Tatkala membaca tajuk di atas mesti antum terpikir tentang lipstick atau lip gloss atau apa-apa la kan..hehe. Tambahan pula blog Sangkar Mustika ini dimiliki oleh si gadis comel..gulph! ( perasannya.. ) credit untuk diri sendiri atas keperasanan itu ye.. hehe.
Baru 2 hari yang lepas saya telah pun selamat berpisah dengan pacar baru saya iaitu si gigi geraham yang sakit..hehe. Nak dijadikan cerita klinik gigi yang saya kunjungi itu memang best. Rasa seronok je cabut gigi, hilang segala rasa takut, gementar, sedih akan kehilangan gigi.. doktor gigi di klinik tersebut merupakan seorang muslimah dan saya amatlah kagum dengannya. Wajahnya tampak tenang, penuh sifat-sifat keibuan. membuat saya terbayang berada di ribaan ibu yang jauh. Bicaranya juga lembut dan tersusun, diselitkan lagi dengan beberapa gurauan. Apa yang lagi menenangkan saya ialah setiap perbuatan doktor itu dimulai dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim.. dari mula saya mengangakan mulut sehingga playar nak cabut gigi itu dikeluarkan dari mulut saya. Kalimah itu bermain di bibirnya.. Subhanallah, rasa nak berlama-lamaan pula dengan doktor tu, hehe. ( selingan je ye.. ).
Sebenarnya nak cakap tentang penghias bibir Muslim.. lipstick yang ni takkan tanggal bila dipakai malahan auranya menyerbu ke seluruh anggota dan keperibadian. Tak percaya, jom check it out..!!
( ayat macam nak promosi barang baik je.. hehe ).
- Bismillahirrahmanirrahim- Diucapkan bagi memulai setiap perbuatan agar apa jua yang dikerjakan mendapat berkat daripadaNya.
- Ahamdulillah- Diucapkan setelah selesai melakukan sebarang pekerjaan juga sebagai tanda kesyukuran atas apa jua yang dikurniakan.
- Astaghfirullah- Tatkala bibir tersilap kata, anggota melakukan salah dan silap maka ucapkanlah kalimah ini bagi memohon keampunan atas dosa yang telah dilakukan.
- InsyaAllah- Diucapkan ketika berniat hendak melakukan sesuatu pada masa akan datang kerana lumrah kita sebagai hamba tidak mengetahui apa jua yang bakal terjadi pada masa hadapan.
- La Haula Wala Quwwata Illa Billah- Diucapkan tatkala menghadapi sesuatu perkara yang tidak disukai atau tidak diingini.
- La Ilaha Illa Allah- Amalkan menyebut kalimah ini agar mendapat manfaat yang tidak ternilai.
- Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiun- Diucapkan ketika menghadapi musibah atau malapetaka.
Semoga tujuh kalimah ini menjadi amalan yang sempurna dalam kehidupan kita sebagai muslim sejati, agar bibir sentiasa basah dek penghias bibir ini.
Renung-renungkan..
Renung-renungkan..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.