Alhamdulillah masih lagi diberi ruang dan kesempatan untuk menulis sesuatu yang boleh dijadikan santapan rohani. Kiranya kali ini nak bercerita suatu kisah yang boleh diambil iktibar dari sebaliknya, insyaAllah. Sekiranya ada kaitannya dengan sesiapa, anggap sahaja ianya suatu kebetulan. Asif jiddan..
Seperti hari-hari sebelumnya, Pak Salim datang ke rumahku menyiapkan kaki lima rumah. Namun petang itu, agak awal sedikit beliau pulang. Ah, sudah penat barangkali. Namun agak mengejutkan aku apabila mak bercerita perihal Pak Salim yang pulang awal itu. Rupanya ingin berehat sekejap di rumah. Kira-kira pukul 7 malam nanti dia akan bekerja di rumah Ah Seng pula, satu-satunya non-muslim di kampungku ini. Ku tanya pada mak apa kerjanya di rumah Ah Seng itu, kata mak dia disuruh menyiapkan ruang sembahyang di rumahnya Ah Seng. Sengaja Pak Salim bekerja pada pukul 7 malam kerana tidak mahu ketahuan dengan orang-orang kampung.. malu! Lagi pula takut dikata apa pula nanti kerana menolong membangunkan tempat ibadat itu. Aku tanyakan lagi pada mak kenapa Pak Salim menerima tawaran bekerja itu.. katanya mak, “kerana duit”..
Malu itu biarlah bertempat.. malu pada insan tapi masih ada Yang Maha Melihat kan. Semoga kita semua dijauhi dari memiliki sifat malu yang tidak bertempat ini. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya itu zalim namanya.
Renung-renungkanlah...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.