03 March 2010

Kucing Oh Kucing..

Bismillahirrahmanirrahim...

Lamanya tidak menulis di blog ini..
Rindu sangat-sangat..
Bangun pagi tadi terasa bagaikan separuh jiwaku pergi ( jiwangnya..hehe ).
Mood segar bangun pagi tergugat sebab..jeng-jeng..






Semuanya gara-gara makhluk tuhan yang satu ini..

Kecoh bilik dibuatnya bila saya ternampak seekor kucing tengah bersantai baring-baring dalam baldi pakaian..
Geram + takut = Rasa nak halau cepat-cepat, hehe.
Dahlah tak berani sangat dengan kucing..
Dalam hati terbayang-bayang habislah pakaian-pakaian dalam baldi semua berbulu.

Memandangkan roomate tersayang pun takut kucing, maka terpaksalah meminta pertolongan jiran-jiran seasrama.. hehe.
Kucing tu dah lah garang semacam, besar pula tu..
Gerun sungguh dibuatnya..
Halau pun tak nak lari.
Nasib baiklah ada akak coursemate yang berani sungguh angkat kucing yang berat tu.. hehe.
Terbayang saya si kucing garfield yang malas tu.. hehe.

Selepas berhempas-pulas menyelesaikan hal si kucing akhirnya selepas hampir 30 minit semua pun settle..
Ish..ish.. pagi-pagi berpuasa ni dah diuji..
Subhanallah..


p/s: Sekadar coretan ringan di hujung minggu..


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...