Bismillahirrahmanirrahim...
Teman-teman..
Alhamdulillah.. semalam yang bertarikh 14 April 2011 adalah tarikh di mana ianya adalah kuliah kita yang terakhir. Saya tak pasti antum sedar atau tidak.. seperti saya juga tidak sedar pada awalnya dek kerana ralit dengan persiapan tesis dan juga tuntutan tugas lain.
Namun petang itu setelah berakhir kuliah Fiqh Perbandingan kita, ya! saya tersedar bahawa itulah kuliah kita yang terakhir.. tak tahu lepas ni bila lagi dapat mengikuti kuliah agama seperti setiap hari yang kita lalui bermula seawal pukul 8 pagi sampailah ke petang.. Sedar tak sedar 3 tahun lamanya kita melalui kehidupan yang dipenuhi dengan kuliah agama dan pengisian yang bermanfaat.. alamak, sedih la pula.
Tak tahu selepas ini ke mana hala tuju kita, tak tahu sama ada kehidupan kita masih dipenuhi dengan pengisian-pengisian yang menjadi makanan rohani lagi atau tidak. Risau memikirkan 3 hari yang berlalu tanpa pengisian bermanfaat boleh mematikan hati.. antum tahu kan itu.
Terasa bagaikan baru semalam kita memulakan sesi perkuliahan.. teringat lagi saat itu saya seolah-olah zero, bagaikan tiada asas ilmu yang saya bawa bersama ke universiti.. terasa kerdil jika dibandingkan dengan antum yang kelihatan warak dan bijak-bijak belaka. Lagi terasa kerdil kerana hampir 90% subjek kita pada ketika itu dalam Bahasa Arab.. saya dhaif dalam lughoh al-Quran itu. Namun alhamdulillah.. antum sentiasa bersama saya, membimbing jatuh bangun saya yang baru mula bertatih.. syukran jazilan 'ala kulli hal.
Buat antum, sungguh saya pasti akan rindu saat-saat kita bersama.. saat kita musyawarah, ber'alaqah, saat berselisih faham pun ada juga kan.. hehe. Namun yang pasti itu semua bakal menjadi kenangan kita yang terindah. InsyaAllah akan saya kenang semuanya..
Teman-teman.. Selamat menduduki imtihan akhir kita lagi seminggu.. Bersama kita mencipta yang terbaik buat yang terakhir ini.. Bitaufik wannajah:)
p/s: Awatlah entri minggu ni asyik tema touching ja.. hehe. Next time cek bagi yang ceria sikit noo..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.