07 June 2011

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit..

Bismillahirrahmanirrahim..

Adik.. malam itu abangmu mesej kakak minta datang ambilnya selepas balik dari kerja. Kakak nak pergi tapi mak yang selalu teman kakak drive tak nak teman kakak malam itu. Adik dapat tahu dan tawarkan diri nak teman kakak.. adik kata boring, nak isi masa berjalan-jalan.


Adik bersiap-siap.. sebelum keluar, adik pesan kat kakak suruh tunggu adik balik dari masjid, jangan pergi dulu sebelum adik balik. Pukul 8.20pm kakak dah siap-siap nak pergi tapi adik tak balik lagi.. kakak ingat adik tunggu kakak dekat bustop. Tak lama selepas tu adik balik.. kakak tunggu adik makan dulu lepas tu baru kita pergi ambil abangmu.


Sepanjang perjalanan pergi semuanya baik-baik saja.. adik tanya pendapat kakak tentang aliran yang adik ambil sekarang dan kita berbual tentang masa depan. Adik ceritakan impian adik.. kakak suka dengar, nampak adik percayakan kakak untuk dengar semua tu. Kakak tau, adik tak cerita pasal tu kat adik beradik yang lain kan..


Dalam perjalanan balik, kita singgah beli barang.. kebetulan hujan masa tu. Sewaktu nak bertolak balik, adik minta dengan kakak untuk bawa kereta. Berkali-kali adik minta nak tukar ke tempat duduk driver tapi kakak tak nak.. kakak kata nantilah dah jauh sikit dari pekan baru tukar tempat. Adik akur tapi kakak tau adik tak seronok.. adik pendam rasa.


Kakak memang dah niat nak bagi kat adik tapi entah kenapa hati kakak berat nak bagi. Kakak ingat pesan abah dan mak supaya jangan biar adik bawa kereta. Maafkan kakak dik.. di pertengahan jalan entah macam mana adik persoalkan tentang janji kakak nak bagi drive lepas dah jauh sikit dari pekan. Kakak serba salah.. adik mula marah-marah kata kakak tak tepati janji. Adik kata kalau tak nak bagi tak payah berjanji dan bagi harapan. Maafkan kakak dik..


Tiba-tiba saja kakak pun naik marah dengan adik sebab tak faham kakak.. kakak lepas geram bawa laju-laju. Kakak tau adik-adik kakak sedikit takut.. kakak berhenti kat tepi jalan dan bagi adik bawa. Adik tak nak, adik berkeras tak nak keluar dari tempat duduk. Mujur abangmu ada selamatkan keadaan dan bawa kita balik ke rumah dengan selamat..


Sampai saja di rumah adik terus naik dan tidur.. Kakak tau adik marah dan terasa hati dengan kakak. Bila kakak naik ke bilik, kakak tengok adik dah tidur lena. Tersentuh hati kakak tengok adik.. Kakak nak nangis bila teringat semula pergaduhan kecil kita. Kakak menyesal tinggikan suara dekat adik.. maafkan kakak. Kakak sayang sangat kat adik..


Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan kita pula adik beradik. Kita ibarat air, biar dicincang tak akan putus. Maafkan kakak dik.. kakak sayang sangat kat adik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...