09 April 2011

Roti Vs Nasi

Bismillahirrahmanirrahim...

Kebelakangan ini saat kesibukan semakin menghimpit nafsu makan juga semakin berkurang-kurang.. tidak tahu di mana puncanya. Jika sebelum ini hanya roomate yang menegur, kini jumlah itu semakin bertambah..


Jika sebelum ini kekerapan makan nasi adalah sekerap sehari sekali, kini kekerapan itu menjadi 2 hari sekali.. ramai juga yang agak pelik bila dapat tahu. Soalan yang sama saya terima- "tak lapar ke?"


Tak makan nasi tidak bererti tidak makan langsung.. saya seorang yang amat menggemari roti okey, hehe. Asalkan ada roti, sudah cukup untuk tidak menyentuh nasi berapa lama sekalipun.. cuma terkadang bila rasa sudah lama tidak jumpa nasi, perasaan teringin nak makan nasi itu datang sendiri. Paling rasa nak gelak kuat-kuat bila ada yang tanya macam ni- "diet ke atau tengah jimat?"


Kedua-duanya salah belaka tau.. saya tidak pernah mengamalkan diet, cuma menjaga pemakanan agar tidak overweight. Kalau makan nasi, hanya separuh pinggan sahaja kuantitinya supaya saya boleh menikmati sayur dan lauk dengan seenaknya. Lalu tiadalah istilah nasi tidak habis kan.. Nak kata jimat pun salah juga sebabnya banding roti dengan nasi, nasi lebih jimat tau. Roti mahal juga.. Ikut jenisnya. Kena pula nak makan roti yang pelbagai rasa, duit pun mengalir pelbagai jugalah.. hehe.







Kenapa saya tak berapa suka makan nasi?

  • Lepas makan nasi mesti mengantuk dan nak tidur terus.. oh, macam mana nak hadam?
  • Kalau makan nasi kenyangnya tak sama dengan makan roti. Saya hanya kenyang sementara, sejam kemudian mulalah nak makan jajan segala.. hehe.
  • Makan nasi kena fikir banyak kali nak makan dengan lauk apa.. sayur apa. Kalau makan roti, simple sangat.. beli dan terus makan, hehe.
  • Lagi pula saya jenis yang menikmati makanan.. (lambat siap makan), hehe. Maka kalau makan roti, cepat sikit siap.. masa itu emas kan:)

Oleh itu, pandangan beberapa orang yang mengaitkan pemakanan saya dengan saiz tubuh saya adalah tidak betul kot.. hehe. Roti atau nasi sama sahaja, dua-dua ada kabohidrat. Cuma kena cari sumber lain untuk ganti khasiat lauk-lauk yang diambil dengan nasi. Tapi memang serius saya kenyang kalau makan roti. Kalau nak rasa pengalaman itu, boleh cuba.. Tapi untuk kesan yang lebih umph, boleh duetkan roti bersama segelas susu.. nyam-nyam.


Selamat mencuba menu simple jimat masa selamat perut.. hehe.


p/s: Hanya amalkan makan roti ketika di asrama.. Kalau kat rumah, tetap makan nasi 2 kali sehari seperti biasa:)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...