05 June 2012

Insiden Keluar Makan

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi tadi ingatkan nak sarapan kat rumah sewa anis ni je dengan fairus sekali.. tiba-tiba mereka sudah pun bersiap dengan penuh semangat waja nak makan kat luar. Saya ikut je cadangan tu.. bab makan sudah tentu pucuk dicita ulam mendatang.. lalala.


Hampir 2 minit lagi kot nak sampai ke restoran yang diidamkan, sahabat saya yang sangat malu untuk disebutkan namanya dapat call. Maka jadilah kami penunggu yang setia menanti beliau selesai bercakap di telefon. Bunyinya macam serius je, siap bagi no. ic dan no. atm kad bagai. 


Selesai je dia bercakap kami terus terjah dengan macam-macam soalan.. katanya panggilan tu dari celcom yang mengatakan beliau ni telah menang cabutan bertuah untuk no. telefonnya. Maka si pemanggil yang mengaku dirinya Tuan Hj bla bla bla tu pun minta no. ic dan no. kad atm sahabat saya ni. Beliau pun beri je sebab tak syak apa-apa pun malahan sangat teruja sebab nak dapat hadiah RM5000.. fuh, ada juga ke nak bagi free duit sebanyak itu??? Tuan Hj tu siap suruh sahabat saya ke atm BSN sebab nak ajar prosedur untuk dapatkan wang tu.


Kami berdua yang menjadi pendengar setia sepanjang dia bercakap kat telefon tu tanpa fikir panjang trus syak wasangka.. cepat-cepat suruh beliau call celcom untuk dapatkan pengesahan sebab Tuan Hj yang call tadi guna nombor private.. mencurigakan kan En. Tuan Hj. itu. Lepas tu pihak celcom kata tak ada pun buat cabutan bertuah macam tu dan kami cepat-cepat ambil keputusan ke atm terdekat nak selamatkan duit yang ada dalam akaun sahabat saya itu.


Maka jadilah misi makan kami tergendala sekejap sebab nak bagi laluan kepada misi menyelamatkan duit tu.. tapi lepas tu alhamdulillah dapat makan dengan senang hati di sebuah tempat yang mengasyikkan.. lalala. 


Entri ni bukan bertujuan untuk memalukan atau mengaibkan sahabat saya yang dikasihi tapi sebagai pengajaran supaya kita beringat sekiranya berlaku perkara yang sama seperti ni atau lebih kurang sama. Usah mudah percaya dengan panggilan-panggilan seperti itu dan jangan mudah memberi sebarang maklumat peribadi terutama melibatkan akaun bank kepada orang lain.. sekalipun orang tu dekat dengan kita. 


Syukur alhamdulillah kami berjaya mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini pada siang tadi itu..Apa pun niat sebenar tuan haji tu, hanya Allah swt sahaja yang mengetahui.. tidak baik buruk sangka namun tidak salah kita berjaga-jaga dan cuba menghindari sebarang kemungkinan yang tidak diingini. 


Renung-renungkanlah..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...