Pernah tak alami kesukaran memilih krim atau pencuci yang sesuai untuk hilangkan parut-parut kat kulit? Mesti pernah kan.. kan. Kalau tak pernah pun sekurangnya mesti pernah tercari-cari petua yang sedang molek untuk masalah ni kan.
Entri ini bukan untuk tujuan penjualan sebarang jenis produk, juga tidak bertujuan untuk mengurangkan nilai wang di dompet anda itu. Saya cuma sekadar mahu berkongsi sedikit petua yang saya amalkan dari kecil setiap kali timbulnya parut-parut nakal.. hehe. Jangan risau, petua ni tak memudaratkan, menjimatkan dan bebas dari bahan kimia atau yang sewaktu dengannya.

Pernah lihat tak bunga di atas? Okey bunga, sila perkenalkan diri anda..
'Nama saya bunga senduduk, nama omputih pula Melastoma malabathricum'..
'Nama saya bunga senduduk, nama omputih pula Melastoma malabathricum'..

Kalau nak tahu bunga senduduk ni boleh digunakan untuk menghilangkan parut-parut jerawat atau luka-luka kecil. Saya sendiri pernah guna bunga ni untuk tujuan itu sedikit masa dahulu. Tapi penggunaannya mestilah secara berterusan dan konsisten.. (ayat karangan BM). Nak cantik menawan kenalah rajin, baru dapat hasilnya. Kalau jarang-jarang guna, hasilnya tidak seperti yang diidamkan. Jangan kata saya tipu pula nanti tau.

Oh, ya.. cara penggunaannya pula bunga yang sedang mekar itu gosok saja pada bahagian kulit yang berparut. Gosoklah macam mana sekalipun sampai bunga tu hancur lunyai.. tapi syaratnya mestilah rajin. Amalkan setiap hari sampai parut hilang..


Saya cuma berkongsi petua berdasarkan pengalaman sendiri.. namun, ini cuma sekadar usaha dan ikhtiar yang menentukan tetap juga Yang Maha Esa. Janganlah kita mensyirikkannya dengan menganggap bunga ini yang menyelesaikan masalah yang dihadapi.. wallahualam.



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.