14 January 2011

Geramnya Saya!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Menakutkan tajuk entri ini kan.. hehe. Memang saya sangat geram. Hal dunia saja, bukan apa-apa pun.

Ujian dari Allah kepada hambaNya. Sudah hampir 2 minggu saya cuba untuk upload gambar-gambar ke dalam Sangkar Mustika ini tapi asyik failed saja. 'Ahh, internet slow..' semalam kebetulan tiada kelas pada waktu petang jadi bolehlah online di musolla.. agak laju sedikit internet. Hm.. bila laju bolehlah download YM kan tapi.. internet yang katanya excellant sangat tidak memuaskan hati. Beberapa kali saya cuba untuk install tapi failed juga. Bawa bertenang wahai hati..

Lepas itu cuba pula untuk update antivirus tapi gagal juga.. rasa nak nangis pun ada tau (cengeng la kamu farhana.. hehe). Dari selepas zuhur sehingga beberapa minit lagi azan maghrib saya berada di musolla namun semuanya tidak berjaya.

Ok, esok saya mesti online kat library pula!

Sehari kemudian..
Saya berada di library dan saya sangat geram kerana sudah berkali-kali cuba upload gambar+ update antivirus+ install YM = GAGAL. Di bawah aircond yang cukup membuatkan tangan dan kaki kesejukan saya cuba juga bertahan. Sumbang tarian jari di atas keypad dek kerana kesejukan.. hehe.

Geram sangat saya cuba restart laptop.. hm, sama juga la. Laptop saya seorang saja ke yang macam ini atau semua orang hadapi masalah sama. Nak buka berita harian online pun memakan masa hampir sejam.. memang saya rasa nak nangis sangat.. wawawawa. Okey sekarang tarik nafas dan hembus perlahan-lahan macam selalu ajar kat abang asrul..

Bekal gula-gula woods pun sudah habis.. suara sangat seksi, sebelum mula bercakap kena testing mic dulu, ehem.. ehem.. hilang kecomelanku.. lalalala. Kesan dari batuk tempoh hari, tekak dipenuhi kahak.. yew (saya agak la). Entah nak buat macam mana untuk hilangkannya. Hanya dapat inisiatif makan fisherman's friends dan woods saja. Nak minum air suam banyak-banyak rasa malas pula ke tandas ulang kali nanti.. patutlah pun kan. Terima sajalah nasib kamu wahai farhana.

Semalam mesej adik kat rumah, sempat dia mengadu keletihan sebab banyak sangat kerja kat rumah. Ada majlis tahlil katanya untuk arwah nenek. Sabarlah wahai adikku.. tapi dalam kepenatan adik itu saya sempat tanya gambar besar sekeluarga yang baru dicuci hari itu sudah digantungkah.. hehe. Merungut dia, 'camni punya soalan pun ada ka..'. Bila adik kata sudah digantung, sempat saya mengusik. 'Ramailah yang tengok gambar kakak kan..' hehe. sengal adik dibuatnya.. hehe.

Petang ini insyaAllah nak pergi pasar malam.. rindu dengan nasi kerabu pakcik yang seorang itu. Sebulan lebih juga tidak pergi pasar malam sejak balik bercuti hari tu. InsyaAllah juga minggu ni bermula episod menadah kitab bersama Ustaz Khiral.. semoga mendapat keberkatanYa.

Lain yang hendak diupdate, lain pula yang dipost.. hehe. Tak mengapalah, sambil menyelam minum air. Saja hiburkan hati yang sedang geram.. semoga bertenang wahai hati.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...