22 February 2010

Feel Fresh..!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Rindunya nak menabur idea dalam sangkar yang lama ditinggalkan ni..
Baru balik dari bercuti so i feel fresh.. hehe. ( ye ke fresh?? )
Ala-ala jus oren twister gitu.. hehe.
Lama cuti, banyak yang nak dikongsi.. tengah sarat 9 bulan ni dengan cerita-cerita hangat.. hehe.

Rasa rindu sangat saat tertekan dan keseronokan dalam kem interaksi tempoh hari..
Rasa nak join lagi.. ( aik, bukan dah serik ke.. )
Hari
pertama kat sana bermula dengan pembahagian ahli-ahli kumpulan. Sangat best sebab ahli-ahli kumpulan hampir semuanya muka agak pelik yang tidak dikenali.. hehe.
I like to tambah sahabat.. walaupun malam pertama kat sana dapat tidur agak lewat tapi berbaloi juga sebab dapat hafal hampir kesemua nama hampir 100 orang peserta..

Hari kedua dimulakan dengan wajah yang sembap, mata yang bengkak badan yang letih akibat tak cukup rehat.. ( padan muka.. hehe ).
Tapi letih-letih pun tetap maintain ayu masa riadah pagi.. hehe.
Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, lepas sahaja habis aktiviti riadah kena pula mendengar ceramah. Ceramah yang memang agak best tapi really mengantuk..
Terasa rugi di situ.. Selepas solat zuhur agak enjoy sedikit dengan explorace yang dianjurkan.
Teruji kecergasan diriku.. hehe. Pada malamnya pula diadakan perarakan tanglung dan roket terbang.. mula-mula dengar agak blur juga sedikit sebab tak dapat bayangkan rupa roket terbang tu. Bahan-bahannya cuma 5 helai kertas surat khabar dan sekotak mancis. Hmm.. pening kan. Tapi rupa-rupanya hanya perlu bentukkan sehelai kertas itu hingga terhasil 4 bucu. Biasanya kanak-kanak mahir buat sebab roket terbang ni adalah permainan kanak-kanak. Bila dah siap buat macam tu, bakar secara serentak keempat bucu dan automatik kertas tadi akan naik ke atas dan terbakar sampai habis kat udara. Spontan fikiran melayang kat kampung terkenang adik-adik dan zaman comot saya dahulu.. hehe.

Hari ketiga yang juga merupakan hari terakhir adalah amat ditunggu-tunggu sebab dah tak sabar nak balik kampus dan sambung cuti yang berbaki.. hehe. Selepas riadah dan bersarapan, kesemua yang telah berkampung dalam kem interaksi memulakan jungle tracking dengan semangat yang begitu berkobar-kobar.. cewah. Sungguh best perasaan yang dialami biarpun agaklah sangat penat + letih kerana geografi dalam hutan yang memaksa kami turun naik bukit, meredah sungai, semak samun dan yang agak extreme ( bagi saya la ) melawan pacat yang memang tidak tahu duduk diam.. hehe. Namun yang palinglah best sekali segala kepenatan itu terbayar apabila kami semua tiba di air terjun.. subhanallah, Maha Suci Allah.. Indah sekali perasaan ketika itu. Terbang segala kekusutan..
Selesai menunaikan solat zuhur, peserta kem pun beransur-ansur pulang meninggalkan tapak kem dengan seribu macam perasaan..

**********

Teringat akan teguran seorang guru terhadap murid-muridnya yang belajar sambil lewa hingga menyebabkan guru tersebut merasa kecewa..
Guru memanggil kesemua muridnya duduk menghadapnya..

" Kamu tak mahu belajar sungguh-sungguh ke.. kenapa bila saya bercakap kamu pun bercakap sesama kamu? "

" Kamu tahu kenapa tuhan ciptakan telinga kita terbuka macam ni, mulut dan mata boleh ditutup, hidung pula macam ni.."

Murid-murid hanya terdiam mendengar pertanyaan guru..

" Tuhan ciptakan telinga terbuka macam ni supaya kita boleh mendengar. Tiada sesiapa dapat menutup telinganya. Biarpun ditutup tetap masih boleh mendengar. Mata pula diciptakan boleh ditutup sebab kalau ada perkara yang tidak elok, kita wajib tutup mata. Kita kena jaga pandangan. Mulut juga seperti itu, diciptakan boleh ditutup agar tidak bercakap perkara sia-sia dan kurangkan bercakap kerana bercakap banyak itu tidak elok. Manusia diciptakan dengan akal supaya boleh berfikir dan membezakan baik dan buruk. Semoga kamu semua memanfaatkan nikmat pancaindera yang dikurniakan.."


Renung-renungkanlah..
Sedikit sebanyak dalam hati saya terkesan juga dengan kata-kata guru itu.
Semoga kita mengambil manfaat darinya.. InsyaAllah.
Agak panjang sedikit celoteh pada kali ini..
Memang bersih juga la sawang yang telah bersarang setelah lama tak jenguk Sangkar Mustika ni.. hehe.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...