26 June 2011

Solat Saya Tak Sah!

Bismillahirrahmanirrahim...

Dalam hidup ni ada yang kedudukannya di atas dan ada juga yang di bawah, suatu kelaziman dan perkara adat apabila yang berada di bawah berasa segan atau tidak berani menegur yang lebih atasan sekalipun terdapat kesilapan dan kesalahan yang nyata.


Bila perkara macam ni berlaku dalam perkara agama, tersangatlah menyedihkan dan dikesali. Terutama dalam perkara solat. Antara makmum dan imam, sekalipun imam itu lebih atas kedudukannya berbanding makmum tidak ada salahnya kalau makmum menegur imam bila terdapat sebarang khilaf atau kealpaan berlaku. Supaya perkara ni lebih jelas lagi, saya datangkan kisah-kisah berikut sebagai pedoman dan iktibar.


~Kisah 1~

Ahli jemaah di masjid sebuah kampung sedang menunaikan Solat Isyak.. semasa berada dalam rakaat kedua, imam tiba-tiba berhenti solat dan keluar daripada jemaah. Rupanya wudhunya telah terbatal. Lantas para makmum juga turut berhenti solat tanpa ada yang bertindak mengganti imam yang terbatal wudhunya tadi. Masing-masing kemudiannya menunggu imam tadi untuk memimpin solat buat kali kedua.


~Kisah 2~

Di sebuah masjid kampung lain yang juga sedang menunaikan solat isyak berjemaah, apabila sampai pada rakaat ketiga imam lantas duduk tahiyat akhir dan memberi salam mengakhiri solat kerana difikirnya sudah sempurna 4 rakaat. Sementara para makmum yang turut ikut duduk tahiyat akhir, masing-masing tidak senang duduk dan serba salah samada ingin terus mengikut imam atau meneruskan sahaja rakaat yang keempat bersendirian. Namun akhirnya kesemua makmum menuruti imam menamatkan solat isyak pada rakaat ketiga. Setelah solat juga masing-masing berdiam diri sahaja dan tidak berani membincangkan perkara itu kerana bimbang ada yang terasa hati atau malu.



Berdasarkan kedua-dua kisah, malu masih menjadi punca permasalahan di samping kejahilan yang tidak cuba diatasi. Andai rasa malu atau rendah diri tiada, pasti solat pada kisah pertama tidak terbatal kesemuanya. Andai juga sifat saling menegur dan menyuarakan kesilapan itu ada pasti kisah kedua tidak berakhir sedemikian.


Semoga sifat-sifat ini dijauhi dari diri kita, lebih-lebih lagi dalam perkara sepenting solat ini. Solat itu tiang agama, bersamalah kita mendirikan tiang agama sekukuh yang mungkin.. wallahualam.


Renung-renungkanlah..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...