24 July 2012

Bahan Bantu Dakwah


Bismillahirrahmanirrahim…


Siapa sangka nak berdakwah pun kena ada bahan bantu. Asalkan kena cara, apa-apa benda maujud pun boleh jadi bahan bantu. Mulanya saya tak sangka koleksi suka-suka yang comel ni berguna sebagai medan dakwah. Namun Alhamdulillah bila dah guna ianya sangat membantu.. bukan saja comel, menarik tapi sealiran dengan fesyen.. hehe.




 Betulkan comel.. hehe





 Saya kumpul mereka dalam bekas yang comel juga..





 Mudah dibawa ke mana-mana..


 
Setiap kali keluar rumah memang saya akan kenakan pin-pin ni.. ikut kesesuaian warna baju dan tudung. Selalu juga ditegur teman-teman bila nampak saya dan pin bunga-bunga serta reben ni. Ramai yang tanya mana saya beli.. 



Bila ke sekolah pula, si kecil di prasekolah sangat suka bila lihat saya bertukar bunga dan pin setiap hari.. seorang-seorang datang tengok dekat-dekat dan pegang. Sampailah satu hari seorang dari murid saya pun dah pakai pin bunga macam ni juga.. secara tak langsung saya dah mengajaknya untuk bertudung. Betul-betul dia ikut macam saya buat, pin kat bahu. Mak si kecil ni cerita yang anaknya dah tak mau pakai tudung saiz budak-budak tu sebab kecil.. dia nak juga pakai yang besar. Katanya nak macam ustazah, pakai tudung lubuh.. hehe. Pernah si kecil itu datang dekat pada saya dan tanya, 'ustazah, ni tudung lubuh kah..'. Sambil menahan geli hati dengar sebutan lubuhnya saya cuma iyakan saja sambil betulkan sebutannya.



Subhanallah.. si kecil saja sudah mengerti tentang tudung lubuh dan fesyen. Apatah lagi kita si dewasa yang mampu membaca isi al-Quran dan maksudnya kan.. pasti tahu dan maklum tentang hukum mengenainya. Secara tak langsung saya juga muhasabah diri..



Syukur ya Rabb kerana hikmah yang telah disediakan di sebalik semua ini.. Alhamdulillah. 


p/s: Berfesyen tak salah asalkan bertepatan dengan syariat. Comel di mata, comel pada agama:)






Bagaikan Public Figure


Bismillahirrahmanirrahim…


Ahlan wasahlan ya Ramadhan.. insyaAllah berpeluang meneruskan puasa pada tahun ini. Kali ini bukan cerita berkaitan puasa yang ingin saya kongsikan tapi berkaitan dengan karier.


Sebelum ni saya tak pernah menyangka kerjaya guru umpama public figure.. bukanlah bermaksud berkaitan dengan populariti.. jangan salah sangka pula. Beberapa kali juga saya terkena berkaitan dengan perkara ni. Sebab tu lah nak share dalam entri ni.. mungkin boleh dijadikan panduan dan peringatan bersama, insyaAllah.

  
  •  Suatu pagi ketika berada di kelas tahun 2,ketika sedang tasmik hafalan murid. Tiba-tiba lalu seorang guru di hadapan kelas.. murid di sebelah saya bersuara kepada rakan di hadapannya. " Eh, tu teacher lalu.." Rakannya jawab, " teacher tak datang lah hari ni". " Betul, aku nampak tadi. Rambut dia kusut lagi tau.

  •  Perkara paling sesiapa pun tak suka, tumbuh jerawat di muka.. adoi. Sedang memberi  penerangan secara individu kepada seorang murid tiba-tiba dia bertanya, " ustazah, jerawat kah dekat muka ustazah tu?" Adoi….
 
 
  • Masa nak tanda buku aktiviti murid tiba-tiba tersedar bekas pensil tertinggal di bilik guru. Lalu saya meminta seorang murid tolong ambilkan.. setelah dia kembali dia pun berkata, " bekas pensil ustazah ni sudah koyak, ustazah belilah yang baru. Murah aje……" Alahai anak muridku..
 
 
  • Sewaktu sedang memberi penerangan di hadapan anak-anak murid, tiba-tiba seorang daripada mereka membuka mulut. Ingatkan nak tanya tentang apa yang saya sedang terangkan tapi rupanya……… " ustazah, kenapa kerongsang ustazah sebelah lain warna?" Aduhai.. prihatinnya si kecil itu.

Adakalanya karenah mereka membuatkan saya tergelak dan terhibur.. siapa sangka ada yang memerhatikan penampilan, gaya dan perwatakan kita seharian sampai sedemikian rupa.. kanak-kanak memang hamba Allah yang jujur. Sangat ikhlas menuturkan apa saja yang mereka lihat.. pantang penampilan bertukar atau berbeza sedikit pasti ada komen mereka. semoga anak-anak kecil itu membesar sebagai hamba-Nya yang jujur dan sentiasa bercakap benar sebagaimana sewaktu kecilnya mereka..

Karenah mereka secara tak langsung membuatkan saya lebih berhati-hati dalam menjaga penampilan, juga menghiasi peribadi.. orang dewasa umpama cermin kepada kanak-kanak. Apa yang mereka lihat, itu yang mereka amalkan dalam kehidupan. Mereka masih terlalu mentah untuk membezakan baik dan buruk sesuatu.. kitalah yang membimbing dan menjadi contoh terbaik kepada mereka.

Keprihatinan mereka membuatkan saya sedar betapa mereka peka dengan guru mereka.. Syukur ya Allah kerana mengurniakan anak-anak murid yang baik-baik belaka. Merekalah perunding imej terbaik buat saya:)

Renung-renungkanlah…

05 July 2012

Antara Hormat & Geram


Bismillahirrahmanirrahim…


Pernah tak rasa terancam bila keseorangan di rumah pada waktu malam kemudian datang tetamu tak diundang masuk ke dalam?? Kalau perempuan mungkin boleh dimaafkan, wajar dirai sebagai tetamu tapi yang ini lelaki dan suami orang.. berseorangan pula tu.. tidaaaak!


Alkisahnya bermula bila mak dan abah bertandang ke rumah nenek saudara di kampung sebelah sebab anaknya nak kahwin pada hujung minggu. Maka tinggallah saya seorang di rumah.. tak jadi masalah pun sebab dah biasa ditinggal begitu kalau mak abah nak ke mana-mana.


Tapi pada malam itu tiba-tiba saya didatangi tetamu yang bermotorsikal.. sudah dengan tiada salam, menyapa saya yang di dalam rumah dengan bunyi hon yang membingitkan pula berkali-kali.. kelam kabut saya mencari penutup aurat tanpa melihat dahulu siapa yang datang itu.


Segera saya membuka pintu..gulp! pakcik itu rupanya.. memang  selalu datang ke rumah tapi berurusan dengan abah. Saya segera jelaskan ketiadaan abah dan mak dengan harapan dia cepat-cepat beredar pulang. Tidak enak rasanya dipandang orang apatah lagi saya sendiri sangat tidak selesa.


Lain saya harapkan lain pula yang terjadi.. pakcik tadi turun dari motor dan menyatakan hajatnya. Katanya mahu meminta tolong dibukakan mesej-mesej dalam handfon sebab mahu melihat mesej penting dari anaknya. Saya tahu pakcik itu memang tidak tahu membuka apatah lagi menaip mesej dalam telefon. Lalu dengan penuh husnudzon  saya membantu pakcik tu.


Saya tunjukkan mesej yang pakcik tu mahu tapi pakcik tu suruh salin atas kertas pula.. serba salahnya ketika itu. Lalu saya minta diri mengambil pen dan kertas tapi pakcik itu pun turut ikut masuk ke dalam rumah.. aaaaargh, saya tak ajak pun.. (jerit dalam hati penuh geram). Cepat-cepat saya menyalin mesej pakcik tu dan serahkan padanya.. syukurlah pakcik tu meminta diri selepas selesai pertolongan tu.  


Syukur.. Allah menjaga dan melindungi saya. Walaupun saya nyata sangat takut tapi berjaya juga membantu pakcik tu biarpun perasaan bercampur antara hormat dan geram. Mungkin juga silap saya kerana membuka pintu sedangkan saya seorang diri.. tidak mengapalah, saya jadikan ini 'ibrah sebagai pedoman pada masa hadapan. Syukur Alhamdulillah kerana Allah sentiasa ada menjaga walau di mana saja..


Renung-renungkanlah..

4 Hari


Bismillahirrahmanirrahim…











Comel kan Anis Sumayyah yang baru berumur 4 hari ni.. gambar ni saya ambil masa datang melawat si kecil ni dan ibunya beberapa hari lalu. Lena sangat tidurnya, lebih-lebih lagi bila Cikgu Apnah bedongkan dia.. aiiiiii, comelnya kamu. Indah dan sempurna sungguh kejadian yang diciptakan-Nya.. masya Allah.



Tak nak cakap banyak-banyak dalam entri ni.. nanti saya tak boleh kawal perasaan pula bila bercakap soal baby.. hehe. Semoga Anis Sumayyah membesar menjadi wanita yang solehah, anak yang solehah dan hamba-Nya yang solehah.. aminnnn. Doa yang baik-baik semua untuk kamu si comel.



Senaman Tommy


Bismillahirrahmanirrahim…


Usah pelik tiba-tiba hana farhana menulis pasal senaman.. hehe. Senaman santai yang menyeronokkan dan boleh mengeluarkan peluh juga. Pakai baju kurung pun boleh buat.. siapa yang rasa-rasa malas nak senaman boleh ajak anak-anak buat ni kat ruang tamu je. Tak percaya lihat sajalah video senaman tommy ni.





 
Saya telah aplikasi senaman ni dalam pembelajaran b.arab murid-murid prasekolah saya.. lalala. Saya telah tukar beberapa lirik ke b.arab seperti kaki dan tangan supaya mudah untuk mereka ingat pada bila-bila masa.


Hasilnya setiap kali saya masuk ke prasekolah, masing-masing rengek nak senaman tommy.. hehe. Seronok tengok mereka bersenam sambil tergelak-gelak..






 Saya seronok melihat mereka seronok.. dan saya sangat senang hati melihat mereka enjoy belajar b.arab sambil tawa riang :)



Sekian entri seorang guru..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...