Bismillahirrahmanirrahim…
Ahlan wasahlan ya Ramadhan.. insyaAllah berpeluang meneruskan puasa
pada tahun ini. Kali ini bukan cerita berkaitan puasa yang ingin saya kongsikan
tapi berkaitan dengan karier.
Sebelum ni saya tak pernah menyangka kerjaya guru umpama public
figure.. bukanlah bermaksud berkaitan dengan populariti.. jangan salah sangka
pula. Beberapa kali juga saya terkena berkaitan dengan perkara ni. Sebab tu lah
nak share dalam entri ni.. mungkin boleh dijadikan panduan dan peringatan
bersama, insyaAllah.
- Suatu pagi ketika berada di kelas tahun 2,ketika sedang tasmik hafalan murid. Tiba-tiba lalu seorang guru di hadapan kelas.. murid di sebelah saya bersuara kepada rakan di hadapannya. " Eh, tu teacher lalu.." Rakannya jawab, " teacher tak datang lah hari ni". " Betul, aku nampak tadi. Rambut dia kusut lagi tau.
- Perkara paling sesiapa pun tak suka, tumbuh jerawat di muka.. adoi. Sedang memberi penerangan secara individu kepada seorang murid tiba-tiba dia bertanya, " ustazah, jerawat kah dekat muka ustazah tu?" Adoi….
- Masa nak tanda buku aktiviti murid tiba-tiba tersedar bekas pensil tertinggal di bilik guru. Lalu saya meminta seorang murid tolong ambilkan.. setelah dia kembali dia pun berkata, " bekas pensil ustazah ni sudah koyak, ustazah belilah yang baru. Murah aje……" Alahai anak muridku..
- Sewaktu sedang memberi penerangan di hadapan anak-anak murid, tiba-tiba seorang daripada mereka membuka mulut. Ingatkan nak tanya tentang apa yang saya sedang terangkan tapi rupanya……… " ustazah, kenapa kerongsang ustazah sebelah lain warna?" Aduhai.. prihatinnya si kecil itu.
Adakalanya karenah mereka membuatkan saya
tergelak dan terhibur.. siapa sangka ada yang memerhatikan penampilan, gaya dan
perwatakan kita seharian sampai sedemikian rupa.. kanak-kanak memang hamba
Allah yang jujur. Sangat ikhlas menuturkan apa saja yang mereka lihat.. pantang
penampilan bertukar atau berbeza sedikit pasti ada komen mereka. semoga
anak-anak kecil itu membesar sebagai hamba-Nya yang jujur dan sentiasa bercakap
benar sebagaimana sewaktu kecilnya mereka..
Karenah mereka secara tak langsung
membuatkan saya lebih berhati-hati dalam menjaga penampilan, juga menghiasi
peribadi.. orang dewasa umpama cermin kepada kanak-kanak. Apa yang mereka
lihat, itu yang mereka amalkan dalam kehidupan. Mereka masih terlalu mentah
untuk membezakan baik dan buruk sesuatu.. kitalah yang membimbing dan menjadi
contoh terbaik kepada mereka.
Keprihatinan mereka membuatkan saya sedar
betapa mereka peka dengan guru mereka.. Syukur ya Allah kerana mengurniakan
anak-anak murid yang baik-baik belaka. Merekalah perunding imej terbaik buat
saya:)
Renung-renungkanlah…
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.