14 January 2011

~Makan + Jalan Day~

Bismillahirrahmanirrahim...


Petang Khamis itu ingatkan nak ke library, nak cari kitab asal Sahih Bukhari tapi saya hanya mampu merancang dan tuhan ju
a yang menentukan. Tiba-tiba najah dan tikah ajak ke bandar pula, katanya nak beli tiket untuk balik raya cina nanti. Tidak mengapalah, apa salahnya kan saya turuti.


Agak meriah kereta yang kami s
ewa, kancil dengan muatan 6 orang.. hehe. Bising pula tu sepanjang perjalanan dengan tingkap yang terbuka.. bagai jalan raya itu milik kami.. hehe. Najah banyak kali sound sebab malu dengan kereta sebelah.. lalala.


Kebetulan ke bandar, saya tunaikan hajat nak beli tu
dung. Frust juga tengok betapa kurangnya tudung bawal. Sana-sini semuanya tudung segera.. tudung bidang 60 pula bagaikan dimansuhkan dengan tudung segera. Agak susah nak cari + tidak banyak pilihan. Pilihan yang ada mahal pula tu.. ish..ish..


Dalam perjalanan balik suel request nak singgah beli kepok (
keropok lekor), najah pula request nak makan sotong celup tepung.. nyam-nyam. Saya pun nak juga.. hehe. Masa nak singgah beli kepok, hampir-hampir terlepas kedainya maka berlakulah drift masuk parking tepi jalan.. terjerit seisi kereta, hehe. Minta maaf ya semua temanku ketika itu.. hehe.


Sesi makan-makan tidak berakhir di
situ, malamnya farah and the geng pula ajak minum air buah kat Seberang Takir.. hm, katakan saja ya.. hehe. 1 van penuh serbu kedai air buah.. meriah sangat duduk kat meja besar..











Masing-masing cuma mampu order gelas sederhana kecuali saya dan nisa gelas kecil. Itupun masing-masing pakat kongsi-kongsi minum sebab susah nak
habiskan.. hehe. Meriah kedai air buah malam itu dengan gelagat anak-anak dara.. hehe (nasib baik tidak ramai orang).










nyam-nyam......





























































Sebelum balik, semua nak bergambar bersama tapi siapa nak ambil gambar.. hmm.. Alih-alih shima offer diri. Mujur ada abang polis yang juga makan kat situ volunteer nak tangkapkan gambar.. terima kasih ya. Masing-masing control ayu.. hehe.





wajah-wajah kekenyangan.. hehe


Walaupun letih berjalan dari petang, tapi rasa seronok dapat luangkan masa bersama teman-teman. Masing-masing pun kata ini antara kenangan terakhir.. selepas ini keluar minum air buah bersama suami dan anak-anak pula.. erk, habiskan study dulu okey.. hehe.


Hmm.. seronok-seronok juga, esok bertalaqi al-
Quran pula..


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...