Bismillahirrahmanirrahim...
Kurang dari sebulan lagi akan bergelar graduan.. hm, nampaknya title 'pelajar' itu akan saya tinggalkan. Jika dulu saat berada di bangku sekolah rendah, sentiasa rasa tidak sabar-sabar nak ke sekolah menengah. Jealous lah kononnya lihat sepupu-sepupu sudah besar-besar remaja.. rasa tak best je diri masih kanak-kanak masa tu.
Bila sudah berada di sekolah menengah, bukan main lagi nak cepat-cepat habis study. Apa tidaknya, terpengaruh lihat bekas-bekas senior nampak berjaya dan bergaya saja semuanya sedangkan diri sendiri masih dengan sepasang kurung putih dan kain biru.. tak bergaya langsung kan, hehe. Naluri wanita membuak-buaklah kiranya masa tu nak sentiasa kelihatan cantik.
Bila duduk di tingkatan 6 lagilah kuat perasaan nak cepat-cepat habis sekolah.. umur masa itu sudah mencecah 19 tahun tapi masih lagi dengan sepasang baju sekolah, sedangkan teman-teman yang belajar diploma dan matrikulasi semua nampak bergaya dengan fesyen masing-masing. Tambah pula bergelar pelajar sekolah tidak boleh bawa telefon bimbit ke sekolah. Rasa bagaikan terkongkong dalam kedewasaan.. itu semua naluri kan.
Tapi kini, alhamdulillah saya sudah menikmati sepenuhnya apa yang ingin dinikmati masa di bangku sekolah dulu.. malah saya semakin takut untuk meninggalkan alam pembelajaran ini. Rasa macam nak kembali pula pada zaman berbaju kurung putih dan berkain biru itu.. hehe. Itulah manusia kan, tidak pernah puas dengan apa yang dinikmati.. subhanallah. Kena muhasabah diri ni.
Jujur memang agak gusar dan bimbang untuk bergelar graduan.. bimbang tidak ketemu apa yang dicari, bimbang menjadi ahli kelab penganggur, bimbang penerimaan masyarakat dengan diri ini.. tambah lagi bila bergelar graduan Pengajian Islam yang umpama role model, menjadi rujukan masyarakat. Ooooh, serius saya bimbang..tanggungjawab itu berat. Namun saya tahu, Allah sentiasa di sisi membantu dan memberi petujuk pada hambanya. Usah risau ya wahai qalbi.. harus sentiasa muhasabah diri dan terus ke depan.
Tapi dalam takut dan bimbang itu, sebenarnya tidak sabar juga untuk menghabiskan study ni. Ingin sangat meneroka alam pekerjaan, berbakti pada agama dan masyarakat..insyaAllah.
So, kalau mahu itu semua maka buatlah yang terbaik untuk tesis yang tidak siap lagi itu + final exam..:)
p/s: Maaf buat teman-teman yang cuba untuk komen entri di blog ini.. terdapat sedikit kesulitan namun insyaAllah akan diperbaiki dalam sedikit masa lagi setelah menyelesaikan tugasan-tugasan yang utama. Asif jiddan ya..


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.