19 April 2011

..Calon Menantu Mak Ayah..

Bismillahirrahmanirrahim...

Mak ayah saya sudah bertemu calon manantu mereka kah? Eh.. belum lah. Jangan terpedaya dengan tajuk entri.. hehe. InsyaAllah saya nak kongsi sedikit artikel sebagai panduan kepada ibu bapa hari ini mencari calon menantu mereka. Bukan mudah nak mencari calon menantu yang baik namun seorang pak haji berkongsi tipsnya..


Pak haji: "Intip-intiplah mana-mana anak teruna yang rajin ke masjid tu."

Si ayah: "Waktu siang-siang macam mana nak intip, kita kan kerja?"

Pak haji: "Intiplah waktu Solat Subuh atau Isyak. Kalau tengok anak muda tu selalu ke masjid, ada harapan jadi calon menantu."

Si ayah: "Apa maksud abang haji tu, saya tak faham."

Pak haji pun menceritakan kisahnya memikat menantu sulungnya dulu-dulu. Setahun beliau memerhatikan seorang anak muda yang kerap ke masjid pada waktu subuh, maghrib dan isyak. Kebetulan beliau mengenali keluarga lelaki tersebut dan merisik khabar dari ayahnya yang juga 'kaki masjid'. Anak muda tersebut memang sejak kecil rajin mengikut ayahnya ke masjid. Namun apabila ayahnya sudah uzur, anak muda tersebut tetap ke masjid seperti biasa. Walaupun sudah bekerja tetapi apabila balik ke kampung anak muda tersebut antara jemaah muda yang memeriahkan masjid. Pada waktu maghrib dan isyak dia suka beriktikaf di masjid.

Si ayah: "Boleh percayakah zaman sekarang ni nak cari calon menantu macam tu? Entah-entah dia buat alim sebab nak tarik perhatian orang."

Pak haji: "Berdasarkan pengalaman saya yang pernah muda, bukan senang seorang anak muda nak ke masjid pada waktu subuh melainkan kerana kemahuannya yang kuat dan bersungguh-sungguh membesarkan Allah. Lebih-lebih lagi kalau masjid itu jauh namun dia sanggup datang. Ternyata orang yang dapat bangun subuh dan berjemaah di masjid adalah orang yang berdisiplin."

Si ayah: "Isyak pula bagaimana?"

Pak haji: "Waktu isyak ramai orang kepenatan dan lebih suka rehat di rumah sahaja. Maklumlah waktunya panjang dan boleh dilewatkan solatnya. Oleh itu apabila anak muda dapat melawan hawa nafsu malasnya dan berasa bahawa mati itu datang tiba-tiba, takut-takut tidak dapat keberkatan kalau melengahkan Solat Isyak maka mujahadahnya itu adalah jihad yang besar."


Antara khulasoh yang kita dapati dari hiwar di atas, sekiranya kita hendak mencari calon menantu yang baik terlebih dahulu kita juga perlu baik. Mana nak mencari anak muda yang datang ke masjid jika kita sendiri tidak berjemaah di masjid. Sebagai perempuan kita juga hendaklah menjadi baik, mana mungkin mendapat pasangan yang baik andai diri sendiri belum cukup baik.. Selain itu, didiklah anak agar berjemaah di masjid sejak dari kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biar dari rebungnya".


Alhamdulillah diri sangat terkesan dengan artikel tersebut.. terasa kerdil diri yang sering terlewat menunaikan subuh.. astaghfirullah al-azim.


Sumber: Memetik dan mengedit sedikit namun masih mengekalkan maksud sebenar dari Majalah Anis, bil.164, halaman 120. (macam nota kaki tesis pula.. hehe)

P/s: kak umi.. ketahuilah diri ini sentiasa berusaha mengejar perubahan diri:)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...