Alhamdulilah atas segala nikmat, kesihatan dan kecergasan yang dikurniakan.
Betapa Yang Maha Esa amat mengasihi para hambaNya,
seribu kesyukuran dipanjatkan.
Semoga segala kesulitan, cabaran dan rintangan tersimpan hikmah yang tiada tandingnya.
Hmm.. mungkin agak pelik sedikit entry kali ini.
Akhir-akhir ini kesibukan seakan bertambah dua kali ganda daripada biasa.
Terkadang terfikir juga sebagai insan biasa, tabahkah diri ini untuk mengharungi segalanya..
Namun, hati nekad meneruskan jalan yang dipilih disamping mengharap redha Illahi agar dipermudahkan menghadapi semuanya dan semoga ada sinar hikmah yang terucap pada akhirnya nanti..
Mungkin ramai yang tidak mengerti maksud di sebalik entry kali ini tapi tidak mengapa lah,
anggap sahaja bicara dari hati yang mengharap redha Illahi.
Semoga hati diberi ketabahan untuk mengharungi segalanya dan dijauhkan dari rasa putus asa.
" Ya Allah! Aku berlindung padaMu daripada rasa sedih dan gelisah
dan aku berlindung padaMu daripada sifat lemah dan malas
dan aku berlindung padaMu daripada sifat pengecut dan bakhil
dan aku berlindung padaMu daripada cengkaman hutang dan penindasan orang.."
Teringat bicara sms si adik pada malam tadi:
" Esok ustaz ajak keluar, ingat nak join tapi mak tak bagi. Macam mana? "
" Keluar dengan ustaz mana? Ke mana? Kenapa mak tak bagi? "
Saya menjawab sms si adik dengan persoalan dan si adik membalas ringkas juga diikuti jawapan ringkas saya..
" Nak jadi tabligh.. "
" Dengarlah cakap mak.. "
Termenung saya sebentar memuhasabahkan diri mendengar jawapan si adik yang baru berusia 15 tahun..
Semoga jawapan yang saya berikan adalah yang terbaik untuknya..
" Cukuplah Allah bagiku; tiada Tuhan selain Dia.
Hanya kepadaNya aku bertawakal
dan Dia adalah Tuhan yang
Memiliki 'Arasy yang agung. "

[ At- Taubah : 129 ]
Renung-renungkan...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.