23 February 2010

Mari Kenali Kekasih Kita..

Bismillahirrahmanirrahim...

Atas nikmat sihat dan kelapangan masa yang dikurniakan, apa kata kita berkongsi sesuatu mengenai kekasih hati kita ini..
Agak-agaknya siapa ya... hehe.
Bulan ini merupakan bulan kelahiran DIA..
Benarkah kita mengasihi DIA..
Cukupkah jika sekadar kita katakan kita kasihi tapi kita tidak mengenal DIA??
Selawat serta salam buat junjungan besar SAW..
Baginda lah kekasih hati yang disebut-sebut..
semoga kita mendapat manfaat atas sedikit perkongsian ini.. InsyaAllah.

Nabi Muhammad SAW mempunyai keistimewaan yang dikurniakan Allah SWT dalam hal perkahwinan yang mana kita sebagai hamba tidak layak memilikinya.
Antara keistimewaan itu:

  • Baginda boleh menikahkan umatnya tanpa wali atau tanpa saksi atau tanpa kedua-duanya kerana baginda seorang yang diamankan.
  • Baginda boleh akad tanpa mahar.
  • Baginda boleh akad dengan tanpa persetujuan dari yang dinikahkan walaupun walinya tidak bersetuju.
  • Baginda tidak boleh menikahi hamba.
  • Baginda tidak boleh menikahi perempuan kafir.
  • Perempuan yang dipinang nabi wajib menerimanya.
  • Haram bagi orang lain meminang perempuan yang telah dipinang oleh nabi.
( Halaman 221-224, Kitab Hashya al-Syarqawi ala Tuhfah al-Tulab
bi syarah Tahrir Tanqih al-Lubab Oleh Abi Zakaria al-Ansari )


Demikian antara beberapa keistimewaan baginda dalam hal perkahwinan yang saya sebutkan secara ringkas. Semoga kita memanfaatkan segala yang telah kita ketahui.. Sekiranya terdapat kekurangan atau khilaf haraplah dapat dikongsi bersama. Semoga selawat atas baginda tidak hanya terlafaz tika menunaikan solat bahkan menjadi amalan dalam kehidupan seharian kita.
Renung-renungkanlah...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...