Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah segarnya menghirup udara Negeri Darul Iman yang dilanda musim berangin sekarang ini. Hari-hari macam rasa duduk kat tepi pantai. Cuacanya redup sahaja.. tidak panas. Maka tidur pun semakin lena, kena jihad habis-habisan nak bangun subuh dan pergi kelas.. hehe.
Semua orang yang ada adik sangat sayangkan adiknya kan.. tapi macam mana kalau kita sebagai kakak atau abang tidak mampu untuk menasihati si adik tersayang.. kadang kita jenis yang lembut hati manakala si adik pula keras hatinya dan nakal sedikit. Adakala cakap kita pun tidak didengar.. ramai yang ada masalah macam ni kan.
Macam mana pula kalau tiba-tiba kita dapat tahu dari seorang yang 'jauh' bahawa adik kita terjebak dengan masalah sosial. Kakak atau abang bagai nak rak cuba menyedarkan masyarakat di luar tapi rupanya adik sendiri tercicir.. sedih kan.
Barangkali juga masalahnya tidak sebesar itu, kita tiba-tiba dapat tahu adik yang disayang mula berjinak-jinak dengan rokok.. ya, rokok itu bukan isunya. Sebagai orang yang menyayangi pastinya kita mahu adik tersayang menjauhi perkara-perkara yang boleh memburukkan kesihatan kan.
Apa yang kita bakal lakukan..
mungkin bagi si abang yang garang : " siap dia bila balik nanti, aku belasah cukup-cukup."
Si kakak yang tidak cuba untuk memahami pula barangkali : " bertuah punya budak.. @#$%&*."
Macam mana pula dengan kakak dan abang yang punya keimanan yang tinggi?
Itu yang sedang saya fikirkan.. mungkinkah akan dinasihati dulu, atau mungkinkah akan cuba diselami hati dan perasaannya, ataukah dibawa bertemu orang-orang yang sepatutnya (kaunselor/ustaz/orang berpengalaman)..
Di rumah si adik tersayang nampak baik-baik saja. Tup-tup orang lain yang bawa cerita yang tidak enak didengar. Perasaan kakak atau si abang saja sudah tentu sedikit tercalar, bagaimana pula dengan ayah dan ibu. Tidakkah difikirkan hati tua mereka..
Mungkin juga bagi pihak si adik dia menyalahkan abang atau kakak atau sesiapa sahaja yang menyebabkannya jadi begitu tapi tidak ada salahnya kan kalau kita berkongsi masalah, segala suka dan duka. Percuma saja berkecimpung dalam dunia merunsingkan hati orang-orang tersayang kalau semuanya dibuat secara sembunyi-sembunyi dek bimbang ketahuan.. sungguh tidak seronok berada dalam kepura-puraan bukan.
Oleh itu..
Wahai syabab.. usahlah buat kakak atau abang atau mak atau ayah dan sesiapa sahaja yang menyayangimu bersusah hati. Mungkin juga jiwa muda kata orang tapi kerana muda itulah yang akan membawa ke tua pada hari esok.
Hargailah masa mudamu wahai syabab.. usah sia-siakan dengan perkara yang merunsingkan hati yang tersayang. Banyak perkara lagi yang boleh dilakukan berbanding yang telah kau lakukan itu. Macam tagline jalan raya itulah juga, ingatlah orang yang tersayang..
Maka yang demikian katakan tidak kepada gejala sosial dan tak nak kepada rokok!

adik da start merOkOk ya? jangan 'tembak' terus.. tanya dulu kesahihan khabar angin tu.. mana tau itu hanya sekadar khabar angin sahaja.. kalO da benar dan sah, nasihati laa dgn bebaik.. apa pOn alternatif yang saudari amik, wish u oLL luck...!!
ReplyDeletesyukran atas respon saudara..
ReplyDeleteinsyaAllah semoga segalanya hanya khabar angin sahaja..
syukran jg atas saranan yg diberikan:)