29 December 2012

Kesan Didik Anak



Bismillahirrahmanirrahim…


Saya tertarik dengan perbualan sekumpulan makcik-makcik masa berada di suatu majlis kenduri. Makcik S kepoh bercerita tentang gelagat anak bongsunya yang baru berumur 7 tahun. Geng-gengnya yang lain cuma mendengar ceritanya. Saya pula macam biasa diam-diam tapi pasang telinga.. hehe.


Kata makcik S dia sangat geram dengan anak perempuannya tu, tak penggeli dan memilih orangnya. Dulu masa arwah neneknya masih hidup, akhir hayatnya dia sakit-sakit dan sentiasa batuk-batuk. Si anak perempuan ni tadi biarpun makanan atau minumannya terkena tempias batuk neneknya berulang kali dia tetap tak kisah. Tetap jamah dengan penuh selera. Makcik S siap tegur depan mak nya tu, menyuruh si anak jangan jamah sebab makanan tu dah terkena kuman si nenek tapi yang anak tadi tak pernah ambil peduli.


Kadang katanya si anak akan makan baki makanan neneknya tu sedangkan makcik S tak kasi sebab risau penyakit maknya berjangkit dengan si anak. Sampaikan dia momokkan lagi si anak ni, kononnya makanan nenek tu ada campur racun supaya dia tak jamah. Tapi si anak yang pintar dan tak memilih menjawab, “kalau ada racun kenapa nenek tak mati?”…..lalalala.


Di sekolah pula, supaya si anak ni tak kongsi bekal minuman dengan kawan-kawan makcik S akan cakap yang kawan-kawannya tu ada penyakit jadi tak boleh kongsi makanan minuman. Tapi si anak ni tetap degil dan buat tak kisah kata-kata makcik S tu..


Lepas habis je cerita makcik S tu, makcik T pun mencelah.. saya tertarik dengan kata-katanya. Dalam hati sangat bersyukur kerana tak sia-sia pasang telinga sedari awal tadi.. hehe. Makcik T kata eloklah dia tak penggeli dan memilih soal makanan macam tu. Esok-esok hari tua makcik S tak adalah dia geli dan menjauh diri dari mengurus maknya sendiri.. kalau dari kecil dah diajar macam tu, takut nanti dia membesar menjadi orang yang memulaukan orang berpenyakit biarpun ahli keluarga sendiri. 


Saya lihat reaksi wajah makcik S hanya tersenyum-senyum.. baru tersedar agaknya baik buruk tindakannya itu selama ni.


Di sebalik diam saya menjadi pendengar dan pemerhati, dapatlah saya simpulkan memang tak salah mendidik anak macam tu sebab sayangkan anak dan tak mau anak jatuh sakit tapi biar kena dengan caranya. Silap didikan terkena balik kat diri sendiri.. siapa pun tak mau kan dipulaukan darah daging sendiri bila tiba hari tua esok. Saya juga pernah mendengar, bagaimana layanan anak-anak pada kita sebenarnya macam tu lah cara kita layan orang tua kita.. tuhan tunjuk melalui cara itu, terpulang pada kita bagaimana nak menilainya. Semoga kita sama-sama terpelihara daripada sifat-sifat demikian dan bersama-sama menjadi anak yang soleh solehah yang boleh berbakti kepada orang tua.. insyaAllah:)




Sebagaimana kisah, suatu hari ada seorang tua datang kepada Rasulullah SAW. Orang-orang pada waktu itu tidak bersegera memberi jalan kepadanya. Dengan penuh kelembutan dan kasih sayang Rasulullah SAW menyatakan:

“Tidak termasuk bahagian daripada kami orang yang tidak menyintai anak kecil dan tidak menghormati orang tua”, (Hadith riwayat Bukhari)




 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...