Bismillahirrahmanirrahim…
Pernah tak rasa terancam bila keseorangan di rumah pada waktu malam
kemudian datang tetamu tak diundang masuk ke dalam?? Kalau perempuan mungkin
boleh dimaafkan, wajar dirai sebagai tetamu tapi yang ini lelaki dan suami
orang.. berseorangan pula tu.. tidaaaak!
Alkisahnya bermula bila mak dan abah bertandang ke rumah nenek saudara
di kampung sebelah sebab anaknya nak kahwin pada hujung minggu. Maka tinggallah
saya seorang di rumah.. tak jadi masalah pun sebab dah biasa ditinggal begitu
kalau mak abah nak ke mana-mana.
Tapi pada malam itu tiba-tiba saya didatangi tetamu yang
bermotorsikal.. sudah dengan tiada salam, menyapa saya yang di dalam rumah
dengan bunyi hon yang membingitkan pula berkali-kali.. kelam kabut saya mencari
penutup aurat tanpa melihat dahulu siapa yang datang itu.
Segera saya membuka pintu..gulp! pakcik itu rupanya.. memang selalu datang ke rumah tapi berurusan dengan
abah. Saya segera jelaskan ketiadaan abah dan mak dengan harapan dia
cepat-cepat beredar pulang. Tidak enak rasanya dipandang orang apatah lagi saya
sendiri sangat tidak selesa.
Lain saya harapkan lain pula yang terjadi.. pakcik tadi turun dari
motor dan menyatakan hajatnya. Katanya mahu meminta tolong dibukakan mesej-mesej
dalam handfon sebab mahu melihat mesej penting dari anaknya. Saya tahu pakcik
itu memang tidak tahu membuka apatah lagi menaip mesej dalam telefon. Lalu
dengan penuh husnudzon saya membantu
pakcik tu.
Saya tunjukkan mesej yang pakcik tu mahu tapi pakcik tu suruh salin
atas kertas pula.. serba salahnya ketika itu. Lalu saya minta diri mengambil
pen dan kertas tapi pakcik itu pun turut ikut masuk ke dalam rumah.. aaaaargh,
saya tak ajak pun.. (jerit dalam hati penuh geram). Cepat-cepat saya menyalin mesej
pakcik tu dan serahkan padanya.. syukurlah pakcik tu meminta diri selepas
selesai pertolongan tu.
Syukur.. Allah menjaga dan melindungi saya. Walaupun saya nyata sangat
takut tapi berjaya juga membantu pakcik tu biarpun perasaan bercampur antara
hormat dan geram. Mungkin juga silap saya kerana membuka pintu sedangkan saya
seorang diri.. tidak mengapalah, saya jadikan ini 'ibrah sebagai pedoman pada
masa hadapan. Syukur Alhamdulillah kerana Allah sentiasa ada menjaga walau di
mana saja..
Renung-renungkanlah..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.