara sepenting solat ini. Solat itu tiang agama, bersamalah kita mendirikan tiang agama sekukuh yang mungkin.. wallahualam.


Renung-renungkanlah..

Ish.. Malunya!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah masih lagi diberi ruang dan kesempatan untuk menulis sesuatu yang boleh dijadikan santapan rohani. Kiranya kali ini nak bercerita suatu kisah yang boleh diambil iktibar dari sebaliknya, insyaAllah. Sekiranya ada kaitannya dengan sesiapa, anggap sahaja ianya suatu kebetulan. Asif jiddan..


Seperti hari-hari sebelumnya, Pak Salim datang ke rumahku menyiapkan kaki lima rumah. Namun petang itu, agak awal sedikit beliau pulang. Ah, sudah penat barangkali. Namun agak mengejutkan aku apabila mak bercerita perihal Pak Salim yang pulang awal itu. Rupanya ingin berehat sekejap di rumah. Kira-kira pukul 7 malam nanti dia akan bekerja di rumah Ah Seng pula, satu-satunya non-muslim di kampungku ini. Ku tanya pada mak apa kerjanya di rumah Ah Seng itu, kata mak dia disuruh menyiapkan ruang sembahyang di rumahnya Ah Seng. Sengaja Pak Salim bekerja pada pukul 7 malam kerana tidak mahu ketahuan dengan orang-orang kampung.. malu! Lagi pula takut dikata apa pula nanti kerana menolong membangunkan tempat ibadat itu. Aku tanyakan lagi pada mak kenapa Pak Salim menerima tawaran bekerja itu.. katanya mak, “kerana duit”..


Rasanya tidak perlu saya ulas dengan panjang lebar kisah di atas kan.. sewajarnya sebagai muslim kita maklum rezaki yang halal itu bagaimana. Tidak ada salahnya membantu selain muslim, malahan tolong-menolong itu sangat digalakkan dalam Islam. Namun yang sepatutnya diperhatikan adalah bentuk bantuan yang dihulurkan itu. Umpama ingin anak berjaya dalam pelajaran tapi anak orang lain yang dihantar ke sekolah. Rezeki ada di mana-mana, bersabarlah untuk memilikinya.


Malu itu biarlah bertempat.. malu pada insan tapi masih ada Yang Maha Melihat kan. Semoga kita semua dijauhi dari memiliki sifat malu yang tidak bertempat ini. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya itu zalim namanya.


Renung-renungkanlah...

14 June 2011

..Kebun Kasih Sayang..

Bismillahirrahmanirrahim...

Jiwang betullah tajuk entri tu kan.. hehe. Sempena boring-boring duduk di rumah, sempatlah juga tangkap gambar pokok-pokok di kebun mak.. tu lah yang dinamakan kebun kasih sayang. Mak dan abah tanam, sementara saya dan adik-adik merasa hasilnya.. lalala. Jom terjah..




Tak lama lagi buah itu pasti mak buat kerepek pisang..




Pokok sayur manis.. setengah jam sebelum makan, petik je..




Ubi kayu.. pelanggan utama pastilah sang monyet.




Ini pula pokok limau kasturi.. selalu buat cicah ikan goreng.




Pokok Mengkudu..



Serai..



Daun kunyit



Pokok lada.. tengah-tengah makan pun kadang sempat lagi petik.



Yang ini kalau kat kampung dipanggil sayur ubi.. lupalah nama standardnya, hehe.






Pokok mangga



Pokok durian.. baby lagi.



Pokok limau nipis.. saya selalu guna untuk ganti syampu.


Entah apa-apa entri kali ini kan, tapi apa salahnya berkongsi sesuatu yang berharga dari salah satu sudut kawasan rumah saya kan.. hehe. Berbudi pada tanah itulah hasilnya.. sangat sedap! Ini hanya sebahagian saja sebenarnya dari yang ada..

07 June 2011

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit..

Bismillahirrahmanirrahim..

Adik.. malam itu abangmu mesej kakak minta datang ambilnya selepas balik dari kerja. Kakak nak pergi tapi mak yang selalu teman kakak drive tak nak teman kakak malam itu. Adik dapat tahu dan tawarkan diri nak teman kakak.. adik kata boring, nak isi masa berjalan-jalan.


Adik bersiap-siap.. sebelum keluar, adik pesan kat kakak suruh tunggu adik balik dari masjid, jangan pergi dulu sebelum adik balik. Pukul 8.20pm kakak dah siap-siap nak pergi tapi adik tak balik lagi.. kakak ingat adik tunggu kakak dekat bustop. Tak lama selepas tu adik balik.. kakak tunggu adik makan dulu lepas tu baru kita pergi ambil abangmu.


Sepanjang perjalanan pergi semuanya baik-baik saja.. adik tanya pendapat kakak tentang aliran yang adik ambil sekarang dan kita berbual tentang masa depan. Adik ceritakan impian adik.. kakak suka dengar, nampak adik percayakan kakak untuk dengar semua tu. Kakak tau, adik tak cerita pasal tu kat adik beradik yang lain kan..


Dalam perjalanan balik, kita singgah beli barang.. kebetulan hujan masa tu. Sewaktu nak bertolak balik, adik minta dengan kakak untuk bawa kereta. Berkali-kali adik minta nak tukar ke tempat duduk driver tapi kakak tak nak.. kakak kata nantilah dah jauh sikit dari pekan baru tukar tempat. Adik akur tapi kakak tau adik tak seronok.. adik pendam rasa.


Kakak memang dah niat nak bagi kat adik tapi entah kenapa hati kakak berat nak bagi. Kakak ingat pesan abah dan mak supaya jangan biar adik bawa kereta. Maafkan kakak dik.. di pertengahan jalan entah macam mana adik persoalkan tentang janji kakak nak bagi drive lepas dah jauh sikit dari pekan. Kakak serba salah.. adik mula marah-marah kata kakak tak tepati janji. Adik kata kalau tak nak bagi tak payah berjanji dan bagi harapan. Maafkan kakak dik..


Tiba-tiba saja kakak pun naik marah dengan adik sebab tak faham kakak.. kakak lepas geram bawa laju-laju. Kakak tau adik-adik kakak sedikit takut.. kakak berhenti kat tepi jalan dan bagi adik bawa. Adik tak nak, adik berkeras tak nak keluar dari tempat duduk. Mujur abangmu ada selamatkan keadaan dan bawa kita balik ke rumah dengan selamat..


Sampai saja di rumah adik terus naik dan tidur.. Kakak tau adik marah dan terasa hati dengan kakak. Bila kakak naik ke bilik, kakak tengok adik dah tidur lena. Tersentuh hati kakak tengok adik.. Kakak nak nangis bila teringat semula pergaduhan kecil kita. Kakak menyesal tinggikan suara dekat adik.. maafkan kakak. Kakak sayang sangat kat adik..


Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan kita pula adik beradik. Kita ibarat air, biar dicincang tak akan putus. Maafkan kakak dik.. kakak sayang sangat kat adik.

06 June 2011

..Kutip-kutip Siput..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ahad yang lalu saya ke pantai lagi.. agaknya saya dan pantai memang tak boleh pisah kot, hehe. Kebetulan adik-adik sedang bercuti sekolah maka abah dan mak punya agenda tersendiri. Abah dan adik bersama seorang jiran seawal pukul 8 lebih pagi sudah bertolak untuk memancing.. sementara saya, mak dan adik bongsu pula menyiapkan bekal dan mengemas rumah terlebih dahulu. Kira-kira pukul 1 petang barulah kami tiba di tempat mereka memancing kemudian terus ke Tg. Purun (destinasi cari tuntul).


Tuntul?? Apakah bendanya itu.. hehe. Dalam bahasa tempatan dipanggil tuntul tapi bahasa standardnya siput sedut kot.. banyak juga hasil yang kami dapat, nak makan kenduri pun boleh.. hehe. Jom lihat hasilnya..




Tengok tu.. semangat sungguh mr. abah kutip tuntul..





Inilah tuntul..



Kasut yang berjasa.. comelkan beliau, hehe.



Ini sebahagian lagi tuntul..





Cantikkan mentari itu..



Si tuntul sedang malu.. hehe






Ini entah apa namanya..









Baby ketam yang jalan senget.. hehe



Macam robot.. lalala















Proses mencuci tuntul..












Adikku yang bongsu..









Yang dalam besen itu untuk makan malam kami.. hehe


Kalau nak tau, mencari tuntul memang aktiviti kami sekeluarga apabila tiba musim cuti atau hujung minggu.. seronok sebenarnya walaupun mak mengadu sakit-sakit peha dan terpaksa berjemur di bawah terik mentari. Hasilnya, hanya sedikit sahaja yang dimakan manakala bakinya dijual dan beri pada saudara mara.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...