Alhamdulillah semalam sempat meluangkan masa yang agak 'banyak' bersama teman-teman.. mula-mula cadang nak mandi air terjun sekayu tapi rancangan terpaksa ditunda ke hari dan waktu yang lain sebab nak pergi ramai-ramai dengan teman-teman lain.. lalala.
Untuk tidak menghampakan rancangan bersama itu, maka misi tetap diteruskan tapi ke Pulau Wan Man.. hehe. Sempat Solat Asar di Masjid Kristal lagi.. mujur semuanya berjalan lancar walaupun 1st time drive ke sana..
Saya nak sangat naik bot kat tepi Masjid Kristal tu tapi tidak mengapalah.. cuaca agak menyeramkan kerana angin yang bertiup terlebih-lebih sepoi bahasa. Tak pasal-pasal nanti ada yang terjun dalam air.. yew.. tak nak.
Lepas itu, perjalanan diteruskan lagi ke tapak ekspo Dataran Shahbandar.. hm, yang ini memang agak menggugat keimanan. Kena jihad sungguh-sungguh tahan diri supaya tak beli apa-apa.. tengok-tengok saja pun jadilah.. hehe.
Berjalan sudah, penat pun ada.. maka perut menjerit-jerit minta diisi. Dalam topik cari makan ni sempat jugalah pusing 1 bandar, nak cari kedai makan punya pasal.. alih-alih kedai yang dicari-cari tutup belaka. Tidak mengapalah.. Solat Maghrib dululah kat Masjid Putih. Menyelinap sedikit perasaan bahagia dan kagum melihat betapa ramainya muslimat di masjid. Memang secara kebetulan masing-masing naik bas malam itu untuk pulang ke kampung kerana bermulanya cuti pertengahan semester dan singgah solat di sana tapi yang mengkagumkan itu adalah melihat umat Islam bersatu walau di mana berada.. alhamdulillah. Ketidakselesaan berbaris menunggu giliran tandas dan mengerjakan solat bagai tenggelam begitu sahaja.
Akhirnya.. perut diisi di food court mydin.. kemudian terus balik.
Jauh berjalan luas pemandangan.. walaupun letih tapi seronok. Alhamdulillah atas nikmat sihat dan cergas yang dikurniakan..
Waa.... sebelum sempat publish entri ini dapat pula mesej dari ibunda tercinta. Sedang berada di Beverly Hotel Kota Kinabalu katanya. Ada family day.... saya nak ikut juga, wawawawa. Abah siap send gambar lagi by email.. waaaaaaaa. Rindunya dekat kalian semua :)
Rinduuuuuuuuu...
P/s: Kredit untuk sahabat tersayang suel sebab sudi susah payah share photos kat YM walaupun wireless slow.. syukran jazilan sahabati hakiki :)

























