Bismillahirrahmanirrahim...
Setiap hari melalui rutin yang sama juga perjalanan yang sama menuju ke tempat kerja memang agak membosankan. Terkadang timbul juga idea kreatif membayangkan sepanjang perjalanan yang dilalui umpama taman-taman indah juga pemandangan seumpama disneyland.. hehe.
Begitu juga bila terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas setiap kali pergi dan balik dari kerja.. pasti tiada siapa menyukainya! Tambah tak suka bila sudah lambat ke tempat kerja, terpaksa pula berbaris panjang di jalan raya..wawawa, mau nangis dibuatnya bagi yang cengeng macam saya. Bagi yang kurang sabar, habislah berbakul-bakul sumpah seranah dihamburkan kot..
Oleh itu, saya nak berkongsi sedikit tips macam mana kita boleh mendidik hati dengan sifat sabar hanya melalui sebuah perjalanan.. caranya sangat mudah iaitu HUSNUDZON yakni bersangka baik.
Situasi 1:
Terdapat sebuah lori di hadapan yang menyebabkan banyak kereta membontot berbaris-baris di belakangnya. Andaikan kita kereta keempat dari belakang lori dan sudah lambat ke tempat kerja. Pasti hati sangat tidak sabar dan tension sebab kereta pertama hingga ketiga tak memotong lori tersebut. Maka mari kita husnudzon-agaknya kereta pertama tu pemandunya orang veteran, kereta kedua pula ada masalah nak bawa laju dan kereta ketiga tak boleh nak potong 3 kenderaan itu sekaligus. Agaknya juga di hadapan ada selekoh atau kereta dari arah bertentangan maka memang tak boleh memotong. Secara tidak langsung hati akan automatik bersabar.. insyaAllah.
Situasi 2:
Kita memandu di belakang kereta yang agak berhemah pemanduannya sedangkan kita sendiri bukanlah jenis yang terlalu berhemah sebegitu. Nak memotong tak boleh sebab jalan tersebut agak sempit dan berlubang-lubang (berdasarkan pengalaman sendiri, hehe). Maka mari kita husnudzon juga.. tak baik marah-marah tak menentu tanpa tahu perkara sebenar. Kelak diri sendiri juga yang darah tinggi.. hehe.
Situasi 3:
Berada di belakang pemandu wanita memang agak menggeramkan kadang-kadang namun janganlah mudah melenting dan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak elok. Cuba pujuk hati dengan mengatakan mungkin pemandu itu pernah terlibat dengan kemalangan maka agak sedikit trauma untuk memandu laju. Selain itu boleh juga katakan agaknya si pemandu itu jarang memandu sebab biasanya suaminya saja yang memandu.
Di atas hanyalah sebahagian daripada pelbagai situasi yang kita temui di jalan raya tapi apa salahnya kita cuba aplikasi sifat husnudzon itu. Tak rugi pun malahan lebih untung sebab kita dapat bersabar dengan situasi yang kita hadapi. Sabar itu kan separuh daripada iman.. alangkah seronoknya setiap kali ke tempat kerja iman semakin bertambah hanya melalui sifat sabar itu sahaja.. subhanallah.
Tapi macam mana pula kalau kita sabar tapi sampai ke tempat kerja agak lewat akibat dari kesesakan di perjalanan? Sabar itu sangat besar ganjarannya.. siapa tahu berkat kesabaran kita itu, walaupun sampai lewat ke tempat kerja tapi bos tak marah. Siapa tahu juga mungkin bos datang lagi lewat dari kita.. fuh, selamat. Mungkin juga bos tak perasan atau ada perkara-perkara lain yang berlaku yang menyelamatkan kita dari kemarahan bos.. tidak mustahil kan.
Marilah kita bersama-sama menjadi pemandu yang beriman..bila perjalanan diberkati, perkara yang seterusnya juga insyaAllah diberkati. Selamat mencuba! Renung-renungkanlah..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.