18 January 2011

Semoga Cepat Sembuh...

Bismillahirrahmanirrahim...

Petang semalam lebih kurang pukul 6 tidak ingat berapa minit saya telah menerima mesej dari sahabat saya bibi.


"Salam.. siti masuk hospital. Tapi tak pasti lagi sebab apa, doktor tak cakap apa-apa lagi."


Erk..tiada khabar menyatakan sakit, tiada khabar buruk tiba-tiba sahaja masuk hospital. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.. hati segera diburu kerisauan dan susah hati. Lama tidak bertemu tiba-tiba dikhabarkan dengan berita masuk wad. Segera saya menelefon bibi semula untuk kepastian. Awalnya cuma berpunca daripada batuk-batuk biasa tetapi keadaannya sangat lemah. Hati bermonolog, "takkanlah batuk saja sampai kena masuk wad.." tidak sedap hati rasanya. Cepat-cepat atur janji nak lawat siti kat hospital esok hari bersama mak dan ayah angkat (kebetulan siti juga anak angkat mak dan ayah).


Sebelum tidur, bibi hantar mesej lagi katanya doktor buat ct scan kat siti dan mungkin akan diambil air tulang belakangnya.. bertambah risau + tidak sedap hati + sedih + tidak sabar nak ziarah bila dengar demikian.


Selepas Asar petang tadi, alhamdulillah dapat sampaikan hajat nak ziarah siti. Tidak sabar-sabar nak sampai di hospital. Melihat keadaan siti hati diserang kesayuan yang amat..pilu rasanya lihat keadaannya yang terlantar tidak berdaya. Rasa semuanya tiba-tiba sahaja..puncanya demam.


Badan yang lemah, mata kiri bengkak, penglihatan semuanya double katanya, seluruh badan kebas dan sukar untuk bercakap cukup membuatkan hati ini pilu.. nak nangis sangat tapi tahan je. Cool la kononnya.. hehe. Berhadapan dengan pesakit kenalah kuat kan, barulah si pesakit merasa ada kekuatan dan tidak bersedih dengan nasibnya. Teman-teman sekuliah siti agak ramai juga memenuhi wad, kebetulan memang masa melawat. Terharu rasanya melihat teman-teman siti.. tidak kira muslimin dan muslimat masing-masing meluangkan masa bersama memberi semangat dan mendoakan yang terbaik untuknya. Itulah yang dinamakan kawan, susah senang sentiasa bersama...


Daripada Abu Darda' r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdoa) akan ada di dekatnya malaikat muwakkal (pesuruh) setiap yang ia doakan untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama.
(Hadis Riwayat Muslim)


Dalam kesakitannya itu, sempat siti bergurau nak main buai kat bawah.. insyaAllah nanti saya dan teman-teman lain temankan siti ya.. lepas itu, siti request nak makan jagung parut bila sudah sembuh. InsyaAllah sahabatku, kamu sentiasa dalam jagaan Illahi.. nanti kita sama-sama tunaikan keinginan siti.


Kasih ibu membawa ke syurga... mak siti yang berada di kuching, Sarawak akan tiba esok untuk melihat siti yang terlantar di hospital. Simpati dengan si ibu.. betapa kuatnya kasihnya biarpun terpisah dek Laut China Selatan. Tak terbayang perasaan ibunya saat tahu si anak sakit.. belum jadi ibu sudah dapat bayangkan, tak tahulah macam mana bila jadi ibu esok kan.


Masa kat hospital sempat bawa siti ke tandas, masa tolak kerusi roda asyik langgar benda je.. hehe (saya belum ambil lesen kerusi roda lagi okey..). Masa lalu kaunter sempat nampak penimbang berat.. hehe. Kak aida cepat-cepat ajak naik benda tu, waa.. saya sangat excited. Lupa pula masa tu ada kat hospital.. dan saya sekali lagi teruja bila berat tinggal 44 kg, lalala. Ni entri pasal siti la, nak juga cerita pasal dia kan.


Okey lets back to the point.. sebelum balik dan tinggalkan siti tadi terharu sangat bila teman-teman siti semua bagi kata-kata semangat. Mujur sempat tahan airmata.. semoga kamu terus tabah dan mendapat kekuatan. InsyaAllah kita akan kembali seperti dulu kan. Siti bertuah sebab Allah memilihnya untuk mendapat ujian sebegini.. ingatlah Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu dilaluinya. Kamu pasti boleh.. ramai yang sayang siti dan doa teman-teman sentiasa mengiringi. Pasti ada hikmah yang tersirat. Setiap penyakit itu ada penawarnya.. yang penting harus sabar. Ujian itu sedikit sahaja jika dibandingkan dengan rahmat yang diberikan..


Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya".
(Hadis Riwayat Bukhari)


InsyaAllah esok nak ziarah siti lagi.. semoga cepat sembuh sahabati. Saya sayang kamu sangat. Sudah sembuh nanti kita pergi makan jagung parut ya.. nyam-nyam.


P/s: Muhasabah diri bila pergi hospital dan lawat orang sakit..mendidik diri bersyukur dengan nikmat sihat yang telah dikurniakan..alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...