07 April 2011

'Ibrah Buatmu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Baru sahaja menumpang sedikit perasaan si adik yang ditemuduga kerja untuk jawatan guru kafa ( semoga rezeki itu milikmu dik..:) ), tiba-tiba dikhabarkan pula dengan berita yang saya tidak suka dengar.. adik ketiga terjatuh masa bermain futsal. Hasilnya ialah patah tangan sebelah kiri.. risau juga dibuatnya, risaukan si adik yang menanggung sakit juga risaukan perasaan mak dan abah yang nyata tidak tenang. Sudahlah teramat jauh dari pandangan mata.. wawawa.


Ada-ada saja kamu ini adikku.. tabahlah, bukan mahumu jadi begini kan. Semoga insiden ini menjadi 'ibrah buatmu agar lebih berhati-hati dan menjaga diri pada masa akan datang.. jujur saya amat merindui mereka-mereka nun di sana. Baru beberapa hari yang lalu berbalas sms dengan adik, tup-tup hari ini sudah terlantar di hospital. Teringat pula nostalgia menjaga kamu di wad masa kamu diserang asma dulu.. hehe. Kecil lagi kan masa itu.. sekarang tak dapat nak teman kamu di sana, laut china selatan pisahkan kita..


Memang kamu sangat nakal.. mungkin itu kesan yang doktor pernah cakap dekat mak dan abah masa kamu diserang sawan ketika baby dolu-dolu. Saat tulang sum-sum kamu ditebuk untuk ambil airnya, doktor cuma beri dua pilihan sebagai kesan darinya. Sama ada kamu menjadi lumpuh atau sedikit nakal/keras kepala. Hm.. memang saya saksikan sendiri betapa runsing hati mak dan abah masa tu. Ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapa (betulkah pepatah tu? confuse tiba-tiba.. hehe). Beberapa orang doktor mereka temui untuk minta pendapat.. dan akhirnya kamu selamat daripada lumpuh tapi kesan yang satu lagi itulah yang lekat dekat kamu. syukur alhamdulillah adik saya tak lumpuh:)





Tadaa.. si nakal itu:)


Alhamdulillah kamu kini on the way menjadi seorang pemuda.. semoga soleh hendaknya seiring kehendak syariat. Semoga bersama kita menjadi anak yang menyenangkan hati + mithali + berguna buat mak dan abah..


p/s: Buat adik-adikku yang lain sila jangan jealous untuk entri yang bertemakan adik ketiga ini ya:) orang sakit kita kena layan 1st class.. hehe.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...