Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts

18 June 2013

RINDU SERINDU RINDUNYA..:(

Bismillahirrahmanirrahim...

Hehe.. abaikan saja tajuk entri yang kelihatan sangat jiwang. Tapi serius, entri ini memang tentang kerinduan yang amat. Masuk hari ni dah 10 hari saya tak ke sekolah, mengajar anak-anak saya di sana.. 10 hari tambah dengan cuti sekolah hari tu hampir sebulan juga lah tak berjumpa dengan mereka. Patutlah hati ni rasa rindu yang amat.. 


Beberapa hari lalu, seorang guru di sekolah berpangkat akak mesej bertanya khabar saya yang sedang menjadi 'suri rumah' kini.. dia pelawa saya datang ke sekolah jenguk anak-anak saya di sana dan bertemu rakan-rakan guru. Kata akak tu, setiap hari anak-anak saya di tahun 1 dan tahun 2 bertanyakan saya.. sampaikan mereka minta akak tu telefon saya di rumah supaya mereka dapat bercakap dengan saya.


Anak-anak saya tu juga minta akak tu taipkan mesej kata-kata mereka untuk saya.. 'ustazah buat apa di rumah? Bila mau datang ajar kami?' Lebih kurang begitulah kata-kata mereka yang ditaipkan dalam mesej tu..


Sebak rasanya hati ni mengingatkan anak-anak di sana.. entah bagaimana pelajaran mereka kini dengan hanya seorang GPI sahaja di sekolah dan tanpa seorang pun guru j-QAF (memandangkan saya perintis untuk j-QAF di sekolah itu). Program tasmik mereka bagaimana pula.. sejak bermula persekolahan semester kedua langsung tidak dijalankan.. saya sangat simpati dengan anak-anak itu. Jauh di dalam hati saya juga sangat risau pelajaran dan program tasmik yang tertangguh akan menjejaskan prestasi pelajaran anak-anak itu pada tahun-tahun seterusnya.. sepertimana hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a dengan mafhumnya:


"Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Musyrik." 
(Hadis Riwayat di dalam sahih Muslim)


Saya sentiasa menganggap anak-anak murid saya itu seperti anak sendiri sebab bila kita anggap macam anak sendiri kita akan lebih ikhlas dalam mendidik dan beri peringatan..tak adalah timbul perasaan tak kisah bila anak murid itu tidak beradab sebab anggapan kita itu bukan anak kita dan kerja kita cuma mengajar di kelas saja. Saya sentiasa ingat kata-kata seorang yang sangat dekat dengan saya, katanya kehidupan di dunia ni bagaikan karamah. Macam mana kita buat dekat orang, tak mustahil macam tu juga orang buat dekat kita. Sebab tu bila saya mengajar anak murid macam anak sendiri, saya berharap anak-anak saya nanti pun akan diajar macam anak guru mereka sendiri..


 Kalau kita berjasa dengan anak orang lain, tak mustahil orang lain pun akan buat jasa dekat anak kita kan.. macam tu lah konsep karamah yang saya sentiasa pegang. Sebab tu juga saya sangat tak sampai hati nak menyakiti anak-anak murid sebab saya sentiasa terfikir macam mana lah nasib anak saya kalau dia disakiti gurunya.. tak mahu kan.  





Rindu punya pasal, berjela pula bebelan saya.. hehe. Akan datang saya nak kongsi sikit macam mana positif respon dan penerimaan anak-anak saya bila saya betulkan apa yang biasa mereka lakukan ke arah yang lebih baik.. insyaAllah.


29 December 2012

Katanya Tips Anak Cerdas

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah berapa hari berlalu dan akhirnya dapat juga nak share entri yang sedikit berbau excited dari saya ni, lalala. Mana tak ecxited sebab nak cerita about baby dan anak... suka sangat! Cerita dan perkongsian ni adalah dari pensyarah IPG saya sendiri. Tak tau nak percaya 100% atau tidak, saya sendiri pun tak sempat lagi mengkaji perkara ni tapi tak mengapa.. kita share dulu cerita ni. Cerita macam mana nak jadikan anak cerdas (bijak dalam pelajaran). Wallahualam..baca dulu lepas tu boleh kaji betul atau tidak:)


******
(Cerita 1)
Pensyarah saya sangat kagum dengan keluarga bapa saudaranya, anak-anaknya seramai 9orang semua berjaya dan masing-masing mempunyai pangkat dan jawatan. Ada yang doktor, guru, pensyarah dan jurutera. Pendek kata semua jadi insan berguna. Bapa saudaranya pun bukanlah orang berada, hidup sederhana sahaja tapi boleh didik anak-anak sampai demikian.

Suatu hari beliau bertanya dengan pak saudaranya tentang rahsia kejayaan anak-anaknya tu. Tapi katanya tiada apa rahsia pun, hanya mak saudaranya tu yang sedikit tegas mendidik anak-anak. Bertambah musykil hati pensyarah saya, takkan tegas je kot boleh jadi macam tu sekali..


Beliau tak puas hati, tanya pula pada mak saudara..jawapannya juga tetap sama, tiada apa-apa rahsia hanya selalu mengawasi anak-anak study masa sekolah dulu. Masih tak puas hati, ditanya pula tentang pemakanan anak-anaknya.. juga tiada apa yang istimewa kata mak saudaranya. Cuma..... (dia baru teringat)......


Dari masa anak-anaknya lahir memang mak saudaranya amalkan bagi anak-anak gripe water, katanya berebut-rebut anaknya minum air tu.. masa mendengar tu, pensyarah saya masih rasa pelik ada apa yang istimewa dengan air tu.Memang kebiasaan setiap ibu bagi baby air tu untuk mengelak kembung perut.


Lepas tu, pensyarah saya berjumpa pula dengan sepupunya iaitu anak kepada bapa dan mak saudaranya tu. Beliau tanya tentang air tu, kata sepupunya memang dia minum air tu dan berhenti minum semasa tingkatan 3 sebab dapat masuk asrama.. Masa tu baru pensyarah saya sedar bahawa sepupu-sepupunya minum air tersebut sehingga dewasa (sekolah menengah), dibandingkan dengan ibu-ibu lain bagi air tu masa baby sahaja atau masa masih dalam pantang je.





Akhirnya pensyarah saya cuba petua tersebut kepada anaknya dan alhamdulillah anaknya dapat 5A dalam UPSR baru-baru ni... wallahualam.

********
(Cerita 2)

Semasa pensyarah saya menjadi guru di sebuah sekolah menengah, terdapat seorang pelajar melayu yang baginya agak bijak juga kerana mampu berdiri setanding dengan rakan-rakan pelajar yang bukan berbangsa melayu di kelas hadapan. Kebetulan pelajar itu agak rapat juga dengan beliau memandangkan tak ramai pelajar melayu di sekolah tersebut.

Suatu hari semasa peperiksaan SPM sedang berlangsung, pelajar tersebut menumpang berehat di rumahnya sementara menunggu paper seterusnya pada sebelah petang. Maka kesempatan yang ada pensyarah saya ambil untuk memerhati pelajar tersebut.

Sepanjang berada di rumahnya, pelajar tersebut bermain game komputer sambil sesekali dilihat membelek buku nota. Mulanya pensyarah saya menegurnya kerana bermain game di saat sedang menghadapi SPM tapi pelajar tersebut cuma menjawab nak hilangkan tension.

Setelah berakhir paper pada petang tersebut, pensyarah saya menemui pelajar tersebut dan bertanya khabar paper yang baru didudukinya. Pelajar tersebut senyum riang sambil tidak putus mengucap alhamdulillah. Katanya semua yang dibacanya pada tengahari tadi keluar dalam soalan tadi. Lalu pensyarah saya pelik, bila masa pelajar ni baca buku sedangkan tadi bermain game. Lalu pelajar tu menceritakan yang dia membaca nota sambil bermain game. Pensyarah saya masih tidak percaya dan berhasrat akan menanti keputusan SPM pelajar itu nanti.

Alhamdulillah, apabila keputusan SPM diumumkan pelajar tersebut antara yang cemerlang.. pensyarah saya lalu menemuinya dan merisik-risik rahsia kejayaan dan kebijaksanaannya. Mulanya pelajar tu kata tiada apa rahsia namun setelah berkali-kali didesak dia menceritakan sesuatu.

Setiap pagi setelah bangun seawal jam5 pagi, pelajar tersebut akan terus duduk di tandas. Dia akan meneran dan terus meneran sehingga terkeluar apa-apa yang patut. Sekalipun tiada rasa mahu mengeluarkan apa-apa, pelajar itu tetap akan duduk meneran. Paling kurang pun dapat keluarkan angin katanya. Pernah dia mencuba untuk tidak melakukan aktiviti tersebut dan kesannya dia akan belajar dan menerima ilmu di kelas dalam keadaan yang mengantuk dan tidak dapat menumpukan perhatian.

Lalu fahamlah pensyarah saya bahawa agenda pelajar itu setiap pagi adalah mengeluarkan angin dalam badan..

Sama bukan maksud tersirat di sebalik kedua-dua cerita dan kisah di atas.. terpulang pada kita menilai bagaimana. Saya sendiri tidak pasti akan kebenarannya namun tak salah rasanya mencuba:)
Kita hanya merancang dan berusaha, Allah SWT jua yang menentukan segalanya. Kisah di atas tidak lain hanyalah wasilah, usaha, doa serta tawakal tetap perlu mengiringi.. wallahualam.

 

06 October 2012

..Entri Yang Sudah Berlalu..

 Bismillahirrahmanirrahim...

Entri ini sepatutnya saya share beberapa minggu yang lalu lagi tapi nak buat macam mana pelbagai kekangan ada. Alhamdulillah berjaya juga share entri ini sebagai kenangan pada masa depan:)

Majlis ni sebenarnya majlis merdeka raya yang lalu.. sebut je raya terus terbayang betapa ketinggalannya entri ini.. lalalala. Tak kisahlah yang penting update juga dalam blog.. kan.. kan.



 Kanak-kanak ribena yang sangat suka posing:)




 Pasangan pengacara majlis




 Serius konon.. hehe











Tiba-tiba ada gambar si comel ini..







Bersama kak ita..






Kembar tidak seiras






Sekian.. itu saja untuk kali ini. Lain kali saya tulis lagi:)


24 July 2012

Bagaikan Public Figure


Bismillahirrahmanirrahim…


Ahlan wasahlan ya Ramadhan.. insyaAllah berpeluang meneruskan puasa pada tahun ini. Kali ini bukan cerita berkaitan puasa yang ingin saya kongsikan tapi berkaitan dengan karier.


Sebelum ni saya tak pernah menyangka kerjaya guru umpama public figure.. bukanlah bermaksud berkaitan dengan populariti.. jangan salah sangka pula. Beberapa kali juga saya terkena berkaitan dengan perkara ni. Sebab tu lah nak share dalam entri ni.. mungkin boleh dijadikan panduan dan peringatan bersama, insyaAllah.

  
  •  Suatu pagi ketika berada di kelas tahun 2,ketika sedang tasmik hafalan murid. Tiba-tiba lalu seorang guru di hadapan kelas.. murid di sebelah saya bersuara kepada rakan di hadapannya. " Eh, tu teacher lalu.." Rakannya jawab, " teacher tak datang lah hari ni". " Betul, aku nampak tadi. Rambut dia kusut lagi tau.

  •  Perkara paling sesiapa pun tak suka, tumbuh jerawat di muka.. adoi. Sedang memberi  penerangan secara individu kepada seorang murid tiba-tiba dia bertanya, " ustazah, jerawat kah dekat muka ustazah tu?" Adoi….
 
 
  • Masa nak tanda buku aktiviti murid tiba-tiba tersedar bekas pensil tertinggal di bilik guru. Lalu saya meminta seorang murid tolong ambilkan.. setelah dia kembali dia pun berkata, " bekas pensil ustazah ni sudah koyak, ustazah belilah yang baru. Murah aje……" Alahai anak muridku..
 
 
  • Sewaktu sedang memberi penerangan di hadapan anak-anak murid, tiba-tiba seorang daripada mereka membuka mulut. Ingatkan nak tanya tentang apa yang saya sedang terangkan tapi rupanya……… " ustazah, kenapa kerongsang ustazah sebelah lain warna?" Aduhai.. prihatinnya si kecil itu.

Adakalanya karenah mereka membuatkan saya tergelak dan terhibur.. siapa sangka ada yang memerhatikan penampilan, gaya dan perwatakan kita seharian sampai sedemikian rupa.. kanak-kanak memang hamba Allah yang jujur. Sangat ikhlas menuturkan apa saja yang mereka lihat.. pantang penampilan bertukar atau berbeza sedikit pasti ada komen mereka. semoga anak-anak kecil itu membesar sebagai hamba-Nya yang jujur dan sentiasa bercakap benar sebagaimana sewaktu kecilnya mereka..

Karenah mereka secara tak langsung membuatkan saya lebih berhati-hati dalam menjaga penampilan, juga menghiasi peribadi.. orang dewasa umpama cermin kepada kanak-kanak. Apa yang mereka lihat, itu yang mereka amalkan dalam kehidupan. Mereka masih terlalu mentah untuk membezakan baik dan buruk sesuatu.. kitalah yang membimbing dan menjadi contoh terbaik kepada mereka.

Keprihatinan mereka membuatkan saya sedar betapa mereka peka dengan guru mereka.. Syukur ya Allah kerana mengurniakan anak-anak murid yang baik-baik belaka. Merekalah perunding imej terbaik buat saya:)

Renung-renungkanlah…

05 July 2012

4 Hari


Bismillahirrahmanirrahim…











Comel kan Anis Sumayyah yang baru berumur 4 hari ni.. gambar ni saya ambil masa datang melawat si kecil ni dan ibunya beberapa hari lalu. Lena sangat tidurnya, lebih-lebih lagi bila Cikgu Apnah bedongkan dia.. aiiiiii, comelnya kamu. Indah dan sempurna sungguh kejadian yang diciptakan-Nya.. masya Allah.



Tak nak cakap banyak-banyak dalam entri ni.. nanti saya tak boleh kawal perasaan pula bila bercakap soal baby.. hehe. Semoga Anis Sumayyah membesar menjadi wanita yang solehah, anak yang solehah dan hamba-Nya yang solehah.. aminnnn. Doa yang baik-baik semua untuk kamu si comel.



Senaman Tommy


Bismillahirrahmanirrahim…


Usah pelik tiba-tiba hana farhana menulis pasal senaman.. hehe. Senaman santai yang menyeronokkan dan boleh mengeluarkan peluh juga. Pakai baju kurung pun boleh buat.. siapa yang rasa-rasa malas nak senaman boleh ajak anak-anak buat ni kat ruang tamu je. Tak percaya lihat sajalah video senaman tommy ni.





 
Saya telah aplikasi senaman ni dalam pembelajaran b.arab murid-murid prasekolah saya.. lalala. Saya telah tukar beberapa lirik ke b.arab seperti kaki dan tangan supaya mudah untuk mereka ingat pada bila-bila masa.


Hasilnya setiap kali saya masuk ke prasekolah, masing-masing rengek nak senaman tommy.. hehe. Seronok tengok mereka bersenam sambil tergelak-gelak..






 Saya seronok melihat mereka seronok.. dan saya sangat senang hati melihat mereka enjoy belajar b.arab sambil tawa riang :)



Sekian entri seorang guru..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...