28 September 2011

..1st Trip Together..

Bismillahirrahmanirrahim...

Syukur biiznillah akhirnya bersempena dengan konvokesyen yang lalu saya berjaya membawa walidain bercuti ke Terengganu sekaligus menyampaikan hajat terpendam mak yang sangat teringin nak naik flight.. hehe. Mulanya agak sedkit risau juga kalau mereka culture shock di negeri orang.. (ceh, bajet macam ke luar negara). Namun alhamdulillah segalanya berjalan lancar sehingga kembalinya kami ke kampung halaman.



Sepanjang 6 hari di sana, saya tidak lepaskan peluang bawa mereka lawat tempat-tempat yang biasa menjadi persinggahan saya dan geng karas.. cuma sedikit terkilan bila saya dan suel kempunan nak pekena char kuey tiaw pakcik gerai 24 jam.. wawawa. Abah sedikit merungut kerana di sana tidak putus dengan pelbagai jenis makanan sampaikan abah yakin duduk sebulan di sana pasti dia akan jadi gemuk.. haha.



Bukan sahaja bertemu kawan-kawan lama dan seisi keluarga angkat tapi juga kedatangan kami turut disambut dengan beberapa pelajar Indonesia yang mengikuti program di sana.. biarpun bertemu cuma sekejap tapi ukhuwah antara kami mula terjalin erat. Meriah sangat suasana di rumah ayah.. paling seronok juga bila dapat jumpa wafi lagi, cucu sulung ayah. Semakin comel dia kini.. geram sangat-sangat dengan budak taat seorang itu.


Okeylah, tak mahu bebel lagi.. bukk! saya hidangkan gambar yang banyak untuk entri kali ini, haha. Selamat menjamu mata:)





Di tapak pesta konvo..




Saya bawa mereka mengelilingi dunia di Taman Tamadun Islam..












Keluarga saya dan suel..












Singgah berteduh di masjid China


















Konon di Oasis.. hehe









Macam kanak-kanak riang kan.. hehe


Berkelah di pantai beramai-ramai..










Sila abaikan pemandangan atas..hehe



Geram betul dengan si taat seorang ni!





















Jamu selera di tepi pantai.. nyam-nyam.

















Udang celup tepung



Sotong celup tepung



Jagung parut
Petang di waterfront Kuala Terengganu..
















Pekena air buah pior.. hehe.





Wafi seorang je makan nasi air..



Abah dan bapa suel 'terseksa' dengan gelas besar.. haha













Kami sudah mahu pulang.. tatata


InsyaAllah nak kembali lagi ke Terengganu.. Semoga dimurahkan rezeki untuk merealisasikan niat ini.. amin:)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...